Cari Makan Di Bazaar Konvo UKM Bangi Selangor.
Konvokesyen kali ke 53 UKM Bangi, Selangor pada 3.12.2025, menyediakan Bazaar tempat gerai makan yang hebat hebat di kawasan belakang Dewan Konvo. Kami mencari jambangan bunga yang simple, dan mampu milik untuk kami ibubapa hargai dan tanda tahniah kepada anak yang Konvo di UKM dalam Jurusan Pendidikan.
Kami nampak barisan gerai-gerai yang menyajikan berbagai jualan dan rasanya kami tak dapat round semua gerai yang ada kerana hanya berniat beli makan yang patut untuk kami sekadar mengalas perut yang kian pedih, dan tidak untuk makan sepenuhnya seperti menjamah nasi dan lauk.
Pelbagai jualan yang amat menarik hati, tapi nafsu makan kena kawal, minuman kami beli dan kentang goreng ada mayonis.Cukup untuk mengalas perut. Alhamdulillah dengan rezeki yang ada dan kami selesai makan hingga kami gerak ke KLCC petang 3.12.2025. Gambar-gambar di bawah adalah beberapa gambar suasana di Bazaar Konvokesyen kali ke 53 di UKM Bangi, Selangor.
| Harga jambangan bunga dalam lingkungan harga RM25 paling murah, RM50 dan cecah ke RM100.00.Pilihan dari kita saja. |
| Menuju ke arah gerai di Bazaar Konvo UKM Bangi, Selangor |
| Mereka berniaga di Bazaar KONVO UKM ini sejak 22.11.2025 memang banyak untuk di pilih.Alhamdulillah. |
| Deretan gerai tersusun indah..menarik ramai pelanggan |
| Ramah budak tu, baik pula..melayan pelanggan dengan baik. Kami beli dua cup untuk saya dan suri hati. |
| Alat muzik, satu simbol depan Dewan Konvo. |
| Ini kuih tradisional Sabahan, kuih dari Kota Belud di hantar di KKIA Airport untuk kami semua.Sedap lembut saja bila dimakan. |
| Gambar kenangan Etuza sarapan pagi di Homestay Permata Impian. Di luar homestay. |

12 Ulasan
Macam2 makanan dijual. Meriah.
BalasPadamBulan Disember ramai convo.. Alhamdulillah, selamat maju jaya kepada semua..
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamTahniah buat anak cikgu.
Kuih penjaram kan Cg? Kami panggil cucur jawa.
BalasPadamAlhamdulillah rezeki utk disyukuri.
meriah makanan yang di jual. tahniah kepada anak cikgu
BalasPadamBanyak makanan di pesta konvokesyen ya, cikgu. Tahniah buat anak cikgu, dan cikgu juga.
BalasPadamRindu pulak nak konvo lagi hehe
BalasPadamTahniah buat anak cikgu
BalasPadamboleh tahan gerainya.. mesti makanan sedap-sedap..
BalasPadamTime macam ni lah macam-macam ado.
BalasPadamrambang mata tak tahu nak beli apa! byk betul pilihan barangan esp food la!
BalasPadamwah ada datang UKM rupanya. dekat dgn rumah saya je ni
BalasPadamtahniah buat anak cikgu yg berkonvo di sini. ikut jejak langkah cikgu nampaknya
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.