Bonsai Cantuman Bunga Kertas

Bonsai Cantuman Bunga Kertas

Bonsai  Cantuman Bunga Kertas 

Asalamualaikum & Salam sejahtera semua.

Hobi Etuza agaknya ramai pembaca tahu, iaitu gemar menanam bunga-bungaan dan herba, termasuklah paling gemar menanam bunga kertas yang pelbagai warna bunga dan corak daunnya ini.

Terbaru Etuza telah memberanikan diri mengorek pokok bunga kertas yang batang pokoknya sudah besar. Bunganya rimbun dan ranting tinggi dan kelihatan sangat kuat akar tunjang nya berpaut di tanah. Oleh kerana tuntutan kehidupan di mana tempat Etuza tanam pokok ini menghalang dan kini tempat ditanam diolah untuk guna pakai tempatnya maka pokok bunga kertas ini perlu di korek dan dipindahkan.

Pokok bunga kertas ini digelar Bunga Kertas Sanggul Fatimah bunga merah. Memang keras batang pokok Bunga Kertas jenis ini. Etuza korek dan tanam pada pasu lawa seperti di gambar. Apabila sudah menunjukkan ranting atau pucuk baru, Etuza usahakan buat cantuman pada dua jenis bunga kertas lain. Akhirnya ini lah kejadian hasil cantuman tersebut. Jadilah juga Bonsai Cantuman Bunga Kertas Etuza. Kini menghiasi laman dan ramai yang tertarik pada pokok ini dan menawarkan harga, tetapi Etuza memang pelihara untuk halaman rumah Etuza sahaja, tiada niat untuk dijual.

Pokok Bonsai Cantuman Bunga Kertas Etuza

hasil cantuman bunga kertas menjadi tiga warna bunga ..cantik tu
subahanallah...Dia lah yang cipta semua keindahan alam.

Lebih jelas ...

keadaan pangkal batang dan akar melingkar..

Kelihatan pangkal akar semakin membonjol..unik..
selalu Etuza letak baja dan gamburkan tanah..

~etuza~


 

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

9 ulasan

memang cantik bonsai bunga kertas ni rajin cikgu kawinkan pelbagai warna

Beautiful plant with beautiful flowers! We dont have this plant here in Turkey. It looks great, i love colorful flowers. Happy day.

Cantik pokok bunga kertas cikgu beraneka warna.

Cantiknya bila digabungkan pelbagai warna dalam satu pokok. Menjadi hasil tanaman. Alhamdulillah.

Sepokok pelbagai warna.

Cantik kalernya cikgu..terang warna merahnya tu..oasti berseri laman rumah kan..

Banyak bunga Dari daunnya.. cantiknya pokok bunga kertaa warna warni

Memang cantik sungguh apabila satu pokok mengeluarkan pelbagai warna bunga setelah proses cantuman. Arwah ayah saya dulu rajin cantum macam-macam jenis pokok bunga.

Cantik bila berkembang penuh.. teringat abah saya dulu suka buat pokok bungan kertas cantum-cantum gini.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (543) Ucapan (492) Berita (423) Doa (387) Dunia Blog (385) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (302) Anak (293) Tips Blog (291) Pendidikan (279) Nasihat (247) Pelancongan (245) Kasih sayang (241) Berita Keningau (219) Alam Semulajadi (209) Rasa Bahagia (204) Hadiah (186) Gambar (169) Keluarga (149) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (114) kesihatan (99) Percutian (88) Bunga (79) Tentang lelaki (77) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Tumbuhan (57) Rumah tangga (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (51) Nilai Moral (48) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Haiwan (39) Sahabat Blog (39) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Sekolah (31) Kucing (30) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (18) Iklan (16) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Hari Jumaat (11) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Banjir (3) Buah (3) Pertunangan (3) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) Adsen (1) BRIM (1) Bunga Kertas (1) GIVEAWAY (1) Hotel (1) Laman (1) Laporan (1) Promosi (1) Seo (1) Teknologi (1) a (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger