Restoran Anak Mami, Restoran Mamak Yang Menarik Hati Etuza.


Restoran Anak Mami , Di Sambulan Kota Kinabalu, Sabah
Petang 18.09.2025, setibanya di Kota Kinabalu pada jam 2.05 minit, dan setelah urusan selesai di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Etuza merancang mencari tempat makan yang selesa kerana perut sepertinya terasa pedih sekali. Mulai lapar berkeroncong kata orang.

Dalam keadaan hujan renyai, Etuza mengambil keputusan singah makan di tempat  Restoran Anak Mami yang kelihatan meriah dan pencahayaan yang menarik,selain ramai yang datang berkunjung ke Restoran ini.

Oleh kerana agak lapar, Etuza langsung ke arah tempat sajian makanan untuk melihat lauk apa yang hendak dimakan bersama suri hati. Pelayan di restoran ini datang memberi layanan dengan menghulur nasi dalam sukatan sederhana atas pinggan. Lalu Etuza memesan lauk ikan dan sayur-sayuran. Boleh lihat gambar menu dan juadah yang kami makan petang kemarin di Restoran Anak Mami, restoran Mamak yang sangat cantik dan ceria, terlebih ceria dengan pelayan restoran yang ramah tamah dan pantas memberi layanan.

Etuza abadikan gambar pada banner bercahaya di Restoran Anak Mami di Sambulan Lama KK
Memang cantik Restoran Anak Mami ini, sesuai dengan tempat strategik dan menyediakan banyak jenis lauk yang masih panas dan segar. Alhamdulillah kami selesai mengisi perut lapar di restoran yang Etuza agak restoran ini TERKENAL di KK. Sekiranya ada blogger datang di Sabah, khasnya di KK datang lah di restoran ini.Berbaloai dengan layanan yang baik.









Bab Makan Pisang Goreng dan Karipap Pembasuh Mulut.
Oleh kerana hujan renyai dan kemudian hujan lebat, tidak larat meredah hujan ke kereta untuk pergi ke penginapan di Kota Kinabalu. Hati mulai gusar kerana hujan semakin menderu lebat. Agak pekat mendung di awan. 

Etuza kemudian menghampiri seorang wanita bertudung sedang memasak pisang goreng. Lalu memesan kuih popiah segitiga dan pisang goreng. Harga pisang goreng RM1.00 4 biji dan karipap simpul tiga segi RM1.50. Siap dihantar di meja makan kami, lalu menikmati kuih muih ini sebagai pembasuh mulut. Kami hanya memesan air mineral sahaja petang itu. Kuih sangat lazat dan sedap bertambah lazat dimakan sambil mendengar deru hujan yang lebat berbahasa.

Selesai makan kuih Etuza dan suri hati gerak ke kereta walaupun masih hujan. Niat hendak ke penginapan untuk tunaikan SOLAT Asar. Risau jika qadaq SOLAT wajib Asar. Tak apa lah kena hujan, hujan rahmat di petang hari Khamis di Kota Kinabalu. Inilah pengalaman Etuza berkunjung ke Kota Kinabalu 18.9 dan 19.09. Hari Jumaat petang kami akan balik ke Keningau bersama anak yang kami jemput di Tuaran. Jumpa lagi, happy nice day, selamat bercuti, salam Jumaat yang barokah.

Kuih pisang yang lazat, lembut, Etuza suka makan.


Ini kuih popiah tetapi dibentuk 3 segi , atau karipap  kah ini..bingung dah apa..hehehe..



Gambar kenangan, bukan membanggai diri , melainkan gambar hiasan blog
menunjukkan kebenaran catatan dan realiti kehidupan yang sebenarnya selalu sibuk.

Catat Ulasan

30 Ulasan

  1. Sy kalau ke kedai mamak pun suka ambil lauk ikan goreng yg dipotong keping² begini.
    Memang sedap menjamu selera dgn pisang goreng tatkala hujan. Terasa nikmat sekali.

    BalasPadam
  2. nampak sedap pisang goreng tu. rangup nampak salutan tepung nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah sesuai masuk tekek..garing kurang berminyak..

      Padam
  3. rindunya nak ke KK lagi yang sy tinggalkan pd Mei 2001. Pernah juga naik motor ke Karamunsing Complex dari Papar. Tp biasanya sy naik bas mini je. Kenangan semasa posting yg pertama di SM Majakir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Imbasan kenangan..tahniah ya Cikgu Abam..memeng bayak pengalaman di Sabah tu..

      Padam
  4. Musim hujan kan sekarang di Sabah, itu yang kesejukan pastu lapar. Kuih 3 segi tu biasa di panggil samosa kalau di semenanjung tu cikgu. Bukan popia 3 segi heheheh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. o samosa namanya..first time makan, memang sedap rangup ..ada inti kari ..

      Padam
  5. bila hujan..ada plak pisang goreng panas2 mmg sedap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Restoran ni tepi jalan..laluan utama di Sambulan Kota Kinabalu, ramai pelanggan singah beli goreng pisang panas2 ..luas pula restoran ni..bersih..

      Padam
  6. Macam2 menu ada tu. Kuih2 goreng tu nampak menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya macam2 ada..tu lah daya tarikan restoran anak mami ni..

      Padam
  7. Banyak menu pilihan.. pokcik tak pernah sampai Lagi Sabah.. In Sha Allah dimurahkan rezeki terasa nak melancong ke sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Datanglah ke Sabah, mendarat di Kota Kinabalu first ke Putatan terus ke Kota Raya Kota Kinabalu..banyak hotel penginapan kat Sabah ni wak..bagitau jika ke Sabah ya..

      Padam
  8. Goreng pisang memang sedap.....kalau gi restoran mamak kalau makan pasti cari lauk telur ikan dan sayur kobis dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai pengunjung..kami datang baru berlalu pelanggan yang lain, makin lama semekin penuh..

      Padam
    2. Alahmdulillah..jika nak makan cepat dan tak tunggu lama, datang ke restoran ni ..ada kuih muih..

      Padam
  9. I am happy that you found a nice place to relax and have a good meal.
    Wonderful post and lovely photos.
    Warm greetings from Montreal, Canada ❤️ 😊 🇨🇦

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanak's a lot drop you comment, welcome in my site.

      Padam
  10. salam Jumaat mulia sedapnya pisang n popia goreng

    BalasPadam
  11. lama tak singgah sini, follow back untuk new link saya yea https://penulisanyus.blogspot.com/ terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat datang kembali..inshaAllah akan klik http tu ya.

      Padam
  12. Dah lama tak jejak kaki ke KK. Kali terakhir pergi tahun 2019 rasanya, masa tu anak2 masih kecik lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 5 tahun yang lalu, Sabah berubah dah sekarang ada kemajuan...jemput ke Sabah lagi ya..

      Padam
  13. menu semua nampak sedap tu, alhamdulillah

    BalasPadam
  14. Terima kasih share tempat makan ini. Saya jarang masuk kedai mami kalau di KK. Bampak sedap-sedap menunya. Nanti boleh cuba.

    BalasPadam
  15. sedapnyaaaa dapat makan pisng goreng panas2...

    tengok suasana restorannya tampak bersih dan teratur...

    BalasPadam
  16. Kalau saya sebutnya samosa kue segitiga itu 😄. Oh anak mami ini restoran mamak yaaa bang. Saya pasti suka kalau begitu.

    Unik nama dia.. kalau di Indonesia, anak mami means, Spoiled kid 😅🤭.

    BalasPadam
  17. Banyak pilihan makanan di kedai mamak dan pantas perkhidmatannya. Boleh lepak lama. Itu yang ramai suka.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.