Petua Islamiah

Salam Bloggers Malaysia, salam semua. Sejahtera kepada semua pembaca maya. Kali ini Etuza hendak catat dan sampaikan satu Petua Islamiah yang Etuza kira akan ramai menyukainnya dan semoga ada yang manfaatkannya.


PETUA MENGUATKAN & MELEBATKAN RAMBUT.

Sesiapapun tidak kira mengira lelaki atau kaum hawa, rambut adalah aset pada diri yang amat dijaga rapi. Dijaga dengan tujuan rambut bertahan lama, tidak gurur dan tidak merimaskan. 

Oleh itu ada satu Petua Islamiah untuk menguatkan dan melebatkan rambut. Iaitu :- 

Petuana ialah 
* Sapukan pada kulit kepala dengan air rebusan serai. Biarkannya selama 2 jam kemudian baru dibilas. Amalkan selama 2 minggu, insya Allah anda akan mendapat hasilnya.*