Masjid Qiblatain Di Madina

            Masjid Qiblatain Di Madina   


Asalamualaikum & Salam Sejahtera
Bertemu lagi di ruangan maya, menerusi paparan blog Etuza Warna Kehidupan. Harap semua sudah mengambil sarapan ya.

Kali ini Etuza paparakan beberapa gambar MASJID QIBLATAIN yang terdapat di Madinah dalam kiraan 5 kilometer jarak dari Masjid Nabawi Madina. Etuza baru ada kesempatan mengemudikan semula blog Etuza ini. Tidak dinafikan ya, kadang ada mood tak baik, seperti juga badan kita ini, kekadang alami masalah kesihatan hingga membuat kita rasa lemah dan tidak gembira. Begitulah mood berblog menurut Etuza pasti ada kekangan mengurus blog mengikut kita masing-masing.

Etuza dan isteri pertama kali memijak sekitar Masjid Qiblatain ini, rasa kagum, putih bersinar Masjid ini apabila di pancari cahaya Matahari, situasi di sekitar Masjid Qibalatain SEJUK dan amat damai. Kala memasuki ruang dalam Masjid Qiblataian bulu roma Etuza berdiri dan rasa aman yang luar biasa menyelinap dalam diri. Air sangat sejuk kala mengambil air wuduk. Subahanallah. Majid Qiblataian ini di bina ketika Zaman Nabi Muhammad SAW. Dan ada sejarahnya sendiri tentang Masjid yang menjadi tumpuan jemaah Umrah atau Jemaah Haji ini.
nak baca Sejarah Masjid Qiblataian SILA KLIK SINI


Ketika Etuza dan rombongan Umrah datang ke masjid Qiblatain, lautan manusia datang bersoalat di Majsid ini dalam kiraan paling kurang 2 rakaat sunat dan kena masuk ke dalam ruangan solat untuk menyembah sujud kepada Allah, justru inilah peluang merai rahmat pahala berganda dari Allah. Jika melakukan Umrah atau Haji Masjid Qiblatain ini hendaklah disenaraikan sebagai tempat berkunjung anda. 

Dikatakan Masjid ini ada dua Kiblat, namun Etuza hanya mengetahui dari pembacaan Etuza. Mungkin anda lebih tahu tentang sejarah Qiblataian kenapa nama Masjid ini seumpama ini iaitu Qiblatain. Masjid ini sungguh indah, cantik, unik struktur teguh di atas bukit yang sederhana. Terdapat pokok-pokok kurma menghiasi hadapan Majsid Qiblatain dan memang hebat Masjid ini tinggalan Nabi Muhammad SAW di sekitar Madina. Mari kita lafazkan zikir SUBAHANALLAH. 

Abadikan memori terindah di kawasan sekitar 
Masjid Qiblatain, Madina Arab Saudi 2019.

Gambar Masjid Qiblatain Etuza ambil dari dalam Bas persiaran 
Madinah


Wife Etuza dan jemaah wanita lain

Subahanallah...segar ketika berada di sini masa itu

Kawasan keluar nak ambil air wuduk..bersesak di kawasan air wuduk..

Men area... subahanallah sesak..jemaah yang sangat berhemah..
sesak begini tak ada yang tolak menolak...

Sempat berbual mesra dengan Jemaah dari arah negara lain..Tak sure
mereka Malaysian atau Indonesian. Masa Etuza ke sini Indonedian mendominasikan jemaah ya.


Ruang dalaman masjid Qiblataian Madina,,
Silih berganti..non stop..Ya Allah ...damainya..seoalh tak nak keluar dari Majsid ini.
Apakan daya Etuza orang Malaysia.

Etnik orang Arab, Orang Melayu Malaysia, Pakistan, India, Indonesoa
pelbagai Etuza temui di kala ziarah di Masjid Qiblatain Madina 2019

.
Saiz Masjid Qiblatain ini besar juga...menariknya Masjid ini sangat bersih dan seolah bersinar
apabila fajar menyinsing. Sejuk sekali berada di sekitarnya. ya Allah..damainya bukan kepalang.
Terima kasih ya Allah beri kami peluang ke Masjid Qiblataian masjid NABI SAW

Kenangan ..indahna ukuhuwa

ini moment nak meninggalkan Masjid Qiblataian Madina..ya Allah 
adakah lagi peluang untuk ku datang ke sini...

Rindu sekali ke Mekah nak lagi datang ke sini..moga Allah limpahkan peluang
kepada yang ada impian nak Umrah atau Haji..InshaAllah..

by ~etuza~

 

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Wkmsalam
    Mudah2an dapat ke sana lagi menjadi tetamu Allah
    in syaa Allah

    BalasPadam
  2. Cantik gambar-gambar. Rindu ke sana, inshaAllah

    BalasPadam
  3. Tenangnya mata memandang apatah lagi jika berada di sana. Terima kasih atas perkongsian ini.

    BalasPadam
  4. Mudah-mudahan selepas ini adalah peluang untuk kita semua ke sana.

    BalasPadam
  5. Ya Allah.. Permudahkan urusan saya untuk ke Tanah Suci suatu hari nanti.. Semoga saya sempat ke sana..

    BalasPadam
  6. Eza pun rindu nak ke tanah suci lagi. Mudahan ada rezeki ke sana lagi. Amiin. Eza done follow blog awak jugak. Salam kenalan.

    BalasPadam
  7. semoga tercapai impian kita semua ke mekah lagi..aamiin

    BalasPadam
  8. Allah ya Allah.
    Mudah-mudahan ada rezeki dan izinmu untuk bertamu di sini lagi. In syaa Allah.

    BalasPadam
  9. Beautiful photos! Thanks for the sharing. Thanks for the review. Kibletai Mosque looks great.

    BalasPadam
  10. Rindu juga. Insya Allah, Allah pasti makbulkan doa yang baik. Terus minta ya.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.