| Bunga Kertas daun muda kuning keemasan, bila daun tua daun bertukar hijau tua. |
Bunga Kertas Di Laman Etuza.
Sepsis bunga kertas di laman Etuza ada pelbagai jenis bunga dan pelbagai juga corak daun dan warna daun. Dan Etuza sejak remaja suka memelihara bunga kertas walaupun selalu luka tapak tangan kerana batang bunga kertas berduri tajam. Tangan luka akibat tersentuh duri tersebut tanpa sengaja.
Di laman kali ini bunga yang sudah berbulan belum serlakan bunga kini berbunga lebat dan memang Etuza melihat sangat tenang dan damai melihat bunga-bunga tersebut. Kelihatan warna merah darah, merah peace, pink , kuning ,merah jambu, merah warna tembikai, purple, jingga dan warna lain.
Panjagaan yang berterusan bunga kertas dengan cara menggemburkan tanah di pasu, meletakkan tanah organik dan kokopit pada tanah di pasu, meletakkan baja subur dan baja pembungaan menjadikan batang pokok bunga kertas sentiasa subur tumbuh sihat dan menyerlahkan bunga , terutam di musim panas. Kepada sesiapa penggemar bunga kertas teruskan memelihara bunga alam semulajadi dan pasti melihat kembangan bunga hati akan tenang dan damai. Updated blog 20.12.2025 hari pertama cuti sekolah, hari yang indah dan membahagiakan. Jumpa anda lagi di lain artikal.
| Bonzai bunga kertas, ID Bunga Kertas Kaca Permata, depan mata sangat cantik dan lembut sekali |
| Bonzai bunga kertas Eva Putih dan Eva Pink |

16 Ulasan
Beautiful flowers 💐
BalasPadamCantik bunga kertas nya tu. Meriah berbunga.
BalasPadamalhamdulillah, cantik bunga2 ni. terapi mata! kat halaman rumah my mom kat kg pun ada bunga kertas beberapa warna
BalasPadamCantiknya bunga-bunga kertas dengan pelbagai warna. Suburnya bunga-bunga.
BalasPadamDulu saya ada dua pasu pokok bunga kertas tapi lama-kelamaan pokok bunga tu merajuk sebab tuannya tak ambil peduli.. hehehehe..
BalasPadamrumah mak saya di Pahang ada pelbagai jenis dan warna bunga kertas
BalasPadamSeronoknya... Tenang jiwa menikmati keindahan alam
BalasPadamCantik !! Nanti boleh kongsi pokok bunga kertas Red September pula.
BalasPadamDulu2 mak tanam banyak pokok kertas. Suka tengok banyak jenis, banyak warna. Bila dah berumur, tak larat nak jaga. Memang tenang tengok pokok2 kan.
BalasPadambunga kertas ni walaupun biasa2 je, tapi bila tumbuh lebat sangat cantik kan!
BalasPadamrajin cikgu cantik semua bunga kertas hias lanskap laman
BalasPadamMasa pindah rumah baharu LZ bercadang tanam semua jenis warna bunga kertas. Tapi laman sekangkang kera, bunga kertas tinggi sampai masuk ke pagar rumah jiran belum kira lagi daun kering jadi terpaksa batalkan hasrat. Sekarang satu dua pasu saja yg tinggal iaitu jenis tut 1 pokok 7 jenis warna.. Cantik bunga kertas Etuza..
BalasPadamdulu-dulu masa duk kampung saya pun tanam pokok bunga kertas.. bila masa ia berbunga cantik dan tenang je memandang.
BalasPadamTeringat lagu bougainvillea oleh kumpulan spring!
BalasPadamSukaaaa sekali melihat bunga kertas ini. Dulu di rumah saya di Aceh ada pohonnya. Besar, selalu berbunga lebat. Memang cantiiik sangat. Makanya saya selalu suka melihat bunga ini. Apalagi kalau sedang mekar banyak 😍😍
BalasPadamcantik red September tu. Daun corak berbatik ni kalau bunga tak muncul tengok daun pun dah lawa.
BalasPadambunga kertas saya dah penuh akar. kena urus semula nampaknya. dah padat sangat dah pasu tu
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.