Etuza abadikan gambar ini di blog Pesona Etuza, sebagai kenang -kenangan.
Hidup Perlu Bersyukur Dan Bahagia.
Kali ke 2 kemas kinikan blog lagi pada 3.10.2025. Jumaat penghulu segala hari. Paparan ini sebagai Imbasan Kembali Nostalgia kehidupan insan bernama Etuza. Sebagai Throwback yang ke 5, kerana catatan ini telah ke udara dalam blog lama Etuza.
Anda akan mengenali wajah blogger Malaysia yang berasal dari Sabah. Dialah pemilik blogspot.com url https://madey09.blogspot.com/. Biar apapun keadaan, kita harus bersyukur atas segala takdir yang kita ada. Malah kita harus wajib mensyukuri apa juga nikmat yang kita nikmati. Pasti Allah akan kurniakan anda dengan kebahagiaan dalam melayari kehidupan ini.
Hakikat sebenarnya nanti kita akan berada di akhirat yang kekal abadi dalam keadaan fizikal dan umur yang sama rata, malah dikatakan bahawa ketinggian juga adalah sama dan akan kelihatan muda belia wajah berseri dan bercahaya dengan usia 30an. Khabar ini bukankah perkara yang membahagiakan kita.Ingat usah pernah mengeluh pada fizikal dan rupa paras kita kerana sesungguhnya keadaan itu hanya di Dunia sementara ini.
Gambar ketika zaman muda belia.Gambar ini hampir musnah..dek kerana tangan anak-anak ketika mereka masih kanak-kanak mujur segera Etuza sedar untuk menyelamatkannya. Di arena blog kelihatan inilah rupa selepas di ambil semula oleh Canon Etuza.Ya Allah Kasih kami Mohon Biar Sampai Di JannahMu. Amin
Semoga Suri Hati Etuza sentiasa sihat, gembira dan ceria sepanjang bersama Etuza. Semoga apa sahaja urusan kehidupan Suri Hati Etuza diberikan kelapangan masa dan lancar segala urusannya.Aamiin.
Alhamdulillah...selamat berbahagia bersama pasangan anda masing-masing.
11 Ulasan
Assalamualaikum cikgu..terkesan saya dengan siri throwback 5 ini. menggamit kenangan yang dah lama berlalu tapi masih segar dalam ingatan. .. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: ”Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.” (Riwayat Ibnu Hibban) tentunya.. ISTERI yang solehah sentiasa di tempat pertama! moga kebahagian dalam kehiduan sentiasa bersama cikgu sekeluarga.. Syukur Alhamdulillah!
BalasPadamSubahanallah, tazkirah ringkas dari Ustaz Ikhwan yang saya hargai.Terima kasih, pesan ini untuk semua...
PadamDalam gambar yang hampir musnah tu, muka cikgu lain sangat. Wajah isteri cikgu ada kesamaan lagi. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah. Aminn...
BalasPadamKata orang ada kesamaan mybe dah memang jodoh..terima kasih ya..
PadamSemoga cikgu dan suri hati sentiasa sihat untuk terus beribadah kepadaNya...Moga terus kekal bahagia bersama org tersayang
BalasPadamWow! Dua-dua kekal cantik dan kekal handsome... Kongsilah rahsia...
BalasPadamHidup memang harus dan berupaya untuk terus bersyukur
BalasPadamAlhamdulillah.. semoga terus bahagia di samping isteri serta keluarga tercinta. Moga diberikan kesihatan yang baik :)
BalasPadamkacaknya cg etuza zmn remaja! boleh jd hero remaja tu
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamPasangan sekufu yang saling melengkapi dunia rumah tangga.
Semoga berbahagia hingga ke syurga Allah.
Pantas lah anak2 Abang Etuza memang cantik2 dan handsome, menurun dari kedua orangtua nya 😊☺️. Semoga bahagia selalu bersama istri ya Abang ☺️
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.