Waktu Yang Tepat Untuk Makan Menjadikan Tubuh Badan Sihat & Berat Yang Stabil


Makanan ini sesuai untuk sarapan pagi kerana serat dengan karbohidrat yang berlemak rendah
dan mengandungi protien

Semua orang mendambakan tubuh badan yang sihat.

Semua orang mahukan tubuh badan yang ideal dengan  berat stabil dan tidak berlemak. Kurus dan berstamina sepanjang masa. Tubuh badan yang lesu, tidak bertenaga dan letih tidak bermaya adalah sangat ditakuti oleh semua orang yang masih hidup. Keadaan seperti ini pasti mendatangkan penyakit yang akan perlahan menjadi kronik dan akhirnya merundum  tahap kesihatan hingga sukar dipulihkan.

Waktu Yang Tepat Mengambil Kudapan, Mararau, Cicipan Dan Makan Malam.

Menerusi pembacaan, sebenarnya masa sepatutnya tepat waktu untuk makan ketika sarapan pagi, kudapan, makan tengahari ( mararau ) cicipan serta makan malam. Jika tersasar waktu menjadikan kesan yang tidak baik kepada tubuh badan seperti cepat lapar, pening kepala, berpeluh dan badan akan bergegar apabila tahap kelaparan semakin meningkat dirasa. Kita sebagai orang yang masih sihat perlu mengelakkan keadaan seperti ini, demi menstabilkan kesihatan mempastikan tubuh sentiasa bertenaga agar hidup selesa.

Sarapan pada jam 6.00 - 9.00 pagi.

Cadangan yang disarankan untuk sarapan adalah lebih baik pada jam 6.oo pagi sehingga jam 9.00 pagi, dengan mengambil makanan berprotin tinggi sepert telur, daging tanpa lemak serta makanan lain yang berkhasiat. Sarapan pagi pada masa yang tepat ini menjadikan tubuh badan TIDAK akan lapar berbanding mengambil sarapan pada jam 10.00 pagi. 

Kudapan pada jam 10.00 pagi dan kelebihannya.

Masa jam 10.00 pagi sepatutnya kita mengamalkan makan ( Kudapan) dengan mengambil makanan ringan yang berkhasiat. Jam ini kita perlu mengambil buah seperti epal,biskut,atau makanan serat yang berprotien tinggi. Dikatakan dengan peluang mengambil kudapan sekitar jam 10 tubuh badan menyeimbangkan rasa lapar hingga makan tengahari ( mararau ). Dan pastinya makan serat kombinasi karbohidrat, portien dan vitamin pada masa tengahari menjadi pelengkap makan mararau yang kita amalkan.

Makanan yang berkeju, berlemak mungkin sedap tetapi kita perlu seimbangkan 
dengan mengambil makanan serat vitamin seperti buah-buahan.

 Jam 1.00 ( 13.00 petang ) Masa Cicipan Yang Benar.

Ketika masa makan diwaktu petang ( cicipan ) juga harus dipenuhi dengan pengambilan makanan sederhana seperti biskut, kuih kurang lemak dan buah-buahan sekitar jam 1.00 ( 13.00 ) petang. Selain mencukupkan air minuman yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kita digalakkan mengambil makan pada masa yang tepat di waktu petang hari agar tubuh kekal sihat dan stabil bertenaga. Jika lewat tubuh akan mengalami penurunan glukosa hingga akhirnya badan memerlukan masa lama untuk mengubah karbohidrat menjadi tenaga tubuh badan.

6.00 petang ( 18.00 ) Makan Malam ( Dinner )

Jam 6.00 petang adalah waktu paling tepat mengambil atau menjamah makanan pada  waktu malam. Dipercayai bahawa pada waktu yang tepat pada jam 6.00 petang ( 18.00) makanan yang kita makan akan menstabilkan badan kita agar menjadi badan yang ideal dari segi berat lebih stabil, kerana tubuh akan mengubah metabolisme menurunkan lemak dari menampal di seluruh tubuh badan.Bermakna berat badan kita tidak akan meningkat. Sebaliknya jika kita menunda atau lewatkan  saat makan hingga lewat malam maka bersedialah menghadapi peningkatan berat dan merasai banyak lemak menampal pada tubuh badan yang kita sayangi ini. 

Apapun keadaan soal makan itu dari kita sahaja, hanya amalkan lah mengambil makanan tidak berlebihan karbohidrat dan gula. Amalkan juga berhenti makan sebelum perut penuh tanpa ruang untuk bernafas. Selain itu kita amalkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis ( sunnah Nabi) agar kawalan kesihatan badan menjadi lebih sihat, ringan kurang lemak. Tips kesihatan ini adalah menerusi minda dan pembacaan Etuza. 

Berminat hendak teruskan pembacaan anda  sili klik HITS di laman Pesona Etuza. Selamat membaca.

Selamat menikmati makanan ( mararau di JPN Penampang Sabah )

Jika ke kedai makan, pilihlah makanan yang mengandungi kandungan 
makanan yang seimbang dari segi protien, karbohidrat  serta vitamin. Elak mengambil 
makanan yang berat seperti daging berlemak tinggi.

Pilihan makan itu adalah dari kita, pilihlah yang serat protien dan kurang bergula.

Jenis makanan yang sesuai semasa CICIPAN ( makan petang ) sekitar jam 1 lebih



Kuih berasaskan tepung gandum yang sedikit kandungan karbohidrat dan lemak
sesuai untuk kudapan atau cicipan anda

Karbohidrat ( makanan berasaskan nasi - Buras sesuai untuk kudapan atau cicipan

Hari ini Etuza beli kuih ini untuk makan sesi kudapan ( jam 10.00 pagi)

Kuih ini juga di beli hari ini,perasa keladi yang lembut dan sedap.

Kadang ada masa Etuza bawa bekalan ke tempat kerja. Ini mee goreng mee hon,
sedap suri hati masak untuk seisi keluarga di waktu pagi.

Sesi kudapan hanya mengambil kuih muih..rasanya waktu ini kami 
6 orang tidak habiskan makanan  atas meja melainkan di tapau bawa ke rumah.

Ini ketika mararau ( makan tengahari ).

Happy lunch, meriah bila makan ramai-ramai. Semoga teman-teman saya dalam gambar 
sentiasa sihat dan ceria selalu.

Singah di Restoran Bakti, Keningau mengambil 
kuih pisang dan lemon tea panas semasa sesi CICIPAN ( makan petang )

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. seronok meriah bersama rakan-rakan, kuih pisang tu sedap minum dengan air kopi o 🥰

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita makan rezeki yang ada..alhamdulillah.

      Padam
  2. terliur pula tengok semua gambar makanan tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gambar penghias blog sekadar menguatkan hujah tu cik...

      Padam
  3. Paling seronok makan beramai-ramai dengan kawan-kawan. Nampak sedap kuih muihnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul ..meriah makan bersama..bukan selalu kan..

      Padam
  4. Yg penting mkn berpada2 dan cuba maintain bmi normal

    BalasPadam
  5. Banyaknya gambar makanan...doctor pernah bagi advice dekat saya pagi2 jgn makan terlalu berat ambil telur dah cukup...pkl 11 keatas baru ambil makanan berat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu makan telur rebus awal, perut agak kempis..telur makanan seimbang

      Padam
  6. Tengok hidangan makanan, semuanya sedap-sedap belaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makanan anugerahNya harus disyukuri..alhamdulillah

      Padam
  7. Saya melakukan intermittent fasting soalnya bang, jadi memang tidak sarapan. Baru makan pada pukul 1 siang. Tapiii kalo sedang traveling, saya skip IF. Rugi tak merasa makanan khas di kota yg saya visit 😂.

    Cuma kalo di hari2 biasa, saat tidak traveling, saya usahakan memang makan malam jangan lebih dari jam 7 malam. Jadi jam 7 malam sudah stop makan. Dan setujuuu, jangan sampai kenyang sangat. Tak nyaman di perut

    BalasPadam
    Balasan
    1. F Nila ni cukup berdisiplin bab makan ya, usaha yang bagus dan sihatkan badan..makan kenyang sebenarnya buat badan lemau juga.

      Padam
  8. betul tu cikgu.. kena jaga makan .. tapi bagi saya kalau banyak makan, workout kena seimbang dengan kuantiti makan. tapi susah juga nak maintain workout maklumlah sibuk..hai macam2 alasan hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahmdulillah, ustaz nampak mantain badan tu..agak berisi dah kan..mybe faktor umur begitulah nampak badan makin matang..jaga makan agar sihat boleh travel ke mana nak kan..

      Padam
  9. Saya geng dengan Fanny di atas, geng IF. First meal of the day pukul 1. Makan 2 kali je sehari. Dinner paling lewat 7 malam. Sedap betul tengok gambar-gambar makanan di atas. Apatah lagi, makan bersama keluarga dan kawan-kawan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahmdulliah ..saya masuk geng ya..cuma gender lelaki..boleh bah hehehe

      Padam
  10. menten slim amal puasa isnin khamis ya cikgu

    BalasPadam
  11. betul ..tepat sekali..sunnah nabi kita

    BalasPadam
  12. Lapar terus saya baca post ini cikgu lagi-lagi bila tengok gambar-gambar makanan yang dikongsikan. Saya bab makan ni memang kalah teruk sebab suka makan macam-macam pada bila-bila masa walaupun sedar kena jaga kesihatan diri. Haish.

    BalasPadam
  13. sedapnya gambar semua makanan ni.
    betul, sebenarnya tak elok ambil dinnner selepas pukul 8. tapi tulah yang paling susah nak buat, hehehe

    BalasPadam
  14. Terima kasih tips nya mengenai waktu makan dan barbagai makanan ini, Mas.
    Semogalah badan kita sehat selalu...

    Salam,

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.