Struktur Nasi Beryiani ( Beras Basmati)
Resipi Nasi Beryiani Ayam Masak Kurma.( Resipi Suri Hati )
Bahan-bahan masakan.
1. 4 Cup beras basmati
2. Satu ekor ayam
3. Bawang besar
5. Kari serbuk kurma
6. Bawang merah, bawang putih, halia dan lada merah.
7. Kentang di potong sederhana.
8. Daun limau purut.
9. Garam, gula dan secukup rasa.
10. Serai
Cara - Cara Memasak.
1. Bershkan semua bahan mentah, sediakan di atas meja,
2. Beras basmati 4 cup dibersihkan, dan masak dengan air yang sesuai.
4. Masukkan minyak tumiskan bahan masakan bawang yang telah di hancurkan,
5. Apabila naik wangi masukkan ayam yang telah dipotong dan dibersihkan.
6. Gaul rata, masukkan serai yang telah dihancurkan..
7. Masukkan serbuk kari kurma, daun limau purut, gaul kan hingga rata.
8. Masukkan semua bahan perasa secukupnya.
9. Masukkan sedikit air,kentang dan hirisan lada merah.
10. Biarkan mendidih, naik wangi dan kentang masak lembut.
11. Tutup kuali agar ayam cepat masak dan lembut.
12. Kuah kurma yang kelihatan sebati, aroma kurma naik wangi dan naik minyak menunjukkan ayam dan bahan lain telah masak.
13, Hidang bersama nasi beryani, makan malam bersama keluarga.
Ayam masak kurma. Masakan Suri hati
Perencah Nasi Beriyani, guna satu paket 4 cup beras basmati.
Masuk di dapur petang hari ini, setelah selesai beri ayam makan, ternampak atas meja makan di dapur tersusun indah dan cantik Cup Cake dalam kotak yang bertulis BAKERY. Rugi jika tak ambil gambar cup cake yang molek ini, selesai ambil gambar, Etuza tanpa bertanya dan tak segan segan terus makan satu cup cake coklat ini. Etuza percaya mesti sajian cup cake ini untuk di makan juga oleh semua ahli keluarga dalam rumah. Etuza agak cup cake ini di beli, rupanya menantu yang masakkan untuk di makan waktu petang.
Etuza mengamati rasa cup cake tersebut, humm! rasa tak sangat manis, secukup rasa ( istilah Etuza bila makanan tersebut mesra masuk tekak) jika lebih manis pasti Etuza tak habiskan makan. Menantu masuk dapur dan mempersilakan Etuza makan. Alhamdulillah memang sah cup cake khas di makan petang ini. Terima kasih menantu kerana menyediakan cicipan yang lazat petang ini. Gambar cup cake ada disertakan.
4 Ulasan
Semua sedap
BalasPadamSelamat menjamu selera.
Nampak sedap ayam masak kurma tu
BalasPadamNak foreward kat aunty lah resepi ni... mana tau dia nak cuba buat...
BalasPadamSemuanya nampak sedap. Untung dapat menantu pandai dan rajin masak :)
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.