Serlahan jambangan bunga kertas ID Bunga Kertas Sarawak 

Tidur Lena Nikmat Rehat Diwaktu Malam.

Semalam membaringkan tubuh ini..
Atas tilam yang empuk sekitar jam 9.00 malam
Lupa segala rutin malam melayari alam maya
Rasa sangat nikmat di pembaringan 
Sambil mengalunkan zikrullah di benak fikiran
Terlena lelaki ini hingga sedar jam 2.30 pagi ...
Terasa lega ringan segala sendi..
Setelah lena dimalam yang indah kurnia Allah

Tertanya cukupkah tidur ku itu..
Perlahan kaki melangkah  mengambil wuduk..
Agar kesegaran lebih terasa..
Nikmat tidur lena harus disyukuri..
Alhamdulillah menghargai nikmat itu..
Pergilah kelesuan..
Pergilah kemalasan..
Jauhi aku dari semua agen negatif..
Serlahkan aura semangat hidup nafas baru

Ceriakan hidupku, bahagialah aku
Hingga terzahir kata hati di persada maya
Membelah angkasa samudra ini..
Menunggu jejari menari memetik tintaku..
Tersenyum menantimu kalibatmu membawa senyum untukku..
Adakah dirimu juga lena tidur malam ini..
Kerana tidur lena itu nikmat luar biasa anugerah Allah
Syukurilah hargailah dengan melafaz kalimah
Alhamdulillah ....

Puisi indah dari ketulusan hati ~ Etuza ( episod 6)