Gajah Di Lok Kawi Wildlife Park

Gajah Di Lok Kawi Wildlife Park
سْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Di Sabah memang banyak tempat menarik, antaranya ialah di Zoo Lok Kawi yang terletak di area Penampang Sabah. Tempat ini telah Etuza lawati bersama anak-anak musim cuti sekolah dan cuti semester di Universiti masa itu. Seorang anak lelaki Etuza masa itu tidak ada cuti dan berada di Kelantan study di Kelantan. 
Selamat datang Ke Lok Kawi Wildlife Park

Malam ini, Etuza bagaikan kehilangan idea untuk paparan di blog kesayangan ini. Kawan blogger lain sudah dua atau tiga kali paparan pengisian blog, blog Etuza belum ada paparan dan kian tenggelam oleh ledakan kelahiran baru blogger yang lebih mantap pengisiannya. Sebab itu apabila nampak paparan gambar kenangan di Zoo Lok Kawi Wildlife Park, Etuza seperti tertarik updatedkan blog dengan paparan gambar gajah.

Gajah merupakan haiwan yang besar saiz, bertelinga besar dan berjalan perlahan kerana nampak begitu berat mengangkat badan walaupun kaki besar dan tapak kakinya yang besar. Berjalan bagaikan tidak larat melangkah. Terdapt infor Etuza baca mengenai banyak kematian gajah di Sabah, sebab itu perlu ada tempat penjagaan dan pemeliharaan gajah untuk terus hidup, agar genarasi baru dapat melihat haiwan gajah yang menarik untuk di lihat ini. Gajah ada  belalai panjang dan memang lasak binatang ini. 

Mari kita lihat antara beberapa gambar gajah yang Etuza dapat di Zoo Lok Kawi Penampang Sabah. Nak datang visit Sabah, jangan lupa ke Zoo :ok Kawi Sabah ya.

 Anak Gajah

 Gajah meluruh ke arah orang yang datang melihat gajah.

 Seronok melihat anak-anak gembira bersiar bersama-sama.





 Papan informasi tentang Gajah yang dijaga dipelihara di Sabah.
Haiwan yang diharapkan akan terus hidup tanpa kepupusan.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Boleh lah bagi anak-anak tuan puan lihat gajah kat blog saya ya

    BalasPadam
  2. Banyak tempat menarik di Sabah. Tapi sampai sekarang belum berpeluang lagi untuk ke Sabah.

    BalasPadam
  3. JR inshaAllah pasti dapat ke Sabah dengan izin Allah

    BalasPadam
  4. Saya pun belum tulis untuk bulan Mac.
    Saya cuma dah pernah pergi tempat pemuliharaan orang utan di Sepilok.

    BalasPadam
  5. semoga anak cucu kita di zaman akan datang ni diberikan kesempatan untuk tengok gajah. risau ekoran isu alam sekitar sekarang ni :(

    BalasPadam
  6. Apalah nasib haiwan2 zoo dan di jalanan sepanjang PKP? Pastinya bajet makin berkurang dan haiwan dijalanan mengharapkan ehsan sesiapa yang sudi hulurkan sedikit makanan untuk alas perut

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.