Etuza Garden Part 003 Julai 2026.

Anak benih bunga kertas. Paking tempahan penggemar bunga kertas, Booking.


Orang Jauh  Booking Bibit Bunga Kertas, Selepas Promsi.

Alhamdulillah, bersiaran lagi setelah dalam beberapa jam atau selama sehari tidak ke udara Entri baru.Maaf kerana mungkin ada yang menanti Entri dari Pesona Etuza. Kesempatan malam ini, cuba gagahi diri sebelum beradu untuk muatkan Entri Part 003 berkaitan Etuza Garden, dari segi berita dan perkembangan terbaru. Semoga ada manfaat untuk memberi motivasi kepada yang suka bertani.So, Salam bertani untuk semua penggemar tanaman apa juga di halaman rumah anda.

Nampaknya ada tiga orang menghubungi Etuza menerusi whatssup untuk bertanyakan harga dan bentuk atau warna bunga kertas yang Etuza promotkan dalam Whatsup. Terrima kasih yang buat oder dan agak sibuklah menyediakan parking penghantaran kepada mereka dalam masa terdekat. Alhamdulillah, semoga produk tumbuhan hidup di laman Etuza memberikan rasa bahagia kepada yang menggemari bunga alam yang sungguh hebat keindahannya.

Booking Pertama. 
ID Bunga Kertas ialah, Dhaupin, Eva Putih, Hujan Panas Jingga, Ekor Musang Purple dan Red Flam.

Booking Kedua.
Id Sakura Balacan,

Booking Ketiga.
Id. Cili Red dan Hujan Panas Jingga.

Tetamu Datang Ziarah Laman Etuza Garden.

Dikenal sebagai Idlan dalam whatssup dan juga dikenali sebagai Nana berkunjung dipetang hari untuk melihat laman Etuza Garden.Mereka berdua memang penggemar bunga kertas dan pelbagai bunga daun juga mereka amat menyukainya. Melihat persekitaran Laman Etuza mereka berdua menyatakan kawasan luas dan boleh buat apa yang disukai dan menggubah lanskap dengan lebih menarik.Kepada mereka terima kasih sudi datang ziarah. Mereka berdua adalah tetamu pertama datang ziarah selepas di di lancarkan atau di rasmikan baru-baru ini.

Tidak Boleh Berputus Asa. Kerja Berterusan Hilang Rasa Penat Dan Gundah.

Membuat garden di halaman rumah bukan mudah, usaha ini perlukan kesabaran , daya tahan cuaca panas, kerajinan harus konsisten dan berdaya usaha. Jika tiada kemahuan yang ikhlas Garden ini tidak ke mana dan tidak akan mendapat perhatian sesiapapun. Rumput meliar pasti mengisikan ruang yang ada, menyemak dan boleh mendatangkan bahaya kerana akan ada ular datang menghuni semak samun di suatu sudut. 

Setiap kawasan perlu dibersihkan, justeru itu cara yang mendatangkan hikmah ialah mengolah ruang dengan menanam bunga, herba dan cantikkan ruang tersebut. Pasti akan ada kehendak hati untuk bersihkan, hati riang dan lapang apabila duduk santai makan bersama keluarga dan kawan-kawan yang datang berkunjung ke Etuza Garden. Baiklah infor 003 berkaitan Etuza Garden berakhir di sini dan bersambung part 004.

Keadaan pasu dan bunga serta pagar sebelum di cat putih.

Situasi susunan pasu sebelum pagar dipasang pintu utama.Gril pagar masuk ke kawasan rumah.

Bunga bakawali, mengeluarkan bunga, sempat melihat kembangan nya pada awal pagi,

Meja batu, di laman , bolehlah dudu santai minum petang..

Meja kayu, menggunakan batang dari pokok sebagai kaki meja ini..mungkin cantik jika
di varnisd atau di cat

Dedaun bunga pelbagai bunga jenis daun..


Bunga gantung rerama purple gelap..

Antara spesis keladi yang menarik..rimbun


Puan Nana dan suami, antar yang awal ziarah selepas di lancarkan lawatan .


Tempahan bunga kertas ID Hujan Panas dan Snow Oren.


Bibit bunga kertas dalam pasu kecil dan di bayang..pelbagai jenis warna bunga. Alhamdulillah
berkat usaha menanam keratan batang, kini bertambak koleksi anak pokok bunga kertas di laman..

Anak pokok bunga daun..Insha Allah koleksi akan bertambah dari masa ke semasa.


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Tulisan dan foto-foto ini selalu jadi inspirasi saya tuk semangat berkebun :)
    kemarin sy baru tambah koleksi baru ni uncle, saya membeli suweg! hihihi

    BalasPadam
  2. Seronok kan ada garden
    Blh hilang stress tgk bung bunga cantik

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah Etuza Garden sudah mula mendapat tempahan dan mendapat pelawat. Semoga terus sukses cikgu

    BalasPadam
  4. Dah boleh buat nerseri pokok nampaknya

    BalasPadam
  5. Wah! Orang kata 'tangan sejuk' ni.... Semua subur

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.