Gambar Etuza ini berada di Osaka, Jepun. Happy benar-benar happy dan Bersyukur.
2.10.2025, Khamis awal pagi ke udara maya lagi. Membuat catatan dalam halaman ( wall ) blog untuk kemaskinikan blog lagi. Inilah namanya BLOGGING blogspot.com. Ya, belum sempat Etuza blog walking ( berjalan-jalan membaca ) ke blog teman blogger lain. Oleh itu mohon maaf dahulu, baru sampai dari Kota Kinabalu semalam. Masih ada rasa penat, tidur awal, kemudian terbangun awal pula, ambil masa sedikit kemaskinikan blog ini.
Sudah Ke 4 Siri Throwback Dalam Blog Pesona Etuza.
Siri ke 4 Throwback ( imbas Kembali ) di blog Etuza. Kali ini paparan gambar ketika berada di Jepun pada tahun 2014. Sebenarnya siri Throwback ini terjadi akibat ada BLOG lama Etuza yang Etuza setakat ini masih tidak berjaya masuk log in. Itulah antara sebab mengapa lama Etuza menghilang dalam blog tahun 2022,2023 dan 2024.Ada kesan buruk menimpa perasaan apabila sukar hendak log in semula blog lama ini. Apapun mungkin jika diusahakan bersungguh-sungguh, Etuza yakin pasti boleh log in semula nanti. InshaAllah.
Gambar ini kami bersiaran di satu lorong paling panjang di Osaka Jepun.
Tenjimbashisuji Shopping Street.
Tenjimbashisuji Shopping Street.Klik SINI
Tempat ini merupakan syurga membeli belah di Osaka Jepun. Tempat ini berbumbung memayungi amat selesa dan Etuza ingat berada di sini Shopping Street Osaka tidak akan berpenghujung, sangat panjang dan kita akan ke kiri dan ke kanan melihat apa jualan mereka. Kawasan yang agak binggit dengan suara-suara penjual mempormosi dan mengajak kita membeli barangan jualan mereka.
Dan jangan tidak percaya apabila ada orang pemilik kedai petah bercakap Bahasa Melayu. Hebat kan orang Osaka Jepun. Bila ditanya mengapa pandai Bahasa Melayu, katanya pernah ke Kuala Lumpur, kerja sementara sebelum balik berniaga di Shopping Street Osaka, Jepun. Melihat jualan di Hello Kitty Etuza terhenti melihat lihat Dol Kitty Lala yang berbagai bentuk hingga terzahir satu gambar Etuza. Seronok masa itu.
Gambar ini Etuza masih dalam kapal terbang, kawan tiba-tiba ambil gambar.
Terima Kasih Nasrul Hakim Tugino, sudi snap Etuza.
Melancong sebenarnya perlu dinikmati, mengahayti tempat, dana gambar
mesti di ambil banyak jika pergi melancong.Jika tidak kita rugi sendiri.
Pengalaman Indah Yang Tidak Di Sangkakan, Melancong Ke Osaka Jepun.
Mari Etuza kongsikan sebuah pengalaman indah dalam kehidupan saya apabila saya telah terlibat dalam team pelancongan di Osaka Jepun pada bulan Mei 2014. Saya tidak pernah mimpi ke Jepun, jauh sekali kecuali saya sentiasa berangan-angan hendak menunaikan Umrah atau Haji ke Mekah sebab Haji itu adalah rukun Islam yang ke lima.
Saya anggap peristiwa saya melancong ke Jepun ini adalah anugerah dari Allah. Saya melihat bumi Jepun juga adalah bumi ciptaan Allah dan banyak yang menarik di Negara Jepun. Dasar pandang ke Timur itu sebenarnya menghala ke Jepun, di mana rakyat Malaysia diseru agar mencontohi negara maju ini.
Rakyat Jepun Berdisiplin Tinggi & Beradab Baik.
Negara Jepun sebenarnya sangat indah apabila rakyat di asuh cara yang sangat berdisiplin hingga amalan itu membuat negara Jepun sangat maju. Mereka rajin dan rajin. Ternyata betul seperti yang saya baca di inernet Negara Jepun adalah sebuah negara yang tinggi tamadunnya. Mereka mengamalkan sikap bersih dan mengatur hidup dengan kerjasama yang tinggi. Sepanjang berada lima hari di Jepun saya tengok mana-mana area tidak kelihatan sebutirpun sampah mengotori kawasan shopping dan di jalanraya juga tidak ada sebutir pun sampah.
Dipendekkan cerita lawatan saya ke Jepun memberikan saya satu semangat untuk di bawah ke Malaysia iaitu mendidik anak-anak saya sendiri agar lebih mengamalkan kebersihan walau di mana berada, dengan cara ini mereka akan tampil dikhalayak ramai dengan tidak membuang sampah merata tempat.
Ok lah ada masa saya cerita lain lagi hal lawatan saya ke Jepun. Memang banyak yang menarik di Osaka Jepun.Kata-kata Etuza ini mungkin hanya di sini, kerana kini 2025 Etuza tidak akan dapat ingat semua moment indah Di Osaka Jepun. Terus terang masa melacong ke Jepun, Etuza kurang pengalaman sebenarnya seperti mengambil gambar tempat menarik, belum matang sebagai blogger kecil-kecilan. Masa itu agak malu meengambil gambar banyak. Malu yang tak bertempat akhirnya rugi sendiri. Mohon maaf jika ada lagi salah ejaan.
Salam Sayang Semua. Sebelum ke blog lain sila klik Keputusan Segmen Blogger Cie. Selamat berblog walking.Happy Nice Day.
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.