Alhamdulillah Sampai Di Unimas Sarawak
بسم الله الرحمن الرحيم
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
26 Jan 2019 Sabtu anak yang ke empat Flight ke Sarawak pada jam 8.00 pagi. Sebaik solat subuh pada pagi hari itu kami semua ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Dalam perjalanan ke KKIA cuaca agak mendung dan masih ada sisa-sisa hujan ( Hujan rintik-rintik ( masih lagi belum reda. Mujur Etuza sediakan payung dan payung itu sentiasa dalam kereta.
Seawal pagi di lapangan terbang , sudah sibuk ramai orang lalu lalang. Barbagai gaya dan kesibukan. Inilah dia situasi di Lapangan Terbang setiap kali Etuza datang ke sini. Kelihatan pula ada yang masih tidur atas kerusi berselimut tanpa sedar kalibat kami melempasinya. Kesian sampai pagi menunggu flight, masing-masing ada haluan sendiri. Inilah juga norma kehidupan.
Awal pagi ke Lapangan terbang Kota Kinabalu- Hujan
Awal pagi anak hantar mesej whatsup katanya dia baru sahaja bergerak balik ke Kolej kediaman selepas solat jemaah di Masjid di Unimas Sarawak. Mama khabarkan pada Etuza, dia ada call Irfan bertanyakan tempat tinggal baru dia. Alhamdulillah syukur kepadaMu ya Allah kali ini anak kami tinggal di Kolej Almanda dan bilik itu perlu dihuni oleh dua orang pelajar. Irfan pada semester ini sebilik dengan orang Selangor. Pada semester pertama yang lalu Irfan sebilik dengan dua orang dari Sarawak di Kolej Kediaman Cempaka. Etuza ada masuk ke bilik mereka, nampaknya agak sempit apabila bertiga, namun sangat bersyukur kerana inilah tempat berteduh dia.
Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah. Mohon jagai anak kami Irfan dan sesiapa sahaja di Unimas Sarawak baik orang Sabah, orang Sarawak dan orang atau pelajar dari Semenanjung Malaysia. Jadikan mereka dekat dan saling berkerjasama antara satu sama lain. Semoga juga mereka semua menjana kecemerlangan dalam bidang yang diceburi masing-masing.Aamiin.
Gambar di lapangan terbang sebelum Irfan flight..
Memang sibuk sekali di KKIA setiap kali ke sini harus melihat
situasi berbagai gaya manusia..situasi ini juga kami lalui..
sedih dan gembira pun ada
sebabnya berpisah sementara dengan anak tersayang..
Gambar kenangan Etuza sekeluarga
Kenangan Irfan bersama adik anak ke 5 Etuza ..
6 Ulasan
Alhamdulillah..selamat kembali ke universiti buat anak cikgu..
BalasPadamIrfan dah habis cuti ya Cikgu?
BalasPadamSemoga Irfan baik-baik sahaja di UNIMAS tu..
BalasPadamAlhamdulillah. Semoga Irfan sukses dalam pelajarannya di sana
BalasPadammoga irfan sukses.
BalasPadamdpt jalani hidup blaja yg sihat dan happy :)
Alhamdulillah.. ilmu cahaya kehidupan. Semoga Irfan terus sukses dgn kecemerlangan dunia dan akhirat... aamiin.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.