
Hari Raya Hari Kemenangan Sebulan Berpuasa Ramadan.
Pasti semua Umat Islam sejagat di seluruh Dunia, amat bersyukur setelah genap sebulan berpuasa di bulan Ramadan.Satu-satunya bulan dalam kalender Islam yang mewajibkan umat Islam berpuasa selama 3o hari.Bukan sahaja berpuasa makan dan minum, tetapi berpuasa menahan diri dari berbagai hasutan Duniawi dari segi menahan nafsu, melawan amarah, mendidik jiwa agar sentiasa bersabar dan melawan semua perasaan negatif bermain di hati sanubari. Sekalipun perbuatan mengumpat hendaklah dielakkan dan dijauhi.Menyakiti emosi orang lain juga adalah dilarang.Semua panca indera harus berpuasa, penglihatan kepada perkara lucah dan sebagainya adalah di tegah harus bersabar semampunya.
Hari Raya ini, adalah hari kemenangan. Dalam khutbah yang disampaikan di Masjid Mahabbah menyatakan bahawa Hari Raya adalah dilarang berpuasa, malah semua umat Islam hendaklah bersuka ria meraikan kemenagan jalani ibadah berpuasa selama sebulan. Allah kurniakan sehari utuk meraikan hari kemenagan itu dengan perbuatan bersalam salaman, mengunjungi keluarga dan sauadara mara serta sahabat handai. Menyajikan makanan lazat yang berbagai rasa, saling berbual mesra sebagai tanda kesyukuran pada anugerah hari raya hari kemenangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadan.
Pelbagai Aktiviti Mengisi Hari Raya.
Memang sangat bersyukur pada hari raya pertama, mendatangi Masjid untuk solat sunat Hari Raya dengan pakaian baru , wangi dan berseri-seri. Wajah berseri dengan siraman air wuduk uantuk menunaikan solat sunat hari raya. Mendengar khutbah yang disampaikan, berjemaah dan berdoa bersama-sama.Menjamu makanan yang di bawa dan menziarahi perkuburan sebagai tanda ingatan kepada yang telah pergi selamanya.Mendoakan semua arwah dan menghadiahkan al fatihah setulus hati.
Menziarahi saudara, sahabat taulan sambil mengucapkan " Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin".Disajikan juadah lazat seperti nasi himpit dan kuahnya, lemang dan ketupat juga disajikan selain biskut hari raya yang beraneka warna dan bentuk.Sungguh hebat suasana hari raya. Dan tahun ini hari raya bagi Etuza bertambah seri dengan kehadiran cucu yang amat supporting di mana tidak banyak karenah mereka.Syukur alhamdulillah ya Allah.Hari raya , haruslah mengambil gambar sebagai kenangan yang memberi rasa seronok ketika melihat gambar-gambar tersebut. Dalam blog Etuza abadikan imej ini sebagai tenda kenangan dan menantikan pula apakah program apabila menjelang Hari Raya kedua hari dan ketiga hari'
 |
| Cucu tersayang dengan busana Hari Raya comel warna coklat.. |
 |
| Khyusuk jemaah mendengar Khutbah Solat Sunat Aidilfitri ~ Disampaikan oleh Ustaz Mohd Ilham |
 |
| Kenangan kami Jemaah di Masjid Mahabbah Kg |
 |
| Alhamdulillah..ceria di HariRaya pertama 2026 ( 1447 H) |
 |
| Pertama kali bergambar dengan saudara Ramin, pesara jawatan Kaji Cuaca.. |
 |
| Seusai solat sunat aidifitri, menuju ke perkuburan ziarah kubur arwah ayah mak.Al Fatihah |
 |
| Solat asar di Masjid ini, mengunjungi majlis hari raya besan di Kampung Menawo, Keningau |
 |
| Gambar kandid bersama cucu kedua.. |
 |
| Keluarga adik Bella dari Sandakan. |
 |
| Potret Hari raya keluarga adik bungso dari Kuala Lumpur |
 |
| Busana family adik Leha bersama suami dan anak-anak. |
 |
| Keluarga adik Mian..dari Sook , Keningau. |
16 Ulasan
Salam lebaran
BalasPadamMaaf zahir dan batin
Alhamdulillah wak, terima kasih ya..selamat hari raya juga..
PadamSalam eidul fitri utk cg etuza sefamili
BalasPadamSalam lebaran juga kepada Family Suzie ya..
PadamSelamat Hari Raya Aidil Fitri...maaf zahir & batin...seronok berkumpul bersama keluarga..
BalasPadamBetul sangat seronok berkumpul adik beradik dan anak-anak buah..
Padamsalam aidil fitri, maaf zahir batin cikgu
BalasPadamYa selamat hari raya..maaf zahir batin juga kepada Blogger yang baik hati Lyadia..
PadamSalam Aidilfitri!
BalasPadamSalam Syawal. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin
BalasPadamSalam Aidilfitri buat cikgu sekeluarga!
BalasPadamCute cucunya.. Semoga terus berbahagia pada Syawal ni ...
alhamdulillah...diberi kesempatan dan ruang utk meraikan syawal bersama keluarga tersayang...
BalasPadamSalam Aidilfitri..
BalasPadamMeriah hari raya pertama..
Meriahnya Syawal cikgu..selamat hari raya maaf zahir dan batin
BalasPadamSalut karena masih banyak yg pakai outfit sedondon bersama keluarga di sana. Sesuatu yg jaraaang sudah saya temui di sini bang.
BalasPadamBtw minal Aidin wal Faizin Abang Etuza. Maaf lahir bathin yaaa. Baru sempat saya BW lagi 😄
Salam aidilfitri .. CE buat rumah terbuka raya haritu ?
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.