expr:class='data:blog.pageType'>

Pengumuman Segmen Gempak 2025 Blog Pesona Etuza.



Pengumuman Segmen Gempak 2025 Blog Pesona Etuza.

Khamis, 18.09.2025 Etuza umumkan dengan rasminya keputusan Segmen Gempak Melukis Poster Merdeka ( Klik Biru ) di blog Pesona Etuza. 

Segmen Gempak ini pada awalnya terbuka dan bersiaran selama tiga minggu di medsos blogspot.com. Pesona Etuza. Syaratnya sangat mudah, tetapi nampaknya tidak mendapat sambutan dan seperti tiada yang daftar untuk serta dan meletakkan entry khusus segmen ini di wall blog mereka.Mungkin ketiadaan masa lapang menyertai segmen ini,dan sebenarmya, segmen ini lebih istemewa kepada teman blogger Etuza.

Begitulah keadaan jika bukan rezeki Etuza dan bukan rezeki sesiapapun. Kita anggap situasi segmen gempak tidak mendapat sambutan kerana BLOGSPOT.COm bukan lagi MEDSOS terkini yang menjadi keutamaan ramai orang.Sedih juga baca kenyataan umum bahawa blog tidak lagi GAH seperti dahulu awal 90an.Ada kebenarannya ini menurut individu itu sendiri.

Blogger EYMA BALKISH ~ MENANG MUDAH TIADA SAINGAN.

Dengan ini saya umumkan blogger hebat yang berjaya secara solo telah memenangi Segmen Gempak ini dengan wang tunai dan award khas untuk blog ialah EYMA BALKISH pemilik blogspot.com MANIS STRAWBERi. ( Klik Biru ) Setinggi tinggi ucapan tahniah dan syabas. Semua anugerah telah disampaikan dengan lancar pada petang hari 17.09.2025.Rezeki ini ternyata milik Eyma Balkish. Alhamdulillah turut bersyukur.

Gambar cuma  menghiasi mewarnai blog. Bukan berbangga diri.Etuza.

Mengapa Masih Berblogging Sakan Dialaf 21. 
 
Blogspot.Com merupakan satu medan MEDSOS yang sama peranannya dengan protal lainnya seperti FB,Instagram, Tweter,Ti Tok dan sebagainya. Medan blogspot boleh saja menjadikan medan keberadaan portal url dan alamat FB, Tweter, Instgram, Utube dan Tik Tok anda dengan memuatkan link atau dwonload  MEDSOS ini di laman blog anda.

Dengan cara ini, kita akan mengakses apa juga medsos kegemaran anda seperti minat ke arah TIK TOK dan Instagram anda dengan hanya klik blog maka terpapar semua medsos tersebut di laman blog milik anda.
Teman blogger yang dihargai, yang dihormati. Sejujurnya kenapa masih ramai blogger berblog sakan di alaf 21 dan masa kini.Ya, pada pengamatan Etuza faktor masih ada blogger berblog sakan pada masa kini ( alaf 21) adalah kerana:-
1. Blog menjadi sebuah kenangan indah kepada mereka dengan meletakkan gambar-gambar pelancongan , ke restoran menarik dan sebagainya kenangan itu.
2. Blog sebagai tempat mereka berkongsi cerita dan catatan yang menarik kepada pembaca lain untuk masih kekal klik blog lama mereka.
3. Blog sebagai tempat berhubung sesama blogger pada ruang komentar yang digemari. Mereka mengutuhkan hubungan silaturahim melalui ruang komentar selepas membaca paparan blog masing-masing.
4. Blog masih releven untuk menjana pendapatan dan ada blogger yang tinggi pendapatan dengan hanya berblog sakan menyampaikan informasi terkini yang dikehedaki oleh ramai pengkaji.
5. Blog adalah merupakan MEDSOS paling sesuai menjadi laman pembacaan apa juga catatan sebagaimana catatan Etuza ini, terutama kepada pembaca yang bergelar ulat buku ( rajin membaca)
6. Blog boleh meletakkan berbagai pertandingan seperti segmen GIVEAWAY dan sebagainya. Masih ada rezeki tidak terduga di blog ini.

6 perkara di atas menjadikan masih sangat ramai blogger belum meninggalkan blogspot.com tetapi saban hari membuat catatan yang menarik dan indah, apatah lagi persembahan gambar menarik di blog. Pendapat Etuza tentang medsos blog masih releven masa kini. 

Pendapat anda bagaimana? kongsikan di ruang komen. Komen anda sangat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.


Catat Ulasan

0 Ulasan