Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman.

Bunga Kertas daun muda kuning keemasan, bila daun tua daun bertukar hijau tua.

Bunga Kertas Di Laman Etuza.

Sepsis bunga kertas di laman Etuza ada pelbagai jenis bunga dan pelbagai juga corak daun dan warna daun. Dan Etuza sejak remaja suka memelihara  bunga kertas walaupun selalu luka tapak tangan kerana batang bunga kertas berduri tajam. Tangan luka akibat tersentuh duri tersebut tanpa sengaja.

Di laman kali ini bunga yang sudah berbulan belum serlakan bunga kini berbunga lebat dan memang Etuza melihat sangat tenang dan damai melihat bunga-bunga tersebut. Kelihatan warna merah darah, merah peace, pink , kuning ,merah jambu, merah warna tembikai, purple, jingga dan warna lain.

Panjagaan yang berterusan bunga kertas dengan cara menggemburkan tanah di pasu, meletakkan tanah organik dan kokopit pada tanah di pasu, meletakkan baja subur dan baja pembungaan menjadikan batang pokok bunga kertas sentiasa subur tumbuh sihat dan menyerlahkan bunga , terutam di musim panas. Kepada sesiapa penggemar bunga kertas teruskan memelihara bunga alam semulajadi dan pasti melihat kembangan bunga hati akan tenang dan damai. Updated blog 20.12.2025 hari pertama cuti sekolah, hari yang indah dan membahagiakan. Jumpa anda lagi di lain artikal.

Bonzai bunga kertas, ID Bunga Kertas Kaca Permata, depan mata sangat cantik dan lembut sekali
..
Bonzai bunga kertas Eva Putih dan Eva Pink


Bonzai bunga kertas Red September.Baru hendak berbunga.

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Cantik bunga kertas nya tu. Meriah berbunga.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah, cantik bunga2 ni. terapi mata! kat halaman rumah my mom kat kg pun ada bunga kertas beberapa warna

    BalasPadam
  3. Cantiknya bunga-bunga kertas dengan pelbagai warna. Suburnya bunga-bunga.

    BalasPadam
  4. Dulu saya ada dua pasu pokok bunga kertas tapi lama-kelamaan pokok bunga tu merajuk sebab tuannya tak ambil peduli.. hehehehe..

    BalasPadam
  5. rumah mak saya di Pahang ada pelbagai jenis dan warna bunga kertas

    BalasPadam
  6. Seronoknya... Tenang jiwa menikmati keindahan alam

    BalasPadam
  7. Cantik !! Nanti boleh kongsi pokok bunga kertas Red September pula.

    BalasPadam
  8. Dulu2 mak tanam banyak pokok kertas. Suka tengok banyak jenis, banyak warna. Bila dah berumur, tak larat nak jaga. Memang tenang tengok pokok2 kan.

    BalasPadam
  9. bunga kertas ni walaupun biasa2 je, tapi bila tumbuh lebat sangat cantik kan!

    BalasPadam
  10. rajin cikgu cantik semua bunga kertas hias lanskap laman

    BalasPadam
  11. Masa pindah rumah baharu LZ bercadang tanam semua jenis warna bunga kertas. Tapi laman sekangkang kera, bunga kertas tinggi sampai masuk ke pagar rumah jiran belum kira lagi daun kering jadi terpaksa batalkan hasrat. Sekarang satu dua pasu saja yg tinggal iaitu jenis tut 1 pokok 7 jenis warna.. Cantik bunga kertas Etuza..

    BalasPadam
  12. dulu-dulu masa duk kampung saya pun tanam pokok bunga kertas.. bila masa ia berbunga cantik dan tenang je memandang.

    BalasPadam
  13. Teringat lagu bougainvillea oleh kumpulan spring!

    BalasPadam
  14. Sukaaaa sekali melihat bunga kertas ini. Dulu di rumah saya di Aceh ada pohonnya. Besar, selalu berbunga lebat. Memang cantiiik sangat. Makanya saya selalu suka melihat bunga ini. Apalagi kalau sedang mekar banyak 😍😍

    BalasPadam
  15. cantik red September tu. Daun corak berbatik ni kalau bunga tak muncul tengok daun pun dah lawa.

    bunga kertas saya dah penuh akar. kena urus semula nampaknya. dah padat sangat dah pasu tu

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.