expr:class='data:blog.pageType'>

Gembira Mendarat Di Johor Negeri Yang Indah Masyarakatnya Ramah Tamah

Catatan ini diulang kembali, catatan di blog pesona Etuza tahun 2022. Berminat sila klik SINI. Catatan sebenar tahun 2022, boleh baca komen rakan blogger sisini.

Agak lama tidak mengetuk pintu maya. Bagaikan kehilangan kunci untuk buka pintu laman Pesona Etuza Warna Kehidupan. Apakan daya kita semua tidak mampu melakukan semua perkara. Cuma tidak pernah lupa pada laman ini, rumah maya blogger yang suatu masa diawal penglibatan seru diri ini dengan mencatat setiap hari cerita dan pengalaman mewarnai dunia realiti. Blog melengkapkan kenangan yang mengujakan.

Dalam Lapangan Terbang Kota Kinabalu, menunggu Kapal Terbang( selfi )

Klinik Pergigian I Sihat Bukit Indah ( Dental Care ) Johor.

Kami ke Johor untuk mengiringi anak kami yang ketiga kerana mendapat tawaran kerja sementara di Klinik Pergigian I Sihat ( Dental Care ) Johor. Anak mencari kerja online sebaik keluar sebagai pelajar Universiti Malaysia Sabah. Telah di panggil temuduga di dalam sektor Sumber Manusia tetapi nasib belum menyebelahi anak. Akhirnya menerima tawaran pekerjaan di Klinik Pergigian I Sihat di Johor dengan tawaran gaji permulaan RM 1900 sebulan dan tambahan elaun yang berkaitan. Selain itu hendak mendapatkan pengalaman katanya.

Teruja pertama kali sampai di Johor, kami disambut banner ini. Majestic Johor.

2022 masih digesa pakai mask kemana mana.
 Inilah tempat dituju di Bukit Indah Johor

Kena jalani swab test kesihatan pekerja baru di I Sihat.


Gembira Mendarat Di Johor Negeri Yang Indah Masyarakatnya Ramah Tamah.

Tidak menyangka akan ke Johor sebenarnya, apabila anak ketiga memberi surat tawaran dari Klinik I Sihat Bukit Indah, Johor, Etuza jauh berfikir, tentang kerjaya dan masa depan anak keluran UMS dalam bidang  Human Resources (HR) Industry. Apapun ini peluang dia hendakkan pengalaman bekerja, semoga nanti ada manfaat dan membawa kebaikan kepada anak ini. Maka sahlah kami FLIGHT akhirnya ke Johor pada tahun 2022.

Masyarakat Johor Ramah Tamah.
Johor juga mempunyai panorama indah sekali.Nampak suasana jalan raya dengan masyarakatnya ramah tamah.  Menjadikan kami amat GIRANG memijak tanah di Bumi Johor. Menuju ke Bukit Indah untuk tujuan mendapat kan penginapan, hati tidak sabar lagi untuk berziarah ke pusat Bandaraya Johor iaitu di Johor Baharu Johor. Tempat menarik yang mesti Etuza tunaikan ialah hendak bersiaran di sekitar Masjid cantik iaitu masjid Abu Bakar. InshaAllah akan tunaikan niat itu hari ini.Semoga Allah tunaikan hasrat ini.

Setiba di Lapangan Terbang Senai, menuju keluar untuk mendapatkan perkhidmatan teksi. Ambil gambar kenangan pada banner JOHOR .Nampak cantik nama Johor ini. Alhamdulillah kami berada di Johor dengan hati Girang dan amat bersyukur pada Allah atas kesempatan dan peluang terindah ini. Hotel kami menginap juga tidak kurang cantik, bersih dan ramah tamah perkerja di Hotel ini. Boleh Tengok gambar kenangan.

Menginap Di Hotel Zamburger  Bukit Indah Johor.

Hotel ini telah di bayar oleh anak sebelum ke Johor lagi secara online, hanya ambil kunci dan masuk bilik. Agak murah dalam dua malam menginap di sini, dan bolehlah beradu setelah penat dalam kapal dan mencari kereta ke hotel ini. Solat juga menjadi keutamaan, dan hotel ini ada menyediakan bilik khas untuk orang muslim menunaikan solat, membaca quraan dan berehat sambil berzikir. 

Nampaknya kena update lagi keberadaan kami di Johor pada tahun 2022. Kerana sangat banyak gambar kenangan yang tersimpan dalam Google Photo. Entry ini satu-satunya catatan di blog Etuza pada tahun 2022 berkaitan pelancongan ke Johor, entah ke laut mana moody Etuza dari 2022,2023 dan 2024 serta awal tahun 2025 blog tak dibuka , pelik dan hairan juga tau. Apapun sudah terjadi, apakan daya. Jumpa lagi.

Nama hotel penginapan kami dalam dua hari di Johor

Beg canon Etuza atas sofa empuk, cantik sofa ini.

Suri hati dan anak ketiga
Ambil kenangan bergambar di lobi Hotel indah ini.


Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. alhamdulillah.. sekarang dah kembali mood etuza berblog.. semoga lebih banyak entry pada masa akan datang ya.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah ..InshaAllah ..mood berblog tak tentu juga..datang dan pergi..Tapi ada sedikit nak tengo Google Adsend..ni yang bonus menarik..

      Padam
  2. Jauh anakanda berkelana... Pasti beroleh pengalaman yg berharga.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Terima kasih..datang lagi ya di blog ni..

      Padam
  4. kiranya ni entry versi throwback lah yer! salam hari isnin utk etuza, have a nice day

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, bagi nafas baru yang lebih matang penyampain cerita..nak belajar juga berblog ni

      Padam
  5. pernah dgr zam nurger ni tp br tau ada hotel juga

    BalasPadam
  6. pernah dgr zam burger ni..br tau ada hotel juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat hotel tu ada pasar malam..menarik..ramai datang membeli

      Padam
  7. Selamat datang ke Johor. Semuga ianya menjadi kenangan yang terindah semasa berkunjung ke Johor

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, nak datang juga sana boila ada kelapangan

      Padam
  8. Assalamualaikum cikgu.. Saya pun suka ke Johor tapi lokasi yang bayak kesan peninggalan sejarah mcm kota tinggi, muar dll.. bila nak turun lagi ke semenanjung?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat ini yang menarik kan di Johor..tak pasti bila dapat ke Johor,

      Padam
  9. harus disimpan dan ditulis buat kenangan...untuk cucu-cucu membacanya.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah ..kena bagitau anak-anak hal blog kita

      Padam
  10. wah anak cikgu ada di Johor juga ya berani merantau jauh

    BalasPadam
  11. Uncle ada darah Johor...
    Masa sekolah selalu ayah bawa sembahyang di masjid Abu Bakar tu

    BalasPadam
  12. masyaallah.. selamat untuk kakaknya, semoga bisa bekerja dengan baik dan berkah

    BalasPadam
  13. Unik nama hotelnya, apa mereka juga menjual hamburger sedap di sana 🤭😁?

    Saya belum pernah ke Johor bang. Memang teringiiiin sangat. Tapi nanti sehabis dari Sabah Sarawak lah 🤭. Baru setelah itu nak keliling Malaysia

    BalasPadam
  14. Wah rupanya anaknya Mas sekarang sudah bekerja di dental klinik ya. Selamat Mas.
    Jadi teringat masa-masa harus swab karena melihat foto-foto diatas...

    Salam,

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.