Malam Indah Bahagia Terasa Di Suria KLCC Kuala Lumpur 3.12.2025.

Gambar berbicara ..cantik struktur KLCC

Malam Indah Bahagia Terasa Di Suria KLCC Kuala Lumpur.

Ketibaan kami di KLCC tiada yang menyambut melainkan Etuza hanya beranggapan SURIA KLCC seolah welcoming kami dari Sabah pada 03.12.2025 bersamaan hari rabu pada petang hari hingga ke malam berada di KLCC yang megah di pusat Kotaraya Metropolitan Kuala Lumpur.

Niat hendak menikmati suasana dalaman KLCC yang hiruk pikuk dengan keadaan ramainya yang bersiaran di KLCC mengakibatkan suasana atau keadaan begitu sibuk dengan muzik yang bersahutan. Berbagai bunyi kedengaran tanpa perduli binggit yang menyebabkan pendengaran tak jelas bila berkata-kata dengan seseorang. Apa yang kami buat dan dapat lakukan di dalam Suria KLCC Kuala Lumpur.

* Menuju ke tempat makan, dan kami memilih sajian yang indah di Melayu Padang.
* Makan bersama seisi keluarga
* Bersiaran atas dan bawah, tetapi tidak sempat ke Aquarium KLCC.
* Pergi ke Pusat Sains tetapi tiket sudah habis dijual.Hanya bergambar di luar.
* Menuju ke lif dan agak gayat melihat ke bawah. 
* Ke Taman KLCC, ada tasik yang indah dengan pancuran air yang bertukar bentuk    dan bertukar warna     pada cahaya ke arah air pancutan.
* Mengambil vedio dan gambar - gambar pegun sebagai kenangan.

Tidak begitu lama kami berada di Suria KLCC ada baby kecil yang nyenyak tidur. Setelah berbincang antara satu sama lain, kami putuskan untuk menaiki LRT sahaja menuju ke Selangor. Pengalaman anak yang derada di Kuala Lumpur kos LRT murah selain merasai perkhidmatan LRT di Kuala Lumpur. 

Etuza tidak ingat jam berapa kami keluar dari KLCC dengan menuruni escalator dan kadang kala turun ke bawah menggunakan life. Jujur Etuza katakan pengalaman berada di Suria KLCC mengujakan dan kenangan ini tidak akan Etuza lupakan. Terima kasih ya Robb atas kesempatan ini.Semuanya atas takdirMu jua.Baiklah mari lihat gambar kenangan kami di Suria KLCC.Terima kasih.


Ramai orang berkunjung beriadah waktu malam pada 3.12.2025

DI KLCC pada malam 3.12.2025

Sedikit vedio suasana di Taman KLCC malam pada 3.12.2025

Pancutan air bertukar bentuk dan berwarna warni..


Ini keadaan pancuran air berwarna warni di Taman KLCC, Kuala Lumpur

Memang menarik perhatian, ramai berkunjung melihat air 
pancutan tdi Tasik Taman KLCC.

Seolah seperti kristal..tak lama lagi Christmas pada bulan Dicember







Snap gambar arah Bilik Air dekat JR Cafe di KLIA.

Etuza agak lama merenung mangkuk tandas ini, kerana agak lain.
Sebelum terlanjur seperti yang pernah berlaku di Tokyo Jepun,
elok try dulu bagaimana cara tekan punat..Akhirnya dapat.
Maklumlah tiada arahan penerangan penggunaan tandas ini.
Rupanya air terpancur dari dalam lubang mangkuk tandas ini.
Selamat lah Etuza
.👶

Gambar kami berpisah dengan anak ke 6 Etuza..semoga tabah
harungi kehidupan di Selangor ~ Kuala Lumpur.

Gambar berbicara, kami di KLCC Kuala Lumpur 





Etuza bahagia bersama anak-anak dan cucu di KLCC Kuala Lumpur.

 

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. KLCC memang cantik bila malam.. Banyak lampu sana-sini. Meriah dengan pengunjung tempatan dan luar negara. Dulu LZ kerja KL selalu ke KLCC, tapi masih tetap teruja. Bila jauh dari KL, elok ambil gambar banyak-banyak sebagai kenangan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih terjah blog saya, KLCC ni tempat menarik ramai pelancong dalam negara atau dari luar negara, aset ekonomi negara juga..Negara kita Malaysia berdaya maju..

      Padam
  2. KLCC memang tourist spot! saya biasanya pergi KLCC utk beli something or utk mkn2 jugak...hari tu saya ke sini masa hari jumaat 5/12 (pagi) utk pergi warehouse sale (kapten batik) kat bangunan sebelah KLCC ie KLCC convention centre tapi saya parking kat carpark KLCC

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tinggal di KL memang selalu ke KLCC kan..menarik tempat ni banyak acara

      Padam
  3. fav spot MA tu di kawasan air pancut tu..dulu masa keja di MO, balik keja boleh duduk 1 jam layan air pancut tu..tukar2 corak semua...best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik air pancut tu..kala malam nampak unik..subahanallah..

      Padam
  4. KLCC ni x kira mlm ke siang ke sentiasa ramai org... almaklum laa org nk tgk mercu tanda negara kan...

    sy x suka toilet mcm tu. salah putar air terpancut deras habis basah pakaian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah kena hati2 jga sebenarnya,tu sebab saya perhati dahlu sebelum menggunakannya, jika tidak nanti berbaris orang nak guna tapi late keluar someone kan

      Padam
  5. Cantik KLCC waktu malam. Ramai orang ya, cikgu.

    BalasPadam
  6. kalau saya , masuk tandas pun bebel dulu airnya keluar laju mana, dari mana . haha...

    risau kadang air tu terlalu laju sampai basah pakaian. Jika di KLIA saya suka lambat lambat keluar jika nampak ada warga emas nak masuk tandas dan nampak sedikit buntu. Saya tau dah mereka pasti akan mencari bidet paip untuk bersuci. dah bantu baru lega rasa hati ni

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.