Masuk Rumah Beri Salam Lafazkan Kesyukuran PadaNya.

Surau AL Usra Nik Kampung Keningau, Keningau.

Petanda Gerakan Kelopak Mata.Mungkin Ini lah Alamat Itu.

Kehidupan ini sebenarnya sibuk sekali. Andai kita tidak bersemangat, tabah dan sabar serta sentiasa ingatkan diri maka apa juga kerja kehidupan ini tidak akan kita laksanakan dengan jayanya.Justeru kerana kita sentiasa ingatkan diri danb BERSYUKUR ingat padaNya maka apa juga kerja rutij=n kehidupan dapat kita laksanakan seadanya. Alhamdulillah.

22.04.2026 bersamaan hari Rabu, tanpa di duga Etuza menjadi antara AJK pengendali atau AJK pengurusaan peserta CATUR peserta sekolah ke Peringkat Daerah Keningau yang bertempat di SK.Kampung Keningau. Sekolah ini dalam agaknya 20 tahun lalu pernah masuk dalam sekolah ini, masa itu datang untuk memangkah atau mengundi calon pilihanraya pada masa itu. Lupa tahun bila.

Kali kedua masuk ke dalam sekolah ini sebagai salah seorang poengiring 8 peserta catur wakil dari sekolah Etuza dalam acara pertandingan catur yang berlangsung dua hari di SK.Kg.Keningau.Kemudian tanpa dijangka Etuza datang singgah ke SURAU AL USRA NIK di tepi jalan Kampung Keningau ini. Dan ini PERTAMA kali menjejek langkah ke SURAU di KG. Keningau.Surau bercat kelabu, cantik, unik dan berseri sekali nampak bercahaya apabila selalu didatangi tetamu Allah dalam beribadah, solat dan sebagainya.

Surau Al USRA NIK Cantik dan Bercahaya.

Surau bercat kelabu, cantik, unik dan berseri sekali nampak bercahaya apabila selalu didatangi tetamu Allah dalam beribadah, solat dan sebagainya. Struktur binaan kongkrit, tempat wuduk yang cantik bersih dan ada ruangan solat wanita sisi kiri. Mempunyai penghawa dingin( aircond) serta ruangan solat yang luas, selain kawasan luar dan dalam yang bersih sekali. Surau ini juga dipasang CCTV maka pasti masa mangambil gambar pada bahagian menarik Surau ini akan kelihatan sosok tubuh ini nanti apabila meraka memerika gambar pada CCTV.

Masa Etuza datang, beri salam dengan dua orang Jemaah yang turut singgah tunaikan solat Zohor. Lalu meninjau ruangan tandas dan tempat air wuduk di luar Surau yang indah ini.Halaman berkonopy dan ada tempat letak kasut selipar dijaga rapi dan boleh duduk santai di luar Surau ini.Kelihatan juga bergari tabung besi di luar Surau ini.Etuza masuk ke ruangan solat memberi salam dan amat bersyukur dapat berpeluang menunaikan solat di Surau Al Usra NIk ini. Mungkin dua hari yang lalu kelopak mata bergerak gerak sebagai petanda Etuza akan memasuki rumah baru yang indah iaitu SURAU AL USRA NIK di Kampung Keningau, Keningau.

 kon


Ruangan solat wanita




Ruangan solat jemaah di dalam Surau Al Usra Nik, Kampung Keningau, Keningau.

Luar surau Al Usra Nik, bersih.

Tempat mengambil wuduk

Peserta berbaju hijau dari sekolah Etuza, peserta catur peringkat Daerah Keningau.

Sesi pemanasan minda ( latihan catur sebelummasuk Dewan ) 8 peserta dari SK.Penagatan, Keningau.

Catat Ulasan

0 Ulasan