Mesti Baca Bagaimana Untuk Setia

 Mesti Baca Bagaimana Untuk Setia

Asalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Jam kini ada lima minit ke 11. 00 malam, ramai yang telah lena. Kerana malam ini adalah anugerah Allah untuk kita beradu rehat setelah bekerja keras mencari rezeki di waktu siang hari.

Bagaimana sebenarnya agar lebih setia? Persoalan yang sebenarnya kita sahaja yang tahu menjawabnya. Kata bidalan " Tanya selera tanalah hati " atau " muhasabah diri sendiri ".



Tanda - tanda seseorang itu setia.

Kesetiaan itu amat kita perlukan dalam sesuatu perhubungan, umpamanya yang paling jelas ialah hubungan antara sepasang suami isteri dalam rumah tangga. Pasti keduanya amat perlu agar pasangan sentiasa setia dan bertanggungjawab. Antara tanda-tanda sesorang itu setia pada anda sebagai pasangan atau sebagai sahabat dan teman karib antaranya :-
 
1.Sidia sentiasa berkata benar, berkata benar ini sangat dituntut dalam kehidupan, kerana jika ada sikap suka berbohong lama kelamaan hubungan akan menuju ke arah keretakan dalam perhubungan.

2. Solat berjemaah, ini adalah moment yang sangat indah. Alangkah kita mencemburui kedua pasangan  ang sering bersama menunaikan solat secara jemaah. Bukan sahaja merai kerahmatan pahala berganda tetapi hubungan semakin erat denan jalinan kasih sayang dan apatah lagi dikurniakan kasih sayang dari Allah yang esa.

3. Setiasa bersama makan semeja di rumah khasnya. Etuza tekankan bahawa kesetiaan itu terjalin apabila suami dan isteri sentiasa bersama makan semasa sarapan pagi, makan tengahari dan ketika makan di waktu petang ( malam ). Semasa makan  semeja dengan anak-anak atau bersama pasangan berbual dalam beberapa perkara yang menambahkan lagi kesepakatan dalam rumah tangga anda.

4. Melakukan kerja bersama seperti kerja ( hobi ) di rumah atau di luarr rumah. Banyak aktiviti yang menyoronokkan seperti menanam bunga di pasu, berkebun atau paling tidak membersikan kawasan rumah bersama-sama. Memang seronok sekali melihat keadaan persekitaran rumah bersih dan juga dalam rumah bersih. Pasti dijauhi penyakit yang kita tidak inginkan.



5. Beraiadah bersama-sama. Keluar rumah seperti pergi shoping bersama-sama. Rasanya sebagai isteri ( wanita ) mereka lebih rasa selamat andainya suami yang disayangi sentiasa menemani isteri pergi ke shopping mall atau ke taman bunga untuk menghirup udara segar. Wah..memang hebat kesetiaan yang terjalin jika lima ( 5) perkara asas itu sering dilakukan bersama oleh pasangan kita  Etuza dapat menyatakan lima situasa yang membuktikan kita setia atau pasangan kita setia kepada kita. Kepada semua wanita jika anda dan suami ada melakukan lima perkara ini, SEJUJURNYA SUDAH TERJALIN KESETIAAN DALAM RUMAH TANGGA ANDA. Semoga banak manfaat. Etuza mengajak pada teman semua yang seumur dengan Etuza atau yang sudah mendirikan rumahtangga, pertahankan kesetiaan anda kepada pasangan anda masing-masing, semoga mencapai Jannah. 

~etuza~

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Yang keempat itu. Hobi tak sama.
    Yang satu hobi di dalam rumah. Yang satu hobi di luar rumah. Tapi tetap setia dan bersefahaman.

    BalasPadam
  2. semoga cikgu dan isteri kekal bahagia hingga ke syurga. Amin

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.