Service Tritton Di Keningau Autocare Center.
Kali ketiga service kereta di sini.Kali ini hendak Basic Service dalam kadar bayaraan di bawah RM700.Masa datang service kereta ke sini, sebenarnya semasa 13 hb Mac 2026. Post ini tertangguh kerana banyak kesibukan yang dilakukan. Kali ini tersedar dari lena, lalu ambil kesempatan kemas kinikan blog dengan paparan gambar ini.
Usia Kereta Kini Mencapai 8 Tahun Lebih.
Kereta Etuza Tritton kini sudah bertambah usia menjangkau ke 8 tahun lebih.Memandu kereta jenis ini memang Etuza rasakan kelainan berbanding kereta Etuza yang terdahulu seperti Exzora,Nissan Vanntte dan Wira Aerobic. Triiton berkuasa besar dan mempunyai lowgear, memang hebat naik bukit dan kuasa kelajuan yang luar biasa.Sebagai insan yang memiliki kereta ini Etuza lafazkan kesyukuran kepada Allah atas kesempatan yang diberikan kepada Etuza memandu kereta ini hingga kini.Setahun lebih lagi melunaskan bayaran di kounter AMBank. Semoga dipermudahkan.
Hasil Service Kali Ini Secara Hole Item.
Mula dah ada item yang perlu diganti, termasuk obsover, penapis aircond, disk brik, rootor dan sebagainya. Termasuk juga egliment harus dibetulkan agar stering steady semasa memandu. Kelihatan juga tayar makan sebelah dan tayar harus di ganti dengan kadar segera.Setelah servey harga, nampaknya kena akur dengan harga yang tinggi hingga mencecah RM4000 lebih.Tarik nafas panjang, memikirkan kemana nak ambil duit untuk kos pembaikan part Tritton yang amat diperlukan. Bincang dengan suri hati, maka kami tunda dahlu dengan melunaskan kos basic service bernilai RM700 lebih. Pemilik Service Keningau Autocare Center memberi nasihat agar jangan ambil masa lama untuk datang baiki mana mana part yang perlu diganti, agar kereta lebih tahan lama dan selamat digunakan.Penting juga nasihat pesanan mereka agar percepatkan untuk datang ke pusat servis ini lagi.

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.