Keladi Urat Daging Merah Ramai Terpesona.

Rupa bunga keladi Urat Daging Merah milik Etuza

Jarak dekat, seolah-olah urat daging yang baru di hiris.

Keladi Urat Daging Merah.

Bunga keladi ini gambar ini adalah milik Etuza, baru keluar dedaun dan hanya beberapa daun sahaja kelihatan amat mepersona penglihatan pada siapa yang nampak bunga keladi ini. ID bunga keladi ialah Keladi Urat Daging kerana kelihatan urat-urat pada daunnya, dan ID itu hanya diberi oleh penggemar bunga keladi. Sedangkan sebenarnya hanya sejenis bunga keladi sahaja.

Pada 10 dan 11.12.2025 suri hati memberi cadangan agar hiaskan gerai kami di Bazaar Karnival KOKUM nanti. Dan Etuza tunaikan kehendaknya dan ya benar, ramai datang menghampiri dan bertanyakan harga bunga keladi urat daging ini. Hampir 90% pengunjung yang tediri dari kaum hawa dan kaum adam yang suka bertanam bunga bertanyakan harga dan ingin membawa bunga keladi ini di rumah mereka, pastinya ingin dijadikan bunga penghias laman. Ya memang cantik dan tebal daunnya serta lebar dan sangat mempersonakan.

Sebagai Hiasan Depan Gerai Sweet Home. Maaf Bukan Dijual.

Tujuan bawa bunga keladi hanya perhiasan luar depan gerai kami yang kami level SWEET HOME menjual berbagai jualan makan dan minuman. Seperti rumah kita letak bunga menarik depan rumah untuk kita sendiri merasa suka dan gembira melihat bunga cantik kembang mekar depan rumah. 

Bunga keladi urat daging ini Etuza pelihara bermula seawal 2022, tetapi tanpa disangka tiba-tiba rosak di cakar ayam peliharaan Etuza, selain itu kucing pergi duduk atas  bunga keladi dalam pasu tanpa Etuza ketahui. Lalu lupa menyiram kerana semua keladi hilang dari pandangan kecuali bunga jenis pokok. Tiba-tiba awal bulan November kelihatan daun bunga keladi sangat cantik, inilah bunga Keladi Urat Daging. Etuza bela, siram dan letak baja dan tanah organik dan kokopit kelapa. Nampak semakin rimbun dedaunya. 

Siapa datang di rumah melihatnya mesti bertanya bunga keladi ini. Benih bunga keladi masa 2022 jualan bunga sangat VIRAL dan Etuza beli anak bunga keladi ini dalam harga RM30.00, harga yang agak pelik kerana harga bunga masa itu semuanya mahal dan satu Malaysia menggemari tanaman bunga di laman. Mungkin kesan PKP duduk di rumah.

Keladi Urat Daging hias meja di laman.
Keladi di laman yang belum pupus..
Keladi daun hijau

Ramai bertanya harga, bunga hanya hiasan di depan Gerai Sweet Home pada 10 dan 11.12.2025.



Di area Likas Kota Kinabalu Sabah pada 09.12.2025, singah makan di Restoran Amin Maju.

Kepada blogger dari Indonesia TERIM KASIH menyukai hadiah dari Keningau, Sabah.

Happy sekali bila hadiah dari Keningau, Sabah sampai ditangan penerimanya
di Indonesia Blogger Fenny Nilla.Alhamdulillah.Terma kasih kerana turut suka hadiah ini.

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. cantik sanagt tu....SA minat..tapi sedikit mahal di pasaran...kalau dapat anak dia pun best...

    BalasPadam
  2. Cantiknya pokok keladi tu. Betul2 macam urat daging

    BalasPadam
  3. Cantik pokoknya. Belum pernah cuba bela lagi pokok ini.

    BalasPadam
  4. cantik sgt! keladi2 ni pernah viral zmn PKP kan...mahal sgt time tu!

    BalasPadam
  5. Ini bukan terpesona lagi ni... Ini terpukau terus!

    BalasPadam
  6. MasyaAllah cantiknya urat urat keladi ni..
    Keladi ni tak gatal kan? Keladi yang gatal tu yang hijau merah tu kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo keladi tak gatal, keladi gatal tu yang hijau big saiz daun..dan ada bunga aglonema yang gatal bila terkena lendir..

      Padam
  7. Cantik!
    Sejuk tangan Cg, tanaman menjadi semuanya

    BalasPadam
  8. Masa viral lagi macam-macam jenis pokok keladi

    BalasPadam
  9. memang cantik keladi urat daging merah tu cikgu, saya tengok pun terpesona.. ada satu ketika pokok hiasan keladi jadi viral, ramai yang mencarinya..

    BalasPadam
  10. Cantik namanya cantik juga rupanya

    BalasPadam
  11. Masyaa Allah, cantiknya Etuza, kak ana ada sepasu tapi jalur pink dan hijau lama dah benih pemberian arwah mak masih bertahan pokoknya.

    BalasPadam
  12. cantiknya keladi urat merah hias lanskap rumah

    BalasPadam
  13. mama sy suka bebeno tanam keladi ni entah ada berapa pasu entah dia tanam kat rumah kampung tu... sy hanya mampu tengok je laaa... selain keladi ni ada mcm2 jenis lagi keladi lain yg dia tanam... pokok bunga dia tak suka...dia suka jenis berdaun mcm ni

    BalasPadam
  14. Uwaaaaaah cantiknyaaaaa yg jenis merah ini baaaang 😍😍😍😍😍😍. Jarang niiih. Mama saya juga sukaaaa gardening, dan salah satu tanaman dia, kuping gajah ini. Kami sebutnya itu 🤭.

    Memang mahal harganya sekarang kan... Saya jenis yg suka tanaman, tp tak berbakat lah kalau nak pelihara 😅😅.

    BalasPadam
  15. unik coraknya keladi ni. lawa betul bila dijadikan hiasan

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.