Hits Di Laman Etuza : https://madey09.blogspot.com/2025/07/lelaki-hebat-harus-bagaimana.html
Detik kenangan bersama suri hati di Sabindo Resort Keningau, Sabah
Sebagai Blogger Anda Suka Apa Di Dashboard?
Adakah anda seorang blogger?. Blogger yang hanya menjadi penulis pada perkara yang digemari merangkum gaya hidup, keluarga, pendidikan, motivasi dan lain-lain yang kita lalui dikehidupan ini. Jika anda rasa anda blogger! apakah yang anda suka lihat dalam paparan di Dashboard template blog anda?. Pasti anda suka melihat paparan satistik pencapaian blog anda di udara maya. Kerana menurut ku, melihat paparan statistik akan memberikan kita Motivasi, Inspirasi dan Semangat untuk meneruskan penulisan di blog walaupun blog tidak seterkenal blog lainnya.
Capai 2K Views Blog -Ini Bukti Usaha Tidak Sia-Sia!.
Terbaru, hari ini paparan tatapan pada statistik blog Pesona Etuza mencapai 2.22K views blog. Satu pencapaian yang sungguh memberi semangat baru kepada Etuza untuk teruskan penulisan di blog selagi berdaya. Tidak sia-sia usaha untuk memandirikan blog ini setanding dengan blog lain yang berada dipersada tertinggi dalam dunia blogger.
Kajian Bagimana Blog Anda Menjadi Kegemaran Pembaca Maya.
Menganalisa hari demi hari, keinginan ingin tahu dan membuat kajian di laman sosial merujuk tips dari otai blog yang terkenal, maka saya dapat membariskan beberapa perkara yang mampu menaikkan blog anda. Berikut adalah beberapa tips membangunkan blog hingga anda dan kita bersama seiring terus membangkitkan kecemerlangan blog tanpa henti.
01. Membuat penulisan dari hati ikhlas, tidak boleh dalam keadaan terpaksa dan sekadar updated ( kemas kini ) blog anda setiap hari, tetapi kosong isi yang diharapkan oleh pembaca maya.
02. Letakkan gambar menarik, kongsikan kepada pembaca dengan meletakkan penerangan berkaitan gambar yang anda tampilkan.
03. Penulisan yang mesra,termasuk ejaan yang betul, struktur ayat yang baik dan mempunyai objektif ke arah memberi motivasi, inspirasi kepada pembaca maya. ( Kenyataan yang benar saya juga antara yang menulis ejaan salah di blog~ Maafkan saya )
04. Membuat blogwalking dan berkomunikasi sesama blogger. Ini sangat penting untuk anda kenalkan diri dan blog kesayangan anda. Klik blogger terkenal ini, blogger Uncle Gedek yang membuat kita tersenyum dan gembira, cubalah klik baru percaya kan saya.
05. Perkongsian pelancongan anda ( traveling ) Seperti blogger terkenal yang kini menapak di persada maya tanpa disangkal lagi, iaitu Blogger Amie's Little Kitchen. Klik blog ini, salah satu senarai ke 25 dalam 100 blog terkenal di Malaysia. Hebatnya Amie's ni tau.
06. Blog yang fokus ( niche ) tips kesihatan. Pasti sangat ramai yang membuat pembacaan di blog anda apabila mempersembahkan artikal kesihatan. Sebagaimana blog https://www.aerill.com/ ( Aerill) Klik blog ini untuk melihat paparan blog Aerill.
Semoga sedikit pandangan dan idea daripada blog Pesona Etuza dapat memberikan suntikan semangat agar kita terus menulis di blog, berkongsi apa sahaja yang baik serta memberi manfaat kepada mesyarakat umum. Jumpa lagi di lain artikal.
Paparan blog Pesona Etuza dari Smart TV ..menarik
dan membaca dari jauh juga boleh.Skrin TV luas
Antara tajuk penulisan di blog Pesona Etuza.
Diharapkan tajuk tersebut ada unsur SEO Friendly di udara maya
Hits popular dan teratas blog Pesona Etuza di protal babad.net,
menerusi tajuk Kuala Lumpur Dalam Kenanganku.
Catatan lama diberi nafas baru, tiba-tiba meledak mencanak
di udara maya. Terima kasih pembaca blog ku ini.
9 Ulasan
Alhamdulillah...tahniah blogger Etuza...Linda tak pernah lagi capai 2k tu..kalau tiba² dapat 1k pun dah senyum ..hihi ..
BalasPadamBaru nak up balik..baru bulan ni agak kerap updated blog..Blog bersawang suatu masa lalu..sedih blog terapung sepi di persada maya. Hehehe
Padamtahniah!! semoga terus rajin update blog.
BalasPadamSama-sama kita teruskan peninkatan di blog ya...Terima kasih ..
PadamTahniah saudara Etuza. Semoga terus bersemangat untuk menulis.
BalasPadamTerkejut saya Amie's Little Kitchen tersenarai di tempat ke-25 di antara 100 blog di Malaysia. Masya Allah! Saya terus google dan sudah melihatnya sendiri. Terima kasih!
Ada Etuza jumpa bila klik blog Terkenal Aktif di Malaysia..ada senarai blog Amie ya. Klik Search Google pasti ada tu..
PadamTahniah ya Amie yang mesra maya blogger bai..teruskan usaha..suatu masa mungkin agak lebih tinggi peningkatan..
BalasPadamTerima kasih! In syaa Allah, mudah-mudahan kita sama-sama dapat meningkatkan perkongsian untuk manfaat pembaca.
Padamtahniah cikgu blog kak kadang2 ja hit 2k
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.