Masuk Rumah Beri Salam Lafazkan Kesyukuran PadaNya.

Surau AL Usra Nik Kampung Keningau, Keningau.

Petanda Gerakan Kelopak Mata.Mungkin Ini lah Alamat Itu.

Kehidupan ini sebenarnya sibuk sekali. Andai kita tidak bersemangat, tabah dan sabar serta sentiasa ingatkan diri maka apa juga kerja kehidupan ini tidak akan kita laksanakan dengan jayanya.Justeru kerana kita sentiasa ingatkan diri dan BERSYUKUR ingat padaNya maka apa juga kerja rutin kehidupan dapat kita laksanakan seadanya. Alhamdulillah.

22.04.2026 bersamaan hari Rabu, tanpa di duga Etuza menjadi antara AJK pengendali atau AJK pengurusaan peserta CATUR peserta sekolah ke Peringkat Daerah Keningau yang bertempat di SK.Kampung Keningau. Sekolah ini dalam agaknya 20 tahun lalu pernah masuk dalam sekolah ini, masa itu datang untuk memangkah atau mengundi calon pilihanraya pada masa itu. Lupa tahun bila.

Kali kedua masuk ke dalam sekolah ini sebagai salah seorang pengiring 8 peserta catur wakil dari sekolah Etuza dalam acara pertandingan catur yang berlangsung dua hari di SK.Kg.Keningau.Kemudian tanpa dijangka Etuza datang singgah ke SURAU AL USRA NIK di tepi jalan Kampung Keningau ini. Dan ini PERTAMA kali menjejak langkah ke SURAU di KG. Keningau.

Surau Al USRA NIK Cantik dan Bercahaya.

Surau bercat kelabu, cantik, unik dan berseri sekali nampak bercahaya apabila selalu didatangi tetamu Allah dalam beribadah, solat dan sebagainya. Struktur binaan kongkrit, tempat wuduk yang cantik bersih dan ada ruangan solat wanita sisi kiri. Mempunyai penghawa dingin( aircond) serta ruangan solat yang luas, selain kawasan luar dan dalam yang bersih sekali. Surau ini juga dipasang CCTV maka pasti masa mangambil gambar pada bahagian menarik Surau ini akan kelihatan sosok tubuh ini nanti apabila mereka memeriksa gambar pada CCTV.

Masa Etuza datang, beri salam dengan dua orang Jemaah yang turut singgah tunaikan solat Zohor. Lalu meninjau ruangan tandas dan tempat air wuduk di luar Surau yang indah ini.Halaman berkonopy dan ada tempat letak kasut selipar dijaga rapi dan boleh duduk santai di luar Surau ini.Kelihatan juga bergari tabung besi di luar Surau ini.Etuza masuk ke ruangan solat memberi salam dan amat bersyukur dapat berpeluang menunaikan solat di Surau Al Usra NIk ini. Mungkin dua hari yang lalu kelopak mata bergerak gerak sebagai petanda Etuza akan memasuki rumah baru yang indah iaitu SURAU AL USRA NIK di Kampung Keningau, Keningau.


Ruangan solat wanita



Ruangan solat jemaah di dalam Surau Al Usra Nik, Kampung Keningau, Keningau.

Luar surau Al Usra Nik, bersih.

Tempat mengambil wuduk

Peserta berbaju hijau dari sekolah Etuza, peserta catur peringkat Daerah Keningau.

Sesi pemanasan minda ( latihan catur sebelum masuk Dewan ) 8 peserta dari SK.Penagatan, Keningau.

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. cantik surau. semoga berjaya anak2 peserta catur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, peserta catur perempuan mara ke Peringkat Negeri, Sabah.

      Padam
  2. Tahniah cg etuza dipilih jd committee. Suraunya cantik sgt tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..setiap surau atau masjid pasti ada keindahan nya..

      Padam
  3. cantik surau dan semoga berjaya kepada para peserta pertandingan catur

    BalasPadam
  4. Saya sampai googling nih uncle. Ternyata surau tu Mushola ya kalau di Bahasa Indonesia.
    Bagus juga, lantainya nampak mewah meski ukurannya tak terlalu besar.
    Acara tanding catur tu rutin tiap tahun kah uncle?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya surau tu, tempat solat, jika masjid binaannya besar dan ruangan solat tu luas..

      Padam
  5. Tempat wuduk nya pun bersih... bagus pengurusan surau ni

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah wak..memang cantik bersih..

    BalasPadam
  7. Semoga Cikgu dapat pahala berpanjangan sebab kongsi acc bank surau ni. Mudah orang luar nak berinfak.

    BalasPadam
  8. nampak macam surau baru pulak, sebab bersih berkilat betul ni!

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah suraunya nampak kemas, bersih, teratur dan cantik. Bersinar-sinar kilauan lantainya

    BalasPadam
  10. Tahniah CE terpilih menjadi AJK pengurusan catur .
    Cantik berkilat lantai surau ..

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah bila ada kerja kerja yg perlu kita buat dan program berjalan lancar.. hati riang tersenyum.. cantik surau nya.. 👌🏻

    BalasPadam
  12. Unik nama suraunya. Bagus suraunya kemas dan bersih.

    BalasPadam
  13. Bagus amalan konsi QR code surau...kita share dan orang luar boleh infaq...surau pun cantik, kemas dan selesa...masuk surau office pun SA akan bagi salam dulu...

    BalasPadam
  14. Cuya kalau mata berkelip2 biasanya sebab nak jumpa orang ataupun mungkin nak menangis bak kata ibu Cuya

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.