Senarai Lelaki Top 6 Dalam Blog Etuza

Senarai Lelaki Top 6 Dalam Blog Etuza

Sempena HARI LELAKI SEDUNIA,  hari ini Etuza hendak senaraikan top 6 lelaki hebat dalam blog Etuza. Sesuai dengan sambutan hari lelaki sedunia dapatlah kesempatan mencari 5 lelaki hebat untuk updated blog. Mengapa dan kenapa lelaki ini hebat, sila saja baca keterangan ringkas Etuza.Jemput tengok.

TOP 1 Lelaki Hebat Di Blog Etuza.
 Dialah lelaki pertama yang Etuza banggakan. Dia lah ayah yang 
menjadikan Etuza lahir di Dunia ini. Pasti anda memiliki ayah ketika ini.
Lelaki hebat yang membesarkan kita. Kepada ayah Etuza semog dilimpahi kesihatandimurahkan rezeki,
 serta mampu menunaikan solat 5 waktu.

TOP 2 Lelaki Hebat Di Blog Etuza

Lelaki tampan ini merupakan anak sulung lelaki Etuza. Kini berusia 22 tahun.
Pemegang Diploma Farmasi dan sedang menunggu tawaran 
kerja ( SPA) minta lah SPA percepatkan peluang dia ni. 

Etuza bersyukur kepada Allah dikurniakan cahaya mata 4 lelaki dan 3 perempuan. Mereka lah permata hati kita. Yang kita lihat membesar di depan mata. Bagaimana keadaannya apabila meningkat usia. Inilah kelebihannya anak lelaki top kedua ini. Anak kesayangan yang sangat rajin berdikari. Cakap saja kerja-kerja kampung atuk nenek sayang kan dia ni.Alhamdulillah. Hebatkan lelaki top 2 ini. 
TOP 3 Lelaki Hebat Di Blog Etuza
3 anak lelaki Etuza, menjadi sahabat yang sejati. Mereka ini amat2 Etuza sayangi.
Semestinya kini semakin meningkat usia remaja. Nampaklah
sikap mereka masing-masing, berbeza..hai begitulah lelaki namanya.

TOP 4 Lelaki Hebat Di Blog Etuza
Siapa lagi jika bukan dia retis lelaki hebat. Nassir Wahab.
Lagu paling Etuza suka " SEKALI AKU JATUH CINTA" 
TERUS KAHWINLAH ETUZA DENGAN MAMA.
CINTA PERTAMA DAN KE AKHIR JANNAH.InshaAllah.
Begini, Etuza suka dengar lagu-lagu Nassir Wahab sebenarnya. Bestlah lagu dia. Kemudian ada pula teman di FB kata wajah Etuza iras-iras Nassir Wahab. Tak tau lah mana yang sama. Rasanya Etuza pandang muka Etuza tak ada pun sama dengan Nassir Wahab ni, kerana Nassir ni lelaki Malaya tampan terhebat di arena seni. Etuza orang kampung ja mana lah sama. Pipit dan enggang begitulah. Tetapi itu pandangan kawan-kawan, tidak mengapa terima dengan hati gembira sebagai lelaki. Malu sebenarnya di samakan.

TOP 5 Lelaki Hebat Di Blog Etuza

hahaha tu dia retis lelaki ZIZAN RAJAK.
Kenapa ZIZAN? Sebab lawak dia SELUMBER cantik lawak dia.
Tapi bab dia lembutkan jalan humm!! tak bagus..Hahaha..
Adui Zizan hidung mu lagilah mengancam.

 TOP 6 Lelaki Hebat Di Blog Etuza.
Ustaz Kazim Ellias. Ustaz yang sangat hebat di pentas dakwah.
Pernah jumpa depan mata di Keningau, tetapi kena keliling orang
sukar nak ambil gambar \ketika Ustaz ni lalu depan mata..
apapun masa dia berdakwah di pentas dapat lah beberapa gambar Ustaz Kazim.


Itulah dia 6 lelaki hebat yang tersenarai dalam perkiraan Etuza, sempena meraikan di blog HARI LELAKI SEDUNIA hari ini 19 NOV 2017.
Mohon jangan terasa hati yang tidak terpilih ya. Kita hanya ikut rasa hati secara normal dan anda juga mampu mengenal pasti lelaki hebat dalam hidup anda. Ada ramai lelaki hebat dari PEMIMPIN, guru-guru kita, Ustaz kita dan sebagainya. Pasti anda rasa ADA sesorang lelaki yang benar-benar anda sukai. Sila lah anda pula kenalkan lelaki istemewa sempena HARI LELAKI SEDUNIA.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Wah.. Dah besar anak lelaki Etuza ye.. Semoga dipermudahkan urusan pencarian kerja anak etuza..

    BalasPadam
  2. Selamat hari lelaki sedunia untuk cikgu Etuza dan lelaki2 dalam hidup saya. Tapi saya rasa muka Cikgu mirip Ustaz Kazim lah. hehe

    BalasPadam
  3. Bertuah Cikgu masih punyai orang tua.

    Tengok gambar bapa Cikgu Etuza, teringatkan arwah bapa saya, hampir 18 tahun kehilangan, seorang bapa yang penyayang, bekerja keras demi membesarkan anak2, kehilangan yang tiada pengganti, al fatihah buatnya..

    BalasPadam
  4. No 1 Tu memang tak da tandingan. Ayah is the best :)

    BalasPadam
  5. Terima kasih semua..sudi drop komen di ruangan ini

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.