Kemeriahan Hari Raya, Hari Kemenangan Sebulan Berpuasa Ramadan.

Hari Raya Hari Kemenangan Sebulan Berpuasa Ramadan.

Pasti semua Umat Islam sejagat di seluruh Dunia, amat bersyukur setelah genap sebulan berpuasa di bulan Ramadan.Satu-satunya bulan dalam kalender Islam yang mewajibkan umat Islam berpuasa selama 3o hari.Bukan sahaja berpuasa makan dan minum, tetapi berpuasa menahan diri dari berbagai hasutan Duniawi dari segi menahan nafsu, melawan amarah, mendidik jiwa agar sentiasa bersabar dan melawan semua perasaan negatif bermain di hati sanubari. Sekalipun perbuatan mengumpat hendaklah dielakkan dan dijauhi.Menyakiti emosi orang lain juga adalah dilarang.Semua panca indera harus berpuasa, penglihatan kepada perkara lucah dan sebagainya adalah di tegah harus bersabar semampunya.

Hari Raya ini, adalah hari kemenangan. Dalam khutbah yang disampaikan di Masjid Mahabbah menyatakan bahawa Hari Raya adalah dilarang berpuasa, malah semua umat Islam hendaklah bersuka ria meraikan kemenagan jalani ibadah berpuasa selama sebulan. Allah kurniakan sehari utuk menraikan hari kemenagan itu dengan perbuatan bersalam salaman, mengunjungi keluarga dan sauadara mara serta sahabat handai. Menyajikan makanan lazat yang berbagai rasa, saling berbual mesra sebagai tanda kesyukuran pada anugerah hari raya hari kemenangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadan.

Pelbagai Aktiviti Mengisi Hari Raya.

Memang sangat bersyukur pada hari raya pertama, mendatangi Masjid untuk solat sunat Hari Raya dengan pakaian baru , wangi dan berseri-seri. Wajah berseri dengan siraman air wuduk uantuk menunaiakn solat sunat hari raya. Mendengar khutbah yang disampaikan, berjemaah dan berdoa bersama-sama.Menjamu makanan yang di bawa dan menziarahi perkuburan sebagai tanda ingatan kepada yang telah pergi selamanya.Mendoakan semua arwah dan menghadiakan al fatihah setulus hati.

Menziarahi saudara, sahabat taulan sambil mengucapkan " Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.Disajikan juadah lazat seperti nasi himpit dan kuahnya, lemang dan ketupat juga disajikan selain biskut hari raya yang beraneka warna dan bentuk.Sungguh hebat suasana hari raya. Dan tahun ini hari raya bagi Etuza bertambah seri dengan kehdiran cucu yang amat suporting di mana tidak banyak karenah mereka.Syukur alhamdulillah ya Allah.Hari raya , haruslah mengambil gambar sebagai kenangan yang memberi rasa seronok ketika melihat gambar-gambar tersebut. Dalam blog Etuza abadikan imej ini sebagai tenda kenangan dan menantikan pula apakah program apabila menjelang Hari Raya kedua hari dan ketiga hari'
















Catat Ulasan

0 Ulasan