Perjalanan Jauh Melihat Panorama Alam, Kota Mitropolitan Dan Ke Jamal Salim, Tuaran.

 Berada di Kota Mitropolitan Kota Kinabalu, Sabah, tepat jam 7.00 malam.

Berhati - Hati Memandu Menjelang Waktu Malam.

Petang 30.09.2025 Selasa, kami bergerak dari Keningau ke Kota Kinabalu melalui Jalan Kimanis -Kota Kinabalu. Jalan singkat menujuk ke Kota Kinabalu dengan melalui bukit tinggi dan gugusan Banjaran Croker.Perjalanan ini sesungguhnya jauh sehingga mengambil masa 2 jam lebih jika keadaan jalanraya sibuk dan apabila menjelang malam. Jalan raya akan sedikit kelihatan suran menggelap kiri dan kanan. 

Pemanduan harus wajib berhati-hati kerana sesekali terkena percikan cahaya lampu tinggi apabila berselisih kereta dari Kota Kinabalu ke Keningau. Waspada dan fokus pada pemanduan dan kurangkan menoleh ke kiri atau kanan kerana menag gelap pada sisi kiri dan kanan, kecuali memerhati dengan lirikan mata cerimin kanan dan kiri kereta anda.

Perjalanan Jauh  Melihat Panorama Alam.

Perjalanan ini jauh, hinga menjadikan penumpang terlena. Pemandu dengan sepenuh jiwa raga memandu dengan cermat dan pehuh hemah. Pada jalan rata dan lurus panjang, pedal minyak ditekan sehingga had kelajuan bertambah, tetapi dalam lingkungan seamat. Mata sentiasa ke hadapan amat berhati-hati. Tanda menghargai diri, mensyukuri beroda empat bergerak laju dan mengetahui ada nyawa bersandar pada kereta dipandu. Kita wajib mengingatiNya, meminta selamat sampai ke distinasi.

Perjalanan jauh, terlihat hutan hijau kiri dan kanan, salji yang tebal membungkus bukit tinggi dan ke lurah dipandang rasa gayat. Melalui berbagai cabaran jalanan yang bersimpang siur, kadangkala melihat sang monyet berkelompok di tepi jalan bagaikan meminta sedekah. Berderet di tepi jalan banjaran croker, atau kera kah itu, berbadan kecil dan ekor panjang wajah persis monyet. Sungguh panorama alam ini memukau pandangan, ajaib dan penuh dengan keindahan. Syukur atas semua nikamtMu ini ya Tuhan.

Berpijak Di Kota Mitropolitan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Berhenti di bahu jalan naik sedikit pentas jalan tepi kiri berdekatan kawasan Gaya Street di sebelah kanan. Di hadapan terpandang bangunan besar bertingkat dan di atasnya terpamer Kota Kinabalu Daya Hotel. Indah bercahaya penuh warna warni. Pernah pada tahun 2024 menginap semalam di Kota Kinabalu Daya Hotel. Berada di tengah perut Bandaraya Kota Mitropolitan Kota Kinabalu, Sabah. Etuza abadikan gambar hotel ini di blog Pesona Etuza.

Berhenti di bahu jalan kerana hendak singgah membeli songkok dan tali leher. Ada keperluan esok. Lama memilih dan alhamdulillah akhirnya mendapat songkok baru dan tali leher yang baru.Seketika memandang depan dan belakang kiri dan kanan, Subahanallah di kota ini dikelilingi bangunan kongkrit yang mencakar langit. Wawasan Plaza, Center Point, Suria Sabah dan sebagainya kini berdiri megah yang beroperasi sebaik bermula pada jam sebaik 6.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.

Restoran Terkemuka Jamal Salim Di Tuaran, Sabah.

Meneruskan perjalanan jauh lagi ke Daerah Tuaran, Sabah. Di sini tempat menginap semalam cuma untuk menghadirkan diri acara yang penuh makna dalam kehidupan kamipada hari esok. Menginap di rumah anak barang semalam,pastinya sebelum ke rumahnya kami singah di Restoran Terkenal Jama Salim. Malam ini kelihatan restoran Jamal Salim di Tuaran penuh dan kami mengambil tempat agak berdepan dengan kaunter sisi kiri.

Seusai juadah sampai baca doa makan dan menjamah makanan masing-masing. Ibu kepada cucu memesan bubur siap dengan campuran seperti sayur hijau dan lobak merah. Agak lama menunggu bubur sampai dengan harga RM 7.00. Cucu sedikit menangis kerana mungkin lapar sejak jam 3.00 petang dari Keningau hanya minum susu. Bubur sampai dengan menggunakan mangkuk besar masih berasap kerana baru masak lalu dihidangkan.

Etuza ambil gambar cucu sementalahan suri hati mencuba menghiburkan cucu agar sabar menunggu disuap kan bubur yang hangat. Alhamdulillah cucu menelan bubur dengan penuh nikmat. Tetapi mustahil dapat habiskan bubur nasi semangkuk besar seperti dalam gambar. Hanya beberapa kali suapan cucu akhirnya berhenti untuk disuapkan. Alhamdulillah segalanya lancar dengan aturan Allah dan rencana sendiri dalam menikmati perjalanan jauh hari ini.

Melayan karenah manja cucu, ibunya suapkan bubur nasi dengan penuh kasih sayang.

Bubur nasi yang baru masak, untuk cucu tersayang.Mustahillah baby dapat habiskan tetapi
tiada jalan lain,kena juga membeli bubur nasi untuk cucu. Cucu tidak suka makan bijirin nestum
sebenarnya.

Catat Ulasan

0 Ulasan