Jalan Raya Runtuh

Jalan Raya Runtuh

 Jalan Raya Runtuh

Asalamualaikum & Salam Sejahtera semua.
Semalam di Daerah Keningau hujan lebat mencurah-curah sejak awal malam hingga ke pagi. Ekoran dari kejadian hujan lebat mengakibatkan banyak kawasan rendah banjir terutama laluan jalan raya yang dilalui anak sungai ataupun sungai di daerah Keningau.

Kerosakan jalan raya teruk adalah lebuh raya jalan utama dari Apin-Apin ke Keningau. Kerosakan akibat tebing jalan raya runtuh teruk kesan dari hujan yang lebat. Hakisan tanah menjadikan tebing menjadi goyang dan runtuh mengakibatkan jalan raya aspal tersebut retak dan merbahaya untuk dilalui. Jalan raya ini juga adalah dekat kawasan Kampung Liau Darat mengarah juga ke Kampung Merampung.

Justru itu jalan raya  laluan alternatif sementara jalan raya runtuh itu dibaiki oleh pihak Jabatan Kerja Raya, menuju ke Apin-Apin dan ke Tambunan adalah menggunakan Jalan Raya Magatang Keningau. Jalan raya ini melimpasi Desa Etuza dan pada hari ini dari awal pagi hingga ke malam Jalan Raya ini kelihatan agak sibuk. Kereta kecil dan lori besar silih berganti. 

Ketua kampung En. Minjun Umpit menegaskan menerusi group whatssup agar masyarakat desa harus berhati-hati dan mengawal anak-anak dari keluar menuju ke jalan raya di desa ini, demi mengelak perkara yang tidak baik berlaku. Di fahamkan terdapat kereta melalui jalan alternatif ini dalam keadaan dipandu laju, hingga menimbulkan rasa bimbang di kalangan penduduk desa ini.

Jalan raya alternatif ini, untuk pengetahuan anda semua, akan melimpasi gugusan seberang Sungai Pegalan di mana tempat padat penduduk mendiami kawasan seperti Kampung Ferri, Perumahan Taman Bersatu, Kampung Bomboi Bawah, Kampung Penagatan Laut, Kampung Penagatan Ulu, Kampung Kasugui, Kampung Magatang, Kampung Ambual, Kampung Merasak, Kampung Sodomon, Kampung Linsudan, Kampung Liuanti, Kampung Kepayan, Kampung Marapok dan beberapa kampung lain sehingga tembus ke lebuh raya kawasan Apin-Apin menujuk ke Tambunan dan Kota Kinabalu.

Diharapkan pihak kerajaan di Jabatan Kerja Raya dapat bertindak dengan cepat agar segera memperbaiki jalan raya rosak ini. Baiklah mari kita lihat keadaan jalan raya yang rosak akibat tebing jalan raya ini runtuh akibat hujan lebat semalam bersamaan 2.9.2021 hari Khamis.





~Blogger ETUZA~

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

8 ulasan

wsl.. allahuakbar. seram gak ek.

Adoyai.. Bahayanya.. Memang tak boleh jalan lagi tu.. Sangat bahaya.. Perlu baiki segera.

Nasib baik tak da penguna yg jadi mangsa

Betul kena segera di baiki

MASYAALLAH BESAR KEROSAKAN JALAN TU BAHAYA KPD PENGGUA MOGA PIHAK BERKENAAN PERBAIKI SEGERA

Takutnya tengok jalan raya retak macam tu.. Kerajaaan atau PBT perlu ambil tindakan segera. Kasihan penduduk sekitar yang nak ulang alik ke mana mana yang guna laluan tersebut.

Ya Allah, seram tengok keadaan jalan tu!

Bahaya sungguh. Harap dapat segera diperbaiki untuk memudahkan urusan seharian penduduk sekitar.
Saya masih tak dapat lupakan peristiwa kereta MYVI jatuh ke dalam sungai berair deras.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (545) Ucapan (492) Berita (423) Doa (388) Dunia Blog (385) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (303) Anak (295) Tips Blog (291) Pendidikan (280) Nasihat (247) Pelancongan (245) Kasih sayang (241) Berita Keningau (219) Alam Semulajadi (209) Rasa Bahagia (204) Hadiah (186) Gambar (170) Keluarga (149) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (115) kesihatan (99) Percutian (89) Bunga (79) Tentang lelaki (77) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Tumbuhan (57) Rumah tangga (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (51) Nilai Moral (48) Cari Makan (43) Masyarakat (42) Haiwan (39) Sahabat Blog (39) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Sekolah (31) Kucing (30) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (18) Iklan (17) Tazkirah (15) Majlis Kahwin (13) Hari Jumaat (11) Petua (11) Masjid (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Banjir (3) Buah (3) Pertunangan (3) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) a (2) Adsen (1) BRIM (1) Bahasa Arab (1) Bunga Kertas (1) GIVEAWAY (1) Hotel (1) Laman (1) Laporan (1) Promosi (1) Seo (1) Teknologi (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger