Gambar sekadar hiasan blog, bukan untuk membanggakan diri, Popular itu
milik Kedai Buku Popular di One Borneo Kota Kinabalu.
Selamat malam buat teman maya, semoga sihat dan bahagia meneruskan hidup ini. Sentiasa lah bersyukur atas semua nikmat yang Allah berikan. Senyumlah dan tadahkan tangan ucapkan alhamdulillah kerana merasa gembira hari ini. Bila beradu ( tidur ) lafazkan BISMILLAH...agar tidur lena dan bangun segar pada esok pagi. Aamiin.
Blog Kita Untuk Apa?
Blog ini, sandaran kita meletakkan moment indah, kita kongsikan sesuatu yang kita ada dengan niat ikhlas dan bukan tunjukkan untuk membanggakan diri. Banyak blog paparkan cerita hidup merangkum aspek kesihatan diri, kerjaya dan kisah suka dan duka. Ada juga blog memberikan catatan tentang ragam hidup masyarakat yang dilihat atau tidak terlihat dengan cara memberikan idea, memberikan pandangan yang diterima akal.
Kita baca dan kita hayati penulisan teman blogger dalam blog mereka. Sungguh kita hargai kerana menerusi blog juga akan ada infor yang kita dambakan , yang kita mahukan hingga membantu kita ke protal lain yang kita mahu, seperti protal SPP ( Suruhan Jaya Perkhidmatan & Penempatan Bertugas) dan lain-lain protal. Terserahlah guna MEDSOS apa, seperti smart handpond atau laptop atau padlet anda.
Popular Blog Yang Diharapkan
Usah ditanya popular atau tidak popular blog kita. Kita bukan selebriti ( kemasyhuran) atau pemimpin yang terkenal, kita hanya bergelar individu masyarakat biasa yang cuba berdiri sebagai bintang bersinar yang ada usaha menghidupkan jalinan atau jaringan maya berinteraksi secara sihat di laman sosial dengan niat memeriahkan blog MEDSOS pilihan tempat memberikan ilmu yang mungkin hanya sepatah tetapi amat bermakna untuk dimanfaatkan.
Tips Blog Popular, Sebenarnya Ditangan Kita.
Siapa kah penulis maya yang berjaya?. Pastinya dia ialah seorang blogger yang mesti ada blog medsos ( Media Sosial ) peribadinya yang dikendalikannya sebagai addmin atau pengurus blog peribadinya itu.
Justru itu terserah kita menjadikan blog kita terkenal atau tertampil amat disukai ramai atas dasar blog itu sangat menampilkan informasi dambaan semua pengkaji pembaca maya. Bagimana kah blog itu menjadi popular ditangan kita sendiri?. Apakah tips menjadikan blog itu popular!. Amalkan perkara dibawah ini jika hendakkan populariti blog anda.
1. Elakkan blog bersawang sehingga berhari hari, seminggu, sebulan bertahun. Jika berlaku bersawang Google Search akan menjadikan blog kita sebuah arkib yang tidak akan muncul lagi di alam maya.
2. Kemas kini kan blog anda sekerap yang anda mampu, kerana kemas kini blog adalah semudah makan nasi, tetapi sesusah mandi dan berpakaian lengkap. Mandi ada proses membasahkan anggota, memakaikan sabun cuci daki menampal di badan, menjirusnya semula agar bersih dari buih sabun mandi, mengambil ubat gigi memberus gigi, mengelap badan basah dengan tuala, tutup aurat dengan pakaian yang lengkap seluar dan baju. Sempurnalah proses mandi anda. Proses kemaskini blog juga ada seumpama itu pada asasnya jika hendakkan blog TERKENAL atau POPULAR.
3.Buat infor yang up to date, bermakna blog sentiasa ada ilmu atau infor terkini yang masyarakt hendak baca dan hendak dapatkan maklumat yang tepat. Blog yang sebegini pasti POPULAR di alam maya.
4. Lakukan blogwaking, jadi blogger yang mesra maya, yang senang berkomentar sebagai jalan hendak popularkan blog kesayangan anda. Hakikatnya ada blog diam seribu bahasa tetapi amat POPULAR, kenapa begitu?. Disebabkan blog miliknya tampil ringan klik mudah di akses, tampil trending dengan SEOnya yang mungkin berbayar atau sebaliknya dan paling hebat blog POPULAR ini menyalurkan informasi terkini yang up to date( sentiasa baru dengan infor di Malaysia ). Bahagia blogger sebegini popular.
5. Jauhi perbuatan menghina orang lain, menghina terang terangan atau memberi hukuman dengan menyebut nama seseorang yang anda kenali. Kerana cara begini akan membuat masyarakat kacau dan tidak tenteram.
Sampaikan ilmu di blog anda secara umum yang tidak menguris hati orang lain yang membacanya. Blog peribadi tanggunjawab kita. Semoga penulisan ini ada manfaatnya kepada semua bloggers dan pembaca maya.Ikhlas Etuza.
Gambar hanya hiasan . Mewarnai blog menghidupkan kehadiran
blog di MEDSOS. Bukan untuk dibanggakan. Salam kasih sayang.
Selamat malam, beradulah dengan aman dan damai.
33 Ulasan
Bagus perkonsian ini
BalasPadamTerima kasih support ya NA..datang lagi , terim kasih kunjungan
PadamSusah juga nak konsisten menulis supaya blog tidak bersawang dan nak konsisten BW sebab ada kekangan masa
BalasPadamDifahami sangat situasi ini. Tak apa buat terdaya..bukan kejar populariti kan..Entry saya sekadar nak bagi support dan mungkin ada termotivasi..InshaAllah
Padamkak ana masih menulis di blog Etuza, walaupun trafik dah tak macam dahulu, namun minat dalam perkongsian di blog masih belum pudar.. teruskan perkongsian yang bermanfaat, In Syaa Allah
BalasPadamHebatnya..semangat begini yang kita nak ikut contoh yang baik..tak apa tu jika trafik biasa sahaja..kita dah menulis itu objektifnya kan
PadamTerima kasih atas nasihat yang di berikan.
BalasPadamAlhamdulillah, sama-sama juga
Padamterima kasih atas tips dan ingatan nya...
BalasPadamblog sekadar penulisan untuk mengingati momen2 dalam hidup...semoga tiada yang terguris, tiada yang terasa dengan penulisan kita di blog..aamin
Memang blog yang kita ada ni..persis sebuah kenangan lalu yang dah kita lalui..bersama meriahkan blog ya
Padamblog adalah my online diary, senang nak check2 apa2 event dlm hidup/gmbr/info psl my life :)
BalasPadamBetul..kita cek blog melihat apa sejarah lalu yang menjadi kenangan..terbaik teman blogge Etuza
PadamDah lama SA x beli buku di Popular Book Store...kad membership pun dah expired rasanya
BalasPadamCuba datang ke kedai buku tu kan SA..manatau boleh dibaharui..
PadamCukup bagus apa yang dikongsikan.. ayat akhir tu pokcik sokong sangat.. jangan guriskan hati orang
BalasPadamMaafi saya andai ada yang tersalah faham..sekadar nak meriahkan blog dan beri motivasi teruskan blog ..
PadamTerima kasih cikgu, info dan tips yang amat bermanfaat.. Blogging utk sama2 memeriahkan alam medsos. Yang baik kita kongsi, yang tak baik pakat sama2 baiki.. mudah2an blog yg dihasilkan memberi kebaikan kepada semua..
BalasPadamAamiin..terima kasih ya Ustaz sangat memahami.entry saaya sekadar bahan bacaan..Kita teruskan menulis perkara yang baik..
PadamKadang saya pun dah tak tau saya berblog untuk apa
BalasPadamSama juga kadang begitu, mybe ada kaitan Google Adsend, interaksi maya dan kenangan hidup..juga untuk melepaskan apa di minda..InshaAllah
Padamkak tulis blog simpan karya ja xkisah popular ke tidak heh heh
BalasPadamYa ..entry Etuza sekadar bahan bacaan..tahniah aktif menulis dan konsisten
PadamTerima kasih cikgu, blog saya untuk memenuhi masa lapang, berkongsi cerita dan kongsi resepi. Sejenis blog yang santai sahaja
BalasPadamAlhamdulillah, saya selalu ke laman Norhidana..komen jg di sana ..terima kasih begitu memahami entry Etuza sekadar bahan bacaan, ambil sudut positif andai ada ya
PadamSaya pun dah lama tak blogwalking..
BalasPadamTak apa tu ..saya pun ada keadaan tidak bermood..updated kan blog..
PadamTerima kasih tuan Etuza, perkongsian ilmu yang sangat baik dan sangat berguna sekali buat kita blogger yang serba kekurangan ini.
BalasPadamTerima kasih sangat memahami dan positif
Padamsangat hargai komen yang diberikan ..ini bererti berlaku interaksi secara maya dan secara sihat di alam maya..semuanya baik hati..Thanks al lot..
BalasPadamBuat isi masa kalau ada kelapangan.
BalasPadamYa setuju..tak perlu paksa diri kan wak..sesungguhnya dari kita apa kemahuan..yang penting tak menyentuh emosi pembaca
PadamHappy blogging Etuza.
BalasPadamSemoga terus bersemangat menulis dengan identiti sendiri.
Blog buat saya adalah untuk berkongsi cerita apabila ada kerajinan menulis😅Kadang-kadang bila tiada mood memang bersawang teruk😅
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.