" Dine-in" Makan Di Restoran

" Dine-in" Makan Di Restoran

" Dine-in" Makan Di Restoran

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Kadang terfikir hendak keluar seperti dulu, hendak melayan kehendak hati, hendak bersiaran bersama insan tersayang, mahu bersemuka dengan insan lain bertemu dengan sahabat atau dengan adik beradik, rakan sekerja dan sebagainya. Memang enjoy bila lakukan Dine-in makan di restoran kegemaran. Semua ada merasakan adanya sentuhan rasa relex dan manjakan diri di restoran bersama keluarga.

Di Sabah, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor membenarkan Dine-In di Sabah dan berkuat kuasa pada 29 Jun 2021 dan berlanjutan hingga sekarang. Ini keputusan kita kata Ketua Menteri Sabah ini. Apapun tetap juga digalakan untuk guna SOP sebagai kawalan penularan Covid-19. Sama ada hendak Dine-in atau membawa makanan ke rumah, itu terserah kepada individu tersebut.

Lengang...pasti pemilik restoran mengharap pelanggan datang 
menikmati juadah..kitalah pelanggan yang harus berdisiplin..

Berita sekali lagi memberikan rasa lega kepada masyarakat apabila hanya individu yang lengkap Dua Dos Vaksin dibenarkan masuk ke setiap permis termasuk restoran. Individu hendaklah menunjukkan paparan skrin handphone menerusi aplikasi MySejahtera. Jika benar infor dua dos benar maka dibenarkan meneruskan urusan. Dan keadaan ini Etuza telah melaluinya. Kita faham semua itu adalah undang-undang norma kehidupan masa kini. Jelas kepada kita bahawa wabak Covid-19 ada dalam kumuniti masyarakat. SOP dengan menutup mulut tidak bersalam tetap diguna sebagai VAKSIN penularan wabak ini.

Kita mulai tersenum apabila kelongaran dalam banyak perkara telah diumumkan oleh kerajaan. Tetapi berfikir juga ya, perlukan kerap ke restoran. Rasanya kita sendiri mampu menjawab persoalan ini. Tanya hati tanyalah selera anda. Dine-in rasanya perlu dilakukan apabila kita bermusafir apabila kita berada jauh dari rumah kediaman. Dengan syarat hati-hati memilih tempat makan seperti restoran yang menyajikan pelbagai menu juadah makanan untuk pelanggan. Pilihan di pihak anda. Lakukan Dine-in tetapi berjaga-jaga, namun jika tidak mendesak buat lah keputusan makan bersama keluarga di rumah. InshaAllah pasti banyak rahmat dan akan membentuk keluarga bahagia. ~etuza~

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

7 ulasan

mesti terubat rindu dine in kan... hepi sgt tu

Saya berharap menjelang tahun depan..walaupun bkn 100% keadaan kembali seperi biasa,sekurang2nya rentas negeri dibolehkan utk semua..

Tak sabar nk dine-in. Tengah menghitung hari jugak ni😁

Moga tahun hadapan kita dh boleh ke sana sini, boleh dine in dengan mudah... takpe la kene ikut sop dan pakai mask janji dah bebas tak terkurung macam sekarang

Tak dine in lg setakat ni
Bungkus makan di rumah

Kalau ikut hati mmg nak makan kat rrstoran tapi dgn keadaan skrg ni tahankan la dulu ye.. bahaya

Memang teringin makan di luar bersama tersayang, bersama rakan-rakan seperti dahulu. Apakan daya wabak terus menular. Sabarkan hati menanti semuanya selamat. Sejak PKP memang makan sahaja di rumah atau kalau teringin masakan luar, minta bantuan Foodpanda hantar.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (545) Ucapan (492) Berita (423) Doa (388) Dunia Blog (385) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (303) Anak (295) Tips Blog (291) Pendidikan (280) Nasihat (247) Pelancongan (245) Kasih sayang (241) Berita Keningau (219) Alam Semulajadi (209) Rasa Bahagia (204) Hadiah (186) Gambar (170) Keluarga (149) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (115) kesihatan (99) Percutian (89) Bunga (79) Tentang lelaki (77) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Tumbuhan (57) Rumah tangga (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (51) Nilai Moral (48) Cari Makan (43) Masyarakat (42) Haiwan (39) Sahabat Blog (39) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Sekolah (31) Kucing (30) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (18) Iklan (17) Tazkirah (15) Majlis Kahwin (13) Hari Jumaat (11) Petua (11) Masjid (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Banjir (3) Buah (3) Pertunangan (3) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) a (2) Adsen (1) BRIM (1) Bahasa Arab (1) Bunga Kertas (1) GIVEAWAY (1) Hotel (1) Laman (1) Laporan (1) Promosi (1) Seo (1) Teknologi (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger