Memandu Blog Perlu Bijaksana


Memandu Blog Perlu Bijaksana 

Salam blogger Malaysia, salam kepada semua pembaca maya dan diucapkan semoga sentiasa dalam situasai yang sihat dan aman bahagia.

Ternyata berblog bukan lah mudah untuk lebih fokus dan konsisten dalam membuat penulisan. Blog yang cantik dan terus berada dalam paparan trafik yang tinggi seharusnya perlu sentiasa updated blog dan mampu pula melonjakkan informasi yang banyak manfaat kepada masyarakat pembaca di persada maya.

Cabaran Sebagai Blogger.

Faktor Masa

Banyak cabaran yang kita temui, seperti kesuntukan masa, ketiadaan masa yang benar-benar membantu seorang blogger memerah idea untuk pengisian halaman blog. Keadaan ini pada Etuza tidak lari dirasi oleh semua blogger secara sampingan seperti Etuza. Namun kekangan masa bagi blogger sepenuh masa tidak akan berlaku kerena mereka on time, sentiasa updated blog dan sangat pantas mendapatkan idea-idea bernas dan hangat. Pastilah keadaan tatapan atau trafik blog pada statistik dalam rangking blog di klik akan kelihatan amat tersorot ke bawah akan berlaku pada blog yang kurang pengisian infor diblog.

Keadaan blog tersorot ke bawah pada Etuza bukan perkara yang menyenangkan pada ketika hati hendakkan trafik blog naik dan naik. Sayang masa yang suntuk membuat kan blog kita ada kalanya tersenarai dalam bottom three ke bawah. Sedih kan bila begitu keadaannya.

 Ketandusan Idea Bernas.

faktor kedua yang Etuza dapat kaji serba sedikit ialah, ada masanya blogger kehabisan idea yang terbaik untuk di publish dalam blog miliknya. Bila ketandusan idea, maka blogger tersebut akan memuatkan sekadar gambar, jadilah keadaan blog paparan Gambar Bisu Berbicara atau lebih dikenali wordless wednesday namun jika gambar yang dipaparkan punya aura tersirat yang tinggi masih boleh ditonton oleh pembaca maya hingga trafik tatapan mencanak naik. Luarbiasa juga kan wordless wednesday jangan pandang rendah pada acara activiti ini di blog terkenal.

Aktiviti lain seperti kenangan percutian dan kisah hidup, off course blogger bagi cerita hal kucing kesayangan dan apa juga cerita hal binatang peliharaan. Lebih kurang keadaan cerita sebegini blogger tersebut semakin ketandusan idea berblog. Pun usah pandang remeh bila teknik blogger sampaikan penceritaan kisah hidup meninggalkan kesan kepada pembaca, pasti merai klik tarafik yang hebat.

Scop Kandungan Blog Dikecilkan.

Keadaan ketiga yang menyebabkan blog paparan semakin mencetek ialah, andainya seorang blogger kecilkan scop kandungan paparan di blog personalnya. Seperti paparan blog sekadar  paparan kehidupannya life style atau juga resipi dan sebagainya. Pasti lagi perah otak hendak mencari paparan di blog agar sentiasa updated. Jika Etuza berada dalam posisi pengisian blog hanya pada satu situasi rasanya seminggu atau sebulan baru agaknya ada pengisian baru. Maaf, Etuza juga berfikir tidak semestinya pendapat Etuza ini benar ya, sebab ada pemblogger hanya sekadar resepi blog peribadinya meletup menjadi sangat terkenal. Keadaan ini boleh jadi blogger resepi itu dalam situasi sepenuh masa, masa untuk membuat kajian tentang resipi dan memasak sangat menjadi tumpuan.

Mood Hilang atau Serangan Sikap Malas

Etuza tidak napikan pernah diserang situasi ini. Blog terdampar sepi hingga berbulan dan cecah setahun tidak ada paparan baru. Hingga ada followers yang unfollow blog kita, keluar dengan kemahuan dia. Kerana menunggu begitu lama paparan baru tidak kunjung datang. Sebabnya mood sudah hilang dan perasaan malas menghantui blogger tersebut. Faktor ini Etuza lihat ramai blogger sampingan seperti Etuza turut terpalit sama. 

Blogger Tidak Memberi Kesan Ekonomi.

Faktor ini lagi menghambat blogger sebenarnya. Individu itu hendak konsistent berblog, tetapi kesan kepada ekonominya bagaimana. mengambil masa membuat kemasukan catatan hingga berjam-jam, orang kata syok sendiri ( mungkin Etuza juga ) menyampaikan cerita yang menarik. Lalu individu itu bertanya kenapa buat blog, untuk apa, ada ke keuntungan padaku?. Hal ini pasti menjadi pertanyaan kepada para blogger baru. Andai dia berblog untuk suka-suka santai dan tidak kisah pun blog dia di baca atau tidak semuanya bukan menjadi keutamaan kepada blogger tersebut. 

Di sini lah letaknya diri kita harus berada di tengah untuk muhasabah diri bahawa, ada masanya kita perlu kejar sesuatu selain mahukan populariti dalam dunia blogging. Kita harus fikir potensi diri, garap sesuatu yang ada disediakan dalam dunia blog, sekurang-kurang anda membuat promot pada sesuatu produk yang akan memberikan pulangan yang menggembirakan kepada diri blogger tersebut. 

Secara kesimpulan ada antara blogger sampingan yang akan terus berhenti meninggalkan dunia blogger kerana tiada perkara yang akan memajukan ekonomi dan kebahagiaan dalam hidupnya. 

Etuza membuat kesimpulan, tetapi bukanlah perkara yang total untuk dipersetujui, bahawa ada banyak hal atau faktor untuk MEMANDU BLOG PERLU BIJAKSANA. Bukan mudah dan perkara senang yang orang kata " kacang saja" bukan semudah itu. Selain itu berblog dengan ketat ( atau rancak paparan) memerlukan jati diri, perlu kesabaran yang tinggi dan sentiasa bersemangat. Idea kita perlu seperti air mengalir yang tidak pernah kering. Untuk memohon idea-idea bernas, jagai diri, awasi berfikir negatif, jauhi sikap malas dan pohon pada Allah agar menyampaikan informasi di blog pada perkara yang memberikan manfaat dan menggembirakan pembaca maya.

Salam sayang dari ~Etuza~



Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Anggaplah memandu blog adalah perjalanan kita, Sebelum memulainya kita kena tahu destinasi. Apa yang ingin kita capai dalam perjalanan tu, adakah cukup bagi kita dapat bersilaturahmi dengan sesama blogger, apakah kita nak blog kita menjadi salah satu sumber kewangan, apakah kita hanya ingin menyampaikan apa yang kita ingin sampaikan. Perkara ni perlu jelas sebagai motivasi untuk kita terus memandu blog tersebut. Mungkin dalam kita memandu blog akan ada hambatan "duit minyak" atau pun "budget maintenence" dalam perjalanan kita, macam yang Saudara utarakan dalam artikel di atas. Tapi kalau kita yakin dengan tujuan asal. In Syaa Allah kita berjaya tempuh. Semoga kita konsisten menulis.

    BalasPadam
  2. Saudara dasir ..saya setuju...teruskan berkarya..InshaAllah

    BalasPadam
  3. Saya ingin memandu blog sehingga sampai ke destinasi.

    BalasPadam
  4. Saya alami kesulitan juga masa pkp, sebab blog memang lazim menulis pasal travel. Masa tu memang mencabar mencari isi baru.

    BalasPadam
  5. Wak pandu blog santai2 aje
    Takde apa yang nak dikejarkan sangat

    BalasPadam
  6. Bagus info ni cikgu semuga saya pun istiqamah menulis blog. Saya menulis pun kadang banyak idea kadang ciput idea. Menulis kadang jadi tempat melepaskan tekanan dalam kehidupan sambil menyimpan memori kehidupan. Apa pun semuga ada manfaatnya disebalik tulisan yang kita tulis.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.