Agong Kurnia Watikah Pelantikan


Salam Sejahtera dan selamat malam semua. 

Bersiaran lagi di blog paparan maya Etuza Warna-Warna Kehidupan. Terpanggil untuk membaca senarai teraju kepimpinan jemaah menteri Kerajaan Malaysia yang bermula 30 Ogos 2021, sebaik sahaja secara rasmi diberi watikah perlantikan tugas oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, pada jam 2.30 petang hari ini.

Pemimpin muda dari Sabah antaranya Yang Berhormat Datuk Arthur Joseph Kurup telah di lantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya yang merupakan Presiden Parti PBRS  Negeri Sabah. Syabas dan tahnia kami ucapkan kepada YB datuk Arthur Joseph Kurup. 

Rakyat Sabah khasnya dari Pedalaman Sabah harus bersyukur dengan perlantikan ini. Semoga YB datuk Arthur Joseph Kurup terus berusaha menyalurkan kemajuan yang diamanahkan. 

Gambar ini Etuza ambil menerusi siaran live di TV petang hari ini.


Terdiri dari enam pemimpin dari Sabah telah dilantik dalam jemaah menetri di Jabatan Perdana Menteri Parlimen kali ini. Etuza telah menyaksikan Agong memberikan watikah ini kepada mereka secara rasminya sehingga tamat.


Setinggi-tinggi tahnia kepada anak jati Sabah ini, atas lantikan sebagai
Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia 2021

Sesi menandatangani Watikah hari ini sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya 
bersama Timbalan Menteri yang lain.


Kelihatan barisan yang disertai YB Datuk Arthur Joseph Kurup 
mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agong


SABAH NEWS ( KLIK )

Untuk lebih jelas klik SABAH NEWS..

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Sejarah dan peristiwa hari ini. Hari ini dalam Sejarah

    BalasPadam
  2. Diharap beliau akan membawa perubahan dan pembaharuan disana..

    BalasPadam
  3. Tahniah buat semua yang dilantik. Semoga dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.