Semarak Bulan Kebangsaan Mulai Terasa

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Lama tidak update paparan cerita diblog ini. Menggigihkan diri untuk memuatkan catatan peristiwa di sekolah pada 08.08.2022, iaitu diadakan secara rasmi Pelancaran Program Bulan Kebangsaan peringkat sekolah Etuza bertugas. Pelancaran dilakukan oleh En.Abdul Karim Abdul Rahsid merupakan Guru Besar sekolah SK.Penagatan,Keningau.
Pelancaran Program Bulan Kebangsaan itu dilakukan di Dewan Terbuka Serbaguna sekolah dan dihadapan warga sekolah. Disusuli dengan gimik yang simple tetapi cukup menarik perhatian murid, iaitu gimik guru Besar dan barisan Penolong Kanan melengkapkan aktiviti puzzle  Gambar Jalur Gemilang. Sebaik gambar dari polistrin Jalur Gemilang dicantum sempurna, murid seramai 246 melaungkan motto sekolah dan laungan merdeka sebanyak tiga kali.
Sedang memberi taklimat perlaksanaan Program Bulan Kebangsaan kali ke 65.Etuza dilantik sebagai penyelaras program ini. Berbagai aktiviti di lakukan seperti pertandingan mewarna poster merdeka, deklamsi sajak, lagu patriotik, membaca teks ringkas Sejarah, pakaian kreatif dan lain-lain lagi. Dalam masa yang sama berlangsung program minggu KHIOK MATH yang dianjurkan oleh Pantia Matematik.
Kelihatan Guru Besar menandatangani Puzzle Jalur Gemilang yang telah sempurna kelihatan bersama PK 1 En.Zahir Bin Baharom. Terasa aura atau semarak  kemerdekaan setiap tahun kini terasa, apatah lagi melihat kawasan sekolah telah dipasang banyak Jalur Gemilang dan bendera Sabah. Berkibar megah apabila angin bertiup. Semoga program anjuran Pantia Sejarah yang julung kali diadakan dapat dijayakan oleh semua AJK yang dilantik.
En.Faizal dan Arji  sedang memasang tiang bendera di setiap penjuru bangunan, pondok,pagar, kelas prasekolah dan tepi jalan raya menuju kesekolah. 
Syabas dan tahniah kepada warga guru dan staf sokongan serta murid sekolah yang turut bersama menjayakan program ini hingga ditangguhkan selepas 16.09.2022.
Antara objektif program ini ialah, dapat memupuk rasa cinta dan sayang terhadap Negara Malaysia dan menerapkan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia,sebuah negara berdaulat dan aman damai harmoni.Sampai jumpa lagi pada paparan cerita baru dari admin blog. Etuza.

Catat Ulasan

3 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.