expr:class='data:blog.pageType'>

Alhamdulillah, Hanya Allah Yang Lebih Tahu, Dialah Pemberi Rezeki.

Zahirkan kegembiraan, sesungguhnya Dia yakni Allah lebih tahu..
Terim aksih blogger Amie's Kitchen..

Semalam dan sekarang memakai baju hadiah dari blogger Amie's Kitchen. Blog yang kian naik atas blog kini ke no 23 terbaik dari 100 blog di Malaysia. Pencapain yang sangat hebat saya kira. Bukan mudah mencapai sebegitu. Alhamdulillah buat blog dan blogger Ami's Kitchen.

Alhamdulillah.

Syukur ke hadratNya yakni Allah memberikan kejutan rezeki menerusi blog Pesona Etuza. Tidak tersangka dan jauh sekali mengharap untuk memihak keputusan terbaik kepada Etuza, kerana Etuza bukan blogger sepenuh masa dan ramai yang mengambil peluag untuk meneka di Segmen anjuran blogger Ami's. Hanya online bila ada masa yang betul betul boleh menghadap laptop ini. Urus blog menggunakan handpone memang jarang sekali. 

Tetapi tiba-tiba ada khabar yang hebat dari Blog Amie's Kithen. Allah saja yang maha tahu begitu gembira dan bahagia. Bersyukur sekali atas nikmat yang Allah berikan ini. Aku kah atau Etuza kah yang berhak diberi dari Blogger Amie?. Terima kasih kepadaMu ya Allah.

Doa  Untuk Family Blogger Amie's Kitchen.

Pemberiannya ini amat ikhlas di hati dia. Dari jauh hantar hadiah yang bukan hadiah biasa biasa, tetapi hadiah yang membuat SAHAM AKHIRAT dia semakin lancar dan diterima Allah. Kenapa? Kini Etuza PAKAI pakaian ini, begitu serasi di badan, Etuza rasa baru dan lembut membalut tubuh, kerana baju ini dibuat  lembut dan benang benang halus dan tidak keras. Terasa ringan di badan, selesa sesuai dengan saiz badan Etuza berketinggian 56 CM cuma. Syukur alhamdulilah. 

Ya Allah, Engkau beri keluarga blogger Amie kebahagiaan, lancarkan urusan mereka, anugerahkan mereka sakinah dan sinarkan cahaya iman di hati mereka semua, jauhi mereka dari kejahatan syaitan, berikan mereka rezeki meluas dan bahagiakan mereka hingga ke JannahMu. Aamiin.
Pakaian Yang Bersih  &  Indah Allah Suka. Allah Mudahkan Ibadah.

Sebaik azan berkumandang, mandi dan langsung memakai baju ini. Lembut dan bersih setelah dicuci hari ini, Memakai baju ini, terlafaz bissmillah dan syukur alhamdulillah, sesuai, sejuk dan begitu selesa membaluti badan dan Etuza berpalikat. Lalu:-

~ Solat Maghrib dan solat isak.
~ Baca al -Quran.
~ Makan bersama surihati.
~ Ambil gambar sebagai kenangan ketika baju baru membaluti tubuh ini.
~ Tidur awal di awal malam.
~ Blogging urus blogspot.com online 2 jam.
~ Esok kerja baru tukar baju ini.

Suri Hati Dalam Kumpulan Muslimah Mahabbah Penagatan, Keningau, Sabah.

Sejak 2023 telah menggiatkan diri dalam kumpulan Muslimah 
Mahabbah Penagatan, Keningau. Mereka berukuhuwa fillah di masjid lama Kampung Penagatan , Keningau. Setiap hujung minggu belajar membaca al-Quran dan belajar menghayati selawat Nabi Muhammad SAW. Hingga menjelang 2025 mereka telah banyak qatam al-quran. Mereka terdiri dari golongan wanita muslimah yang sudah berkeluarga, termasuk wanita yang sudah berusia 60an. Mereka saling menyantuni antara satu sama lain tanpa mengira tua dan muda. Jalinan persaudaraan dan persahabatan sangat utuh terpelihara.

Menerima undangan berselawat dan menyajikan lagu mengalu alukan kedatangan tetamu di majlis Kenduri Kesyukuran, Majlis Bercukur Jambul anak, Majlis Qatam Quran, Majlis Pertunangan dan Majlis Perkahwinan hanya di desa sahaja. 

Kini Kumpulan Muslimah Mahabbah melebarkan sayap kembara saham akhirat mereka ke luar desa di Daerah Keningau hingga banyak kali menerima undangan membuat persembahan dan selawat Nabi SAW di Majlis Perkahwinan yang begitu gah di Keningau kini, iaitu di Kasturi Vanue, Keningau.Tempat Majlis Perkahwinan yang menjadi pilihan ramai penduduk sekitar Keningau dan Daerah Sook. Begitulah serba sedikit perkembangan Kumpulan Muslimah Mahhbbah Penagatan, Keningau, Sabah. Etuza letak vedio kumpulan ini di bawah artikal ini. Sila tonton.Terima kasih yang datang membaca, jumpa lagi.





Terima kasih blogger Mumy Ayu..hadiah LOVE dari tenunan, selalu depan mata bila panda kereta.

Suri hati di Majlis Kahwin, kumpulan mereka ada undanga berselawat ke atas nabi SAW.

Team mereka ini selalu mendapat undangan di Majlis Perkahwinan..

Suri hati & Adik beradik dan menantu satu orang

Vedio Kumpulan Muslimah Mahabbah Penagatan, Keningau.

Catat Ulasan

0 Ulasan