Pintu Utama & Sliding Jendela Sudah Pasang

 Asalamualaikum & Salam sejahtera semua blogger Malaysia yang Etuza hargai. Semoga pagi sabtu ini, memberikan banyak rasa bahagia kepada kita semua. Dalam melayari kehidupan di Dunia ini, lafazkan BISSMILLAH setiap kali memulakan sesuatu pekerjaan atau perbuatan.

Ramai blogger yang bersedih, apatah lagi keluarga Thasa anak kepada arwah Blogger Puan Kamsiah Yusof. blogger ini telah pergi buat selamanya. Alfatihah.

Segar dilihat dengan ton warna gray pekat, kelabu peace dan putih

Awal pagi bersiaran diblog maya ini. Ada membuat pembacaan dari blog ke blog kegemaran. Dan melakukan rutin Etuza drop komentar di laman mereka. Tapi belum semua membaca blog kegemaran. InshaAllah akan terjah blog mereka juga nantinya.

Hendak updated blog, rupanya perlu memakan masa, banyak kena fikir dan lakukan. Pada kali ini Etuza sekadar kongsikan perkembangan terbaru ISTANA MENANTI ATAU TERATAK IBUBAPA kami, iaitu terkini telah di pasang sliding jendela dan pintu utama. 

Alhamdulillah saudara Alkhamar selaku ketua pembinaan rumah kami telah memasang pintu utama ini pada 19/11/2021 bersamaan hari Jumaat. Pintu ini dari jenis pain berharga RM1480.00. Satu harga yang buat Etuza tarik nafas untuk menerima harga ini. 

Oleh kerana adik nak sangat pintu ini, maka Etuza turuti dan alhamdulillah pada 13/11/2021 Etuza telah membeli dan hantar ke rumah mak ibu ayah sebelum Etuza ke Kota Kinabalu. Agak memakan masa juga pula pintu ini dipasang oleh Alkhamar.
Namun alhamdulillah kini benar-benar nampak rumah mak ayah ini terzahir sebuah rumah yang menarik, cantik dan segar mata memandang. Alhamdulillah. Terima kasih Alkhamar dan Azlan telah berjaya memasang pintu duble door ini pada hari Jumaat minggu ini.

Gambar-gambar rumah kali ini telah di ambil oleh adik Saleha dan dishare di gruop whatsApp. Dapatlah Etuza update blog kali ini dengan paparan rumah mak ayah kini telah di pasang sliding jendela dan pintu utama. 

Saudara Azlan tekun mengecat bluster 
kaki lima rumah mak ayah. Terima kasih Azlan

Pandangan tepi sebelah kanan 
setentang rumah Haji Arinin

Pandangan sisi kiri dari hadapan rumah..

Gril pagar ini..bakal ditukar InshaAllah.
Pandangan depan rumah mak ayah..

Alkhamar ( merah ) dan Azlan lengan baju kuning

Pintu depan rumah utama..Alhamdulillah tinggal dicat

Pintu cantik pilihan Adik Saleha


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. alhamdulillah cantik rumah dibina utk keselesaan hidup ibu bapa cikgu

    BalasPadam
  2. Dah makin siap. Cantik pintu secantik harganya. Harap alah membeli menang memakai

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. manfaat bagi orang tua sebagai ganjaran bagi anak-anaknya..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.