Pilihlah Template Blog Yang Memudahkan

 Asalamualaikum & Salam Sejahtera 

Gambar sekadar hiasan, gambar ini
merupakan gambar sebenar 
PUNCAK GUNUNG KINABALU.

Salam hormat kepada semua blogger Malaysia yang datang tanpa jemu, klik hingga melihat paparan hati ini. Awal pagi Sabtu bersiaran di alam maya ini. Ada tujuan dan ada perasaan mengharap jalinan ukuhuwa dan kasih sayang. Jauhi rasa membenci tanpa kita sedari. Nauzubillahiiminzalik.

Etuza mohon maaf andai ada yang terguris hati, ada yang tersentap atau terlompat melopong mulut bagai ya. Maaf please maafkan Etuza.

Berblog itu terserah pada kita, itu hakikatnya. Tetapi berblog ada tujuan, paling simple mudah difahami ialah kita berblog untuk kita KONGSIKAN SESUATU kepada umum, kepada teman blogger lain tentang kebahagiaan yang kita ada, nikmat kehidupan yang kita ada. Contohnya tampilkan RESIPI ORIGINAL ANDA di wall catatan blog. 

Cuma terlihat ada banyak blog dari blogger sama ada baru atau blogger lama, blogger terkenal atau blogger pinggiran seperti Etuza, menggunakan TEMPLATE yang agak sukar kita klik mana satu entri baru dalam blog tersebut. Etuza memang ikut arahan blogspot bahawa kita kena rajin BLOGWALKING dari blog ke blog baru blog kita hidup di udara maya.

Tetapi bagaimana kita nak klik blog yang kita gemar bila ada KERUMITAN DALAM BLOG TERSEBUT. Kita klik entri lama keluar, kita ada rasa kebingungan nak klik mana apatah lagi jika entriu tersebut tidak UPDATED tarikh di terbitkan. Pada Etuza gunakan lah kemudahan yang mudah yang disediakan oleh alatan blogspot.com. 

Template yang mudah adalah yang terbaik. Mari fikirkan bahawa kita berblog semata-mata berkongsi tetapi kita rumitkan penggemar blog anda atau kita hendak pembaca seronok klik dan klik blog anda kerana suka sangat apabila MUDAHNYA mendapat infor di blog anda.

Marilah memilih template blog yang mudah ya. Pasti ,memudahkan pembaca dan peminat blog anda semua. Blog dapat komentar yang banyak juga merupakan satu nikmat berblog. 

Manalah tahu kan BLOGGER itu merasa gembira apabila membaca komen kita di dalam blog dia. Tapi bila blog itu sukar, rasa nak tinggalkan pun ada.  

Itu mungkin orang lain, tetapi Etuza ni nak juga baca paparan baru dalam halaman catatan blog sahabat kita. Alhamdulillah dapat juga membaca tetapi setelah banyak kali klik. 

Mari memudahkan ya, kerana hakikatnya kita mahukan jalan mudah masuk ke Syurga  Allah. Kita tidak mahu kita dirumitkan jalan menuju ke akhirat yang abadi. Adoi ..maaf lagu  ni pula Etuza. 

Salam kemaafan dari panggal rambut ke hujung kaki, jika terbaca paparan Etuza ini ada yang tidak berapa senang. Maafkan Etuza. Senyum ceria selalu, teruskan berinfo di blog.


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Ammi tak jumpa Bagaimana nak letak tab older post & newer post di blog. Di template asal ketika download ada.. Bila letak di blog hilang ciri tu. Peninggg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Template blog AMMI..dah ok..mesra klik ..tiada masalah..mudah ja baca paparan cacatan..

      Padam
  2. kak pilih template yg dissediakan blogger saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah biasa template blog karya ku Paridah..ok..mesra maya

      Padam
  3. Semoga blog sy tidak mendatangkan masalah kepada pembaca utk menulis komen..

    BalasPadam
  4. good info.
    mcm cik. nur ni memag x mahir sgt. walau dah 10 thn ada. blog ni he hee ada. masa tulis dan jln2 blg rakan2 kadang kekangan masa. jga tak dt. komen. or. update
    bg cik. nur la lg bagus ada rakan. blogger yg bgtau apa kekurangan pd blog cik. nur ni
    dan. blhlah betulkan

    BalasPadam
  5. Setuju dgn etuza. Template blog yg ringkas akan menyenangkan pembaca.

    Satu lagi ialah bila terlalu banyak gadget dan iklan di blog yg menyebabkan muaturun menjadi berat.

    Saya tak pasti sejauhmana blog saya selesa dibaca oleh blogger lain.

    Komen membina dari etuza n blogger lain dinantikan.

    BalasPadam
  6. Wkmussalam
    Suka kalau klik blog yang mesra pengguna

    BalasPadam
  7. saya buat blog untuk test drive ability SEO content...banyak juga yang sangkut

    BTW saya suka baca blog ini kerana tulisan santai dan tidak serius.

    Ditambah pula dengan template yang sedap mata memandang

    BalasPadam
    Balasan
    1. teruskan cara mr hanafi ya. terima kasih sering ikuti web Etuza ni

      Padam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.