Busana Biru Serlahkan Keanggunan Seri Pengantin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Salam sejahtera.
Tibalah masanya detik indah bagi pasangan sejoli ini. Pada 08 Disember 2018 hari Sabtu mempelai ini bersanding di pelaminan indah yang bertemakan biru dan putih serta hitam ( pakaian tradisional Sabah ).
Sangat cantik bak bulan purnama dan indah bercahaya kedua wajah mereka. Pada yang melihat tidak jemu mata memandang. Syukur alhamdulillah walimatulurus kakak Etuza sudah pun sempurna hari itu.
Ann Norsakinah dan Rizwan kini bergelar suami isteri. Tahniah diucapkan dan kepada Rizwan selamat datang ke alam keluarga Etuza.
Busana biru dan hitam menjadi pilihan pengantin ini. Tampilan aura warna ini memang mendamaikan dan menyejukkan pandangan mata. Cantik sekali. Kehadiran tetamu jemputan seawal jam 2.00 petang hingga jam 10.00 malam betul-betul ramai bagaikan bertali arus. Masakan tidak ramai kenalan saudara sebelah lelaki dan sebelah perempuan antara dua daerah. Jauh dan dekat sama-sama hadirkan diri. Yang tidak sempat datang itu, kita anggap mereka banyak kometmen dan ada kekangan untuk hadir dan bukan niat unuk tidak hadir. Baiklah saksikan gambar-gambar kenangan ini.
Busana biru menjadi pilihan pengantin ini di persandingan yang indah
Acara merenjis..bahagianya melihat mereka bahagia
Ayah kepada pengantin perempuan mengucapkan selamat pengantin
baru kepada anakanda tersayang dan mengucapkan
terima kasih atas kehadiran ramai tetamu
Makan beradab..
Cantik bak bulan purnama
Wajah pengantin lelaki pakaian biru
Tersenyum manis pengantin wanita Ann Sakinah
Family Etuza ambil gambar kenangan bersama pengantin
8 Ulasan
cantik, background pelamin putih polos, nampak menyerlah warna biru..
BalasPadamTahniah kedua dua mempelai. Cantik baju nya
BalasPadamwahhh memang betul betul menyerlah ni
BalasPadamCantiknya mempelai, bak pinang dibelah dua
BalasPadamBanyak sungguh kerja kawen cuti sekolah ni kan.
BalasPadamWarna biru baju pengantin berlatarkan pelamin putih tu mmg menyerlah sungguh, cantik. Wajah pengantin perempuan pun berseri2 bak bulan purnama ye. Tahniah. Alhamdulillah.
cantik, meriah tengok, moga sampai syurga
BalasPadammeriah nampaknya majlis
BalasPadamTahniah kedua mempelai semoga menjadi keluarga yang Sakinah, Mawaddah Wa Rahmah
BalasPadamI like Blue.... :):)
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.