Jom Ke Kuala Lumpur

Jom Ke Kuala Lumpur

Jom Ke Kuala Lumpur 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera semua.

Dalam gambar ni nampak tu kesibukan di jalan raya.
Bangunan mencakar lagit sini sana...KL menakjubkan. Cantik...

Paparan kali ini di blog maya Etuza ialah berkisar tentang kenangan semasa ke Kuala Lumpur awal Januari 2020. Perancangan ke Kuala Lumpur di atur oleh anakanda Etuza yang bekerja di Kuanatan Pahang. Kami menginap selama lima hari di Indera Mahkota di Kuantan Pahang. Dua hari sebelum buka sekolah masa itu Etuza anak dan isteri Etuza kembali ke Sabah.

Kuala Lumpur, masa itu masih ramai yang berkunjung, sehingga kami agak tersekat di jalan raya kerana jammed yang melampau. Kami banyak menghabiskan masa dalam kereta sahaja. Justru untuk habiskan masa, Etuza ambil kesempatan menangkap gambar beberapa suasana dan bangunan unik di Kuala Lumpur. Dalam hati dapat banyak gambar sekitar Kuala Lumpur pun jadilah sahlah keberadaan kami di Kuala Lumpur. Etuza tak ingat tarikh apa sebenarnya, yang Etuza ingat dalam bulan Januari minggu pertama 2021.

Nak ke KL..pasti melalui jalan bertol di gambar..
Tak dapat tembus perjalanan jika tak lalui jalan bertol ini.

Seingat Etuza, masa itu anak drive kereta IRIZ dia ada sekali insiden naik ke ruang parking sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur. Bila di amati jalan tu tertutup di penghujungnya menyebabkan sukar hendak keluar semula. Wow!! begitu sekali JAKUNnya kami di Kuala Lumpur. Memang sukar hendak jalan ke mana - mana di Kuala Lumpur jika semua nya belum ada pengalaman berada di Kuala Lumpur, ibu kota Negara Malaysia.



Tengok kiri kanan bangunan tinggi-tinggi dan seni ukir yang menarik..
Indahnya Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR..
megahnya penuh dengan berbagai kemajuan teknologi.

Berdiri membelakang itu anak lelaki Etuza, dia terpegun melihat
struktur bagunan di hadapannya.

Biasanya bangunan dalam gambar Etuza dapat lihat di kaca TV, di mana selalu tempat ni dijadikan laluan perarakan semasa sambutan Bulan Merdeka atau Bulan Kebangsaan. Masa itu depan mata, memang unik bangunan ini. Walaupun kelihatan agak lama tetapi tetap menarik di pandang. Dan Etuza pasti ramai pelancong suka berjalan sekitar bangunan ini. Etuza dan anak dapatlah berada seketika di kawasan ini sebelum naik ke kereta semula. Alhamdulillah..seronok rasanya di bawa berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Apapun pada masa ini belum sesuai datang melancong ke Kuala Lumpur kesan dari Covid-19 yang masih melanda Negara Malaysia.





Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

17 ulasan

Maaf ya..sekadar paparan gambar sahaja dulu..nak urus blog..alamak ada pula kerja urgent. Sorry

Wak pun dah lamanya tak nyampai KL

KL YG MERIAH TAPI DH SUNYI SBB KOBID

Dah 2 thn x gi ke Sogo .

Lebih 2 tahun tak dapat balik KL. Harap covid-19 segera berlalu pergi. Rindu keluarga di Malaya.

takpe etuza.... rindu betul nak ke KL.. lama betul tak ke sana....

Lama tak ke KL. Rindu nak ke sana.

dulu masa join SL1M dulu sempatlah merasa duduk KL sekejap

Andai boleh ke KL ..anytime ja tempat tiket kan..hehehe

Very informative blogsite! Thank you for providing this site. I will follow your blogsite. Greetings from Turkey! Happy new week.

lama betul tak p kl. i miss travelling

Hi!

Nice post :D
I'm already following your blog.

Have a nice week

http://laspaginasdeerick.blogspot.com

banyak sgt dah KL berubah. i pegi KL last March. itu pun after 4 years tak ke KL. macam sakan tgk sana sini. hehehe

Pembangunan pesat di KL, cantik gambar-gambar diambil.

Memang mencabar memandu di tengah bandar KL. Elok jalan guna pengangkutan awam. Hehe apapun pengalaman untuk Cikgu.

Jarang explore KL. Sekadar lalu pun dah terkesan dengan kesibukkannya. Teringin one day nak jelajah bangunan KL yang menarik.

Mmg gantik dataran merdeka Dan bangunan kat situ

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (542) Ucapan (491) Berita (423) Doa (386) Dunia Blog (383) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (301) Anak (292) Tips Blog (291) Pendidikan (278) Nasihat (247) Pelancongan (244) Kasih sayang (241) Berita Keningau (217) Alam Semulajadi (205) Rasa Bahagia (204) Hadiah (184) Gambar (169) Keluarga (148) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (114) kesihatan (98) Percutian (88) Tentang lelaki (77) Bunga (75) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Rumah tangga (56) Tumbuhan (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (50) Nilai Moral (48) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Sahabat Blog (39) Haiwan (38) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Kucing (30) Sekolah (29) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (17) Iklan (16) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Hari Jumaat (11) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Elken (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Buah (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) BRIM (1) Bunga Kertas (1) Hotel (1) Laman (1) Seo (1) Teknologi (1) a (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger