Busana Biru & Hitam Serlahkan Keanggunan Seri Pengantin

Busana Biru Serlahkan Keanggunan Seri Pengantin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Salam sejahtera. 

Tibalah masanya detik indah bagi pasangan sejoli ini. Pada 08 Disember 2018 hari Sabtu mempelai ini bersanding di pelaminan indah yang bertemakan biru dan putih serta hitam ( pakaian tradisional Sabah ).

Sangat cantik bak bulan purnama dan indah bercahaya kedua wajah mereka. Pada yang melihat tidak jemu mata memandang. Syukur alhamdulillah walimatulurus kakak Etuza sudah pun sempurna hari itu.

Ann Norsakinah dan Rizwan kini bergelar suami isteri. Tahniah diucapkan dan kepada Rizwan selamat datang ke alam keluarga Etuza. 

Busana biru dan hitam menjadi pilihan pengantin ini. Tampilan aura warna ini memang mendamaikan dan menyejukkan pandangan mata. Cantik sekali. Kehadiran tetamu jemputan seawal jam 2.00 petang hingga jam 10.00 malam betul-betul ramai bagaikan bertali arus. Masakan tidak ramai kenalan saudara sebelah lelaki dan sebelah perempuan antara dua daerah. Jauh dan dekat sama-sama hadirkan diri. Yang tidak sempat datang itu, kita anggap mereka banyak kometmen dan ada kekangan untuk hadir dan bukan niat unuk tidak hadir. Baiklah saksikan gambar-gambar kenangan ini.

Busana biru menjadi pilihan pengantin ini di persandingan yang indah

Acara merenjis..bahagianya melihat mereka bahagia

Ayah kepada pengantin perempuan mengucapkan selamat pengantin 
baru kepada anakanda tersayang dan mengucapkan
 terima kasih atas kehadiran ramai tetamu

Makan beradab..

Cantik bak bulan purnama

Wajah pengantin lelaki pakaian biru

Tersenyum manis pengantin wanita Ann Sakinah 

Family Etuza ambil gambar kenangan bersama pengantin







Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. cantik, background pelamin putih polos, nampak menyerlah warna biru..

    BalasPadam
  2. Tahniah kedua dua mempelai. Cantik baju nya

    BalasPadam
  3. Cantiknya mempelai, bak pinang dibelah dua

    BalasPadam
  4. Banyak sungguh kerja kawen cuti sekolah ni kan.
    Warna biru baju pengantin berlatarkan pelamin putih tu mmg menyerlah sungguh, cantik. Wajah pengantin perempuan pun berseri2 bak bulan purnama ye. Tahniah. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  5. Tahniah kedua mempelai semoga menjadi keluarga yang Sakinah, Mawaddah Wa Rahmah
    I like Blue.... :):)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.