| Bunga Kertas daun muda kuning keemasan, bila daun tua daun bertukar hijau tua. |
Bunga Kertas Di Laman Etuza.
Sepsis bunga kertas di laman Etuza ada pelbagai jenis bunga dan pelbagai juga corak daun dan warna daun. Dan Etuza sejak remaja suka memelihara bunga kertas walaupun selalu luka tapak tangan kerana batang bunga kertas berduri tajam. Tangan luka akibat tersentuh duri tersebut tanpa sengaja.
Di laman kali ini bunga yang sudah berbulan belum serlakan bunga kini berbunga lebat dan memang Etuza melihat sangat tenang dan damai melihat bunga-bunga tersebut. Kelihatan warna merah darah, merah peace, pink , kuning ,merah jambu, merah warna tembikai, purple, jingga dan warna lain.
Panjagaan yang berterusan bunga kertas dengan cara menggemburkan tanah di pasu, meletakkan tanah organik dan kokopit pada tanah di pasu, meletakkan baja subur dan baja pembungaan menjadikan batang pokok bunga kertas sentiasa subur tumbuh sihat dan menyerlahkan bunga , terutam di musim panas. Kepada sesiapa penggemar bunga kertas teruskan memelihara bunga alam semulajadi dan pasti melihat kembangan bunga hati akan tenang dan damai. Updated blog 20.12.2025 hari pertama cuti sekolah, hari yang indah dan membahagiakan. Jumpa anda lagi di lain artikal.
| Bonzai bunga kertas, ID Bunga Kertas Kaca Permata, depan mata sangat cantik dan lembut sekali |
| Bonzai bunga kertas Eva Putih dan Eva Pink |

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.