Pondok tradisional Etuza. Buat sendiri dari bahan terpakai
dan batang pokok Kayu Manis ( Pokok Koningou) 2025
Anjung Empat Tahun Kini Usia, Masih Kukuh
Pondok tradisional ini Etuza buat pada tahun 2022, semasa musim darurat Covid 19. Bererti sudah hampir empat tahun pondok ini kami gunakan. Pada masa 2022 itu agak ramai sahabat saudara datang ke rumah Etuza bertujuan hendak mencari benih atau bibit berbagai bunga jenis daun dan bunga kertas. Tercetuslah ilham membina pondok seperti dalam gambar di atas.Bukan bersungguh-sungguh hendak bina, secara santai santai saja buat kerana alat tidak mencukupi, masa itu masih tidak dibenarkan kerap ke bandar lagi ekoran covid19. Kerana itu. banyak alat tidak ada.
Di hias dengan bunga-bunga di laman pada tahun 2022
ramai orang datang melihat anjung ( pondok Etuza ) ini.
Baca yasin di anjung ini ..dan duduk santai santai sambil minum
Alat Kelengapan Pondok Etuza
Semua nya secara kebetulan, pada tahun 2022, Etuza memanggil saudara Zamri menebang pokok Kayu Manis ( Koningou ) depan rumah yang semakin besar. Pokok ini kulit harum dan boleh dikopek di potong kecil-kecil dan dikeringkan. Sejenis rempah yang melengkapkan rempah sup menambah rasa dan aroma yang wangi.
Terhasilah Stool ( tempat Duduk ) batang kayu seperti dalam gambar di bawah, tempat duduk yang cukup selesa sebanyak empat batang. Masih keras dan elok walaupun sudah cecah empat tahun. Meja kayu jenis Belian termasuk kaki pada meja ini. Kelihatan unik dan cantik. Etuza beli dari kawan bernama Morinus Pomin. Ada papan di pasang tempat letak bunga hiasan dan dipasang batang kayu diukir pada sekeliling pondok ini kecuali depan masuk ke ruangan Pondok etuza ini. Lengkaplah pondok ini untuk berehat dan menampung 4 atau 5 orang di dalamnya.
Alhamdulillah dengan usaha Etuza maka terbina juga pondok impian walau tidak secantik di tempat lain. Ramai tetamu yang datang singgah mengambil gambar di Pondok Etuza ini. kami minum kopi dan makan kuih masa cicipan bersama anak -anak yang balik bercuti menjengok kami di kampung. Bahagia terasa dihati. Alhamdulillah.
Teruskan pembacaan anda klik SINI. Blog aktif 2025. Follow blog Etuza dan follow juga blog sahabat blogger.
Setelah usia 4 tahun..bunga -bunga sudah ada yang kering kerana semakin tua..
di alihkan ke tempat lain tinggal bunga kertas menghiasi anjung ini
Meja dan kaki meja dari Berlian , keras dan kukuh sekali ini.
Tempat duduk dari batang kayu manis ( Stool) memang tahan, belum ada tanda nak reput.
13 Ulasan
Hampir sejam siapkan entry sesimple ini, mencari gambar di Google Photo..satu agenda,hehehe
BalasPadamseronoknya ada gazebo/pangkin boleh lepak-lepak....
BalasPadamnama pangkin pula ni kan..sini sebut Sulap ( Pondok) ..seronok duduk-duduk sambil minum..
PadamBestnya kalau di laman rumah ada pondok atau gazebo. Boleh duduk santai sambil minum dilaman
BalasPadambersama keluarga.
Cat dah lusuh, kayu bulat yang diguna dah terkopek kulit, kena cat balik baru ceria pondok ni cik..
Padambagusnya ada tempat berehat santai gini. nice sgt sbb hasil usaha sendiri
BalasPadamAlhamdulillah, suka bertukang juga bia ada masa senggang..tak lah cantik..biasa saja
PadamKreatif.. cantik
BalasPadamJika cat baru mybe boleh lah digelar cantik..dah lusuh tu wak
PadamBest boleh lepak santai kat luar atas gazebo / pondok. Boleh upgrade tu cat baru, ceriakan lagi dengan hiasan menarik.
BalasPadamInshaAllah ada juga niat nak catkan baru..terima kasih ya datang singah ke laman ni
Padamcantiknya..best lepak waktu ptg..:}
BalasPadamWahhhh serba boleh cikgu ni. Bertukang, berkebun, berpuisi, etc. Gazebo hasil tangan cikgu ni memberikan vibes santai sambil menjamu mata tengok pokok-pokok berwarna warni begitu. Kayu Berlian antara kayu yang banyak digunakan untuk buat rumah panjang kan cikgu? Baru saya tahu pokok kayu manis sesuai juga dibuat binaan.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.