| Pengalaman menggunakan kenderaan LRT di Kuala Lumpur membuat aku berfikir banyak kali. Inilah cara dan situasi menggunakan LRT di Kuala Lumpur. |
| Mesin untuk ditekan membeli tiket LRT. Suasana menaiki LRT di Kuala Lumpur Berada di Kuala Lumpur adalah suatu pengalaman yang indah dikenang, kerana Kuala Lumpur ini adalah Ibu Negara Malaysia. Nadi dan segala bentuk kemewahan terlakar jelasnya di Kuala Lumpur. Tiap langkah harus ada ketabahan, kesabaran dan keteguhan hati. Menjalani kehidupan di Kuala Lumpur bagi yang masih jakun kehidupan di kampung mengakibatkan kekeliruan , keresahan dan kebingungan yang menimbulkan tekanan emosi. Harus ada kuasa kekuatan diri, motivasi dan rasa keyakinan saat menjalani kehidupan di Kuala Lumpur. Metropolitan katakan, kita fahami dan kita maklum semua itu. Rapid Rail Suatu masa lalu pergi ke Kuala Lumpur, saja untuk merasai alam kehidupan yang 100 % beza kehidupan di desa. Di Kuala Lumpur kena melangkah pantas derap langkah kena cepat dan tangkas serta bijak melihat masa. Salah satu fenomena yang kita lalui di Kuala Lumpur ialah apabila menggunakan kenderaan LRT ( transit aliran ringan atau Bahasa Ingerisnya Light Rail Transit )Ia merupakan sejenis sistem transit rel bandar yang digunakan secara meluas di Lembah Klang, dikendalikan oleh Rapid Rail di bawah sistem Rapid KL. Elak Jammed Dalam ingatan ini, masih tergambar situasa cara dan keadaan menggunakan LRT di Kuala Lumpur. Masa itu anak membawa naik LRT kerana katanya kos tiket murah dan mudah, serta mengelakkan kesesakan di jalan raya dan mengalami JAMMED melampau di jalan raya untuk balik ke homestay penginapan di Selangor.Ibu dan ayah yakni kami mengikut sahaja kerana ingin juga mengalami situsai yang selalu anak alami menggunakan LRT ketika pergi kerja di Kuala Lumpur. Harus Pantas, laju Bergerak Cepat dan Bijak. Pertamanya kelihatan pengguna LRT melangkah cepat pantas dan laju. Malah ada yang kelihatan terdesak berlari anak dan kadang berlari bagaikan berlari 100 metar lagaknya. Aduhai kenapa begini fikirku. Langkah kaki aku turut laju kejar anak isteri jauh ke hadapan. Kadang turun tangga dan naik tangga bergerak. Akan berlaku melalui pintu tertutup lalu masuk kan coin baru lidah pintu terbuka atau sentuh kad pin yang kita pegang. Keadaan ini banyak kali dilalui dan sering tukar LRT ke arah lain lagi. Saat Di Dalam LRT Dalam LRT ada yang duduk selesa, berdiri bergayut pemegang dan ada juga yang menyandar dinding LRT. Kadang penuh sesak dan kadang rengang namun masih bersentuhan akibat LRT bergoyang terutama saat berhenti. Secara ringkas menggunakan LRT di Kuala Lumpur harus bergerak pantas, laju, cepat dan sangat sibuk pergerakan manusia yakni pengguna LRT. Menggunakan skrin teknologi dengan tekan punat untuk mendapatkan kad atau tiket menggunakan mesin atm kelihatannnya. Ya Allah inikah gayanya situasa menggunakan LRT. Memang sibuk, akan berlaku mengah dan rasa penat sepanjang perjalanan yang sering berjalan jauhg ke distenasi iaitu ke LRT tersebut. Sedar Diri, Insaf Dan Memahami Pengalaman menjalani kehidupan hingga jam 10.00 malam baru sampai di homestay semasa pergi Kuala Lumpur, menjadikan diri ini sedar akankuasa kehdupan di Kuala Lumpur harus ada kekuatan diri, semangat dan keyakinan dan usah mudah tertekan. Harus lalui kehidupan di Kuala Lumpur dengan tennag dan waspadalah agar sentiasa ada kewangan saat berada di Kuala Lumpur. Aku faham kesibukan anak menjalani praktikal di Kuala Lumpur. Aku faham jerih payah dan perjalanan pergi dan balik menggunakan LRT. Hanya satu hendak kata. Situasi menggunakan LRT apabila sudan biasa dan kerap menggunakan LRT lambat laun menjadikan diri serasi dan keselamatan akan lebih terjamin serta dapat jimatkan masa dan cepat balik ke tempat tinggal sendiri. Kepadsa pengguna LRT di Kuala Lumpur, bijak lah mengatur masa, selalu ingat keselamatn diri dan berhati-hati selalu. Etuza. |

18 Ulasan
dulu masa duk KL memang banyak naik LRT lagi mudah.
BalasPadamCie ada pengalaman..mudah dan lebih faham..
Padammemang sgt convenient bila guna LRT utk ke destinasi tertentu..kalau MZ...biasanya naik LRT kalau nak gi KLCC or KL sentral
BalasPadamMemang ada masa guna LRT ni kan..bagi sesiapa yang tinggal sekitar KL..menarik naik LRT ni..
PadamBegitulah kehidupan di KL semuanya perlu cepat dan tangkas jika tidak ketinggalan LRT. Semua pengangkitan dah rasa baik monorel lah ets lah cuma MRT je lagi belum cuba. Nanti satu masa nak cuba.
BalasPadamTahap lebih moden..kemajuan semakin terasa..
PadamBegitulah kehidupan di ibu kota. Tapi di KL ok lagi orang2nya nampak je laju berjalan tapi sebenarnya masih dikira lenggang-kangkung kalau dibandingkan dengan di negara lain macam di London, Paris dan Osaka. Kalau di sana kita kena berjalan di tepi laluan supaya tak menghalang lalu-lintas sebab orang2 kat sana bergerak lagi pantas 😅
BalasPadamLagi teratur kat sana kan..bertali arus dah manusia ramai kat sana..
Padamkalau hari bekerja, lagilah ramai orang
BalasPadamDapat saya bayangkan..anak selalu cerita..pengalamannya ..
PadamPerasaan saya saja atau memang gerbongnya lebih besar dan luas jika dibandingkan LRT di Indonesia ya?
BalasPadamKalau saya, sering kali naik LRT uncle. Tiap mau ke Jakarta, pastilah harus naik LRT dulu, lalu abis itu baru sambung ke KRL Commuter Line.
Guna lah LRT kerana disediakan untuk kemudahan masyarakat..
PadamSaya dah lama tak naik lrt walaupun kerja di KL, kadang bila naik lrt tu jadi blur sebab lama dah tak naik lrt hhahhaha
BalasPadamTak dinafikan akan keliru..saya masa guna kenderaan LRT mengikut rentak anak ja..jalan cepat cepatlah Etuza..kadang kena tarik tangan katanya jalan sini lah..kena gerak jika tidak ketinggalan..ya Allah ..inilah pengalaman luar biasa..
Padamperkongsian kiisah nmenari semua pic tertera cantik
BalasPadamSekadar updated blog, namun bahan menarik yang penting sebagai pengalaman menggunakan LRT di KL..
Padampernah duk di kl dulu dalam dekad 90an.. tapi masa tu lrt xdok lagi.. yang ada bas mini sebagai pengangkutan awam..
BalasPadamCuya masa kecik merasa juga naik LRT. Tak ingat bila kali terakhir naik LRT. Alhamdulilah masa muda dah merasa naik. Kalau disuruh naik lagi mesti taktahu arah tuju sebab tiada habis pengalaman naik seorang diri.
BalasPadamTerima kasih mengingatkan kembali memori lama Cuya :)
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.