Bunga Jasmine 01

Bunga Jasmine Wangi
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Bunga Jasmine - Wanginya Harum Semerbak

Ini dia Bunga Jasmine Di Laman Etuza

Bunga Jasmine di laman Etuza ada masa berbunga lebat. Bila berbunga lebat, seisi rumah mencari dari mana kah haruman yang sungguh semerbak dan memberikan tenaga dan kelegaan apabila menghidunya. Rupanya Bunga Jasmie dalam pasu. Betul bila terhidu aroma wangian Bunga Jasmine perasaan lega dan seakan terhirup udara yang memberikan tenaga dalaman badan ini. Subahanallah dan alhamdulillah. Bunga Jasmie ini Allah yang cipta kan untuk kita yakni manusia.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Memang wangi bunga jasmie, selalunya lebah madu selalu hisap madu lebah..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum cikgu etuza, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Benar, bauan yang wangi adalah di antara terapi minda yang sangat berkesan. Rasulullah saw juga menyukai bauan yang wangi.

    ”Telah menceritakan kepada kami Abdul Wahid Abu Ubaidah daripada Sallam Abu Munzir daripada Thabit daripada Anas sesungguhnya Nabi saw bersabda, Perkara yang aku suka ialah wanita, minyak wangi dan dijadikan penyejuk mataku ketika solat.”
    Riwayat Imam Ahmad ( 12293) di dalam Musnad. Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani (w.852H) menyatakan bahawa sanad hadis ini adalah sanad yang hasan.

    BalasPadam
  3. Bunga jasmine ni mmg wangi.. suka baunya terutama pada waktu malam atau subuh.. segar.

    Maaf lambat bertandang cikgu Etuza, baru shj dpt bertenang berbw akibat jadual tak menentu sejak awal tahun tempohari hehe

    BalasPadam
  4. kalau balik kg sya suka kumpul bunga ni dan letak dlm bilik atau kt ruang tamu... wangi walaupn dh kering...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah terima kasih ya kata2 yang berharga ini..dalam komentar anda telah memberikan ilmu kepada Etuza..

    BalasPadam
  6. kat rumah pun ada bunga Melur tapi dh kurang berbunga sebab kurang penjagaan...kalau dulu arwah abah mmg rajin mencantas ranting pokok bunga melur supaya berbunga lebat tapi bila tiba sy...hehe kurang kerajinan

    BalasPadam
  7. Laman rumah saya dah tiada bunga.. suami simen penuh, buat tempat bersantai2 petang

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.