Hargailah Wanita Suri Hati Anda
Asalamualaikum & Salam Sejahtera 1 Malaysia
Hargai Wanita Suri Hati Anda
Hargailah wanita di sisi anda, kerana wanita itu sangat istemewa. Mereka memiliki sifat kelembutan yang luar biasa. Mereka penyejuk hati dan penyenang jiwa yang kusut. Wanita pada dasarnya dijadikan sebagai peneman bagi insan bernama lelaki. Dengan itu apabila anda sebagai lelaki menemukan wanita yang sesuai menjadi suri hati anda, hargailah wanita itu bertanggungjawablah ke atas wanita itu.
Bagi Etuza, wanita itu mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh lelaki seperti Etuza. Tidak kisahlah wanita itu wanita yang jenis bagaimana, hakikat mereka tetap wanita yang ada di Dunia ini. Wanita itu boleh melahirkan anak, mampu menjaga ramai anak, mampu berjaga malam sebaik dikurniakan anak sebagai penambat kasih sayang dalam rumah tangga yang di bina.Sebab itu hargailah wanita suri hati anda semua.
Mama Surihati Etuza
Wanita berbaju ala-ala jubah dan bertudung peace lembut itu adalah suri hati Etuza. Bukan lakonan tetapi realiti dan hakikat yang sebenar bahawa dia lah wanita surihati yang Allah hantar menemani Etuza kala bahagia, gembira dan ketika diuji masalah. Sedikit tentang wanita surihati Etuza ini.
* Pandai memasak terutama masakan kampung. ( Biasa lah orang kampung)*Dia begitu tabah teguh dan hebat kerana 30 hari berpuasa setiap tahun di bulan Ramadhan siapkan juadah terlebih dahulu baru sedarkan ( bangunkan ) Etuza dan anak-anak bersahur.Etuza begitu terharu dengan ISTIQOMAH surihati Etuza ini. Subahanallah. Bersyukur sekali padaMu ya Allah menghantar wanita ini dalam kehidupanku.*Tidak banyak cakap, Etuza lagi banyak mebebel ( alamak pecah tembelang).Kata-katanya lembut sekali dan sangat penyayang kepada Etuza dan anak-anak.* Paling paling paling istemewa ha ( paling sampai 3 kali tu ) wanita peneman Etuza ini ialah cukup memahami hobi atau kegemaran Etuza yang lebih gemar menanam bunga dan herba di laman. Paling ringkas minat kami sama sekepala lah suka bercucuk tanam dalam berbagai jenis tanaman. Seronok bila sekepala tiada langsung masalah sebab Etuza suka mama suka dan sayang apa yang Etuza suka.
Baiklah sebagai tanda penghargaan kepada Wanita Suri Hati Etuza ini, mari tengok beberapa gambar kenangan mama dengan anak bongsu kami Aliya dan kawan-kawannya ketika kami hadir makan malam di Hotel Perkasa Keningau, Sabah. Selamat membaca di online maya.
9 Ulasan
alhamdullilah
BalasPadamAlhamdulillah tahniah etuza dikurniakan isteri solehah. Semoga si dia membawa entry ni sure Malam nanti masak lagi sedap2
BalasPadamSungguh beruntung tuan ada suri hati yang terbaik.
BalasPadamSemoga kekal bahagia hendaknya
alhamdulillah ....kirim salam kat suri hati..wah aliya dah makin besar
BalasPadamKita tengok wajah mamapun sejuk mata memandang, bertuah Cikgu Etuza..
BalasPadamWANITASURIHATI CIKGU YG SERASI BERSAMA SEHATI SEJIWA CNTIK ORNGNYA
BalasPadamSweetnya.
BalasPadamas salammualaikum...selamat berpuasa tuan
BalasPadamCantik surihati etuza. Semoga kekal bhgia selamanya.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.