Service Tritton Di Keningau Autocare Center.
Kali ketiga service kereta di sini.Kali ini hendak Basic Service dalam kadar bayaraan di bawah RM700.Masa datang service kereta ke sini, sebenarnya semasa 13 hb Mac 2026. Post ini tertangguh kerana banyak kesibukan yang dilakukan. Kali ini tersedar dari lena, lalu ambil kesempatan kemas kinikan blog dengan paparan gambar ini.
Usia Kereta Kini Mencapai 8 Tahun Lebih.
Kereta Etuza Tritton kini sudah bertambah usia menjangkau ke 8 tahun lebih.Memandu kereta jenis ini memang Etuza rasakan kelainan berbanding kereta Etuza yang terdahulu seperti Exzora,Nissan Vanntte dan Wira Aerobic. Triiton berkuasa besar dan mempunyai lowgear, memang hebat naik bukit dan kuasa kelajuan yang luar biasa.Sebagai insan yang memiliki kereta ini Etuza lafazkan kesyukuran kepada Allah atas kesempatan yang diberikan kepada Etuza memandu kereta ini hingga kini.Setahun lebih lagi melunaskan bayaran di kounter AMBank. Semoga dipermudahkan.
Hasil Service Kali Ini Secara Hole Item.
Mula dah ada item yang perlu diganti, termasuk obsover, penapis aircond, disk brik, rootor dan sebagainya. Termasuk juga egliment harus dibetulkan agar stering steady semasa memandu. Kelihatan juga tayar makan sebelah dan tayar harus di ganti dengan kadar segera.Setelah servey harga, nampaknya kena akur dengan harga yang tinggi hingga mencecah RM4000 lebih.Tarik nafas panjang, memikirkan kemana nak ambil duit untuk kos pembaikan part Tritton yang amat diperlukan. Bincang dengan suri hati, maka kami tunda dahlu dengan melunaskan kos basic service bernilai RM700 lebih. Pemilik Service Keningau Autocare Center memberi nasihat agar jangan ambil masa lama untuk datang baiki mana mana part yang perlu diganti, agar kereta lebih tahan lama dan selamat digunakan.Penting juga nasihat pesanan mereka agar percepatkan untuk datang ke pusat servis ini lagi.

12 Ulasan
Best tu dah nak habis byr triton cg etuza. My brv lmbt lg nak abih byr..ada 3 thn lg..tak sbr nak abih byr
BalasPadamselamat hari raya aidilfitri cikgu, moga gembira menyambutnya bersama keluarga tersayang.. sentiasa jaga kesihatan di musim perayaan..😊
BalasPadamI wish you all the best. Prices have gone up everywhere on everything.
BalasPadamI live in Montreal, Canada and I use public transit. I realize that in some areas you need a car.
Kereta pun perlu penjagaan yg baik.. alhamdulillah dah masuk usia 8 tahun moga terus berkhidmat dengan baik kepada Tuan Etuza..
BalasPadamSelamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Mohon Maaf Zahir Dan Batin juga ya.. 👍🏻☺️
BalasPadamMujurlah diesel semenanjung aje yang naik harga
BalasPadamsemoga dipermudahkan, mungkin boleh tukar secara berperingkat mana yang lebih penting . betul juga kan cikgu, nak tangguh lama risau akan keselamatan semasa pemanduan
BalasPadamMacam dah berkenan je kat sport rim tu? Alang2 tukar lah sekali....
BalasPadamtime nak dkt raya, kereta pun kena beraya jugaaa ;-)
BalasPadamLama tu dah 8 tahun..
BalasPadamAlamak kereta SA blom service lagi la...
BalasPadamTeringat pesanan Ayh CCL, Service kereta ni jangan tunggu rosak baru nak buat lagi-lagi kalau selalu guna pergi kerja
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.