Ibu Dan Tiga Anak Tunaikan Ibadah Umrah

Ibu Dan Tiga Anak Tunaikan Umrah

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Bertemu lagi di paparan web blog ini. Semoga semua pembaca maya sentiasa sihat dan ceria,begitu juga teman blogger di merata Malaysia jauh dan dekat, semoga anda tetap  sihat hendaknya.Aamiin. Mohon maaf agak sepi sejak akhir-akhir ini.

Untuk pengetahuan teman pembaca dan teman blogger lainnya, kali ini hendak kongsikan gambar teman sekampung, mereka pada kai ini bersama ibu mereka pergi menunaikan ibadah Umrah tahun 2021. Jangkaan  sebenarnya team ini ke Umrah ialah pada tahun 2020 tetapi tertangguh akibat pendemik Covid-19. Alhamdulillah dengan izinNya maka pada tahun ini mereka sekeluarga dapat ke Umrah buat kali pertama.
Ibu dan tiga anak pergi menunaikan umrah 
Subahanallah..semoga mereka berempat mendapat 
Umrah yang mabrul..aamiin

Berada di Masjid Nabawi di Kota Madinah.

 Kumpulan jemaah Umrah yang mengikuti Umrah kali ini menerusi agen Harmoni Travel nampaknya mereka ke Madinah dahulu baru ke Mekah. Pada pandangan Etuza, jemaah Umrah yang ke Madinah dahulu baru ke Mekah akan merasa sedikit aman dan dapat dapat menunaikan ibadah dengan penuh ketenangan. Sungguh, berada di Kota Madinah kita dapat rasakan ketenangan dan kedamaian yang luar biasa. Masjid Nabawi yang tersergam indah mampu memberikan rasa damai. Apatah lagi apabila kita dekat sekali dengan makam Nabi Muhammad SAW. Pasti terasa aman dan damai.

Berlainan suasananya apabila berada di Mekah depan Kaabah dan di dalam Masjidil Haram. Suasana agak beza walau dalam konsep beribadah kepada Allah. Kesibukan di Mekah lain berbanding kesibukan di Madinah.  Namun setiap manusia insan terpiih menunaikan Umrah atau Haji, pasti dapat rasakan sesuatu yang indah atau sebalikknya ketika menunaikan Umrah. Kerana ada ujian yang kita hadapi sama ada ujian pada diri atau ujian pada jemaah tersebut.

Tahniah kepada keluarga Jakson Bin Muhamin @ Azalan kerana dapat bersama ibunya dan dua orang adiknya bernama Jalifah dan Hafijah, pergi menunaikan Umrah mereka pada Disember tahun 2021. Semoga mereka berjaya menunaikan Umrah dengan aman dan damai dan kembali ke Malaysia dengan selamat dan penuh dengan kerahmatan Allah. Semoga juga ada masyarakat lain di Desa Etuza suatu masa dapat menunaikan ibadah Umrah. kerana ganjaran pahala umrah ini amat besar dan berlipat kali ganda dari Allah kepada hambaNya yang menunaikan Umrah atau Haji. Salam hormat dan bertemu lagi di lain paparan.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Masyaallah. Seronoknya. Tak tahulah bila ada rezeki nak ke sana. Harap berkesempatan sebelum menutup mata.

    BalasPadam
  2. ALHAMDULILLAH SELAMAT BERIBADAH UMRAH KPD MRK MUSLIMIN MUSLIMAT LAIN2

    BalasPadam
  3. seronoknya, moga semuanya dapat menjalani ibadah umrah dengan sempurna

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. seronoknya dapat pergi ke rumah Allah.. semoga ada rezeki saya dan keluarga jugak dapat pergi ke sana satu hari nanti..

    BalasPadam
  5. Tahniah semoga segala urusan dipermudahkan. Saya belum berpeluang...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah. Sudah menjadi tetamu Allah. Semoga mendapat umrah yg mabrur...

    BalasPadam
  7. Umrah dinorma baharu ,alhamdulillah..

    BalasPadam
  8. alhamdulillah syukur dpt gi umrah dgn keadaan covid skrg nih..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.