CCTV Ada Di Mana-Mana

CCTV  Ada Di Mana-Mana

Gambar sekadar hiasan..

Asalamualaikum wbt.

Terpanggil sekali lagi updatedkan blog. Tiba-tiba ada ilham atau idea dariNya selepas melihat paparan statistik blog Etuza yang tiap hari menunjukkan satu perubahan atau momentum yang tinggi dari segi klik atau paparan halaman di laman maya sebagai satu blog bacaan ramai orang. TERIMA KASIH YANG DATANG MEMBACA KHASNYA TEMAN BLOGGER seperti Umi Aliya, Khairuddin Unni dan yang lain-lainnya.

Baiklah hal tema CCTV Ada Di Mana-Mana. Ya tidak dinafikan zaman sekarang ini ke mana pun kita hendak pergi seperti ke supermarket atau pejabat tertentu pasti kalibat kita diperhatikan. Hebatnya kuasa teknologi serta keupayaan manusia menciptkan CCTV buatan manusia.Cukup menjadikan kita takut jika hendak melakukan kejahatan seperti merompak dan sebagainya.Bahaya sekali jika melakukan terang-terangan dengan di rakam lagi oleh CCTV tiap apa yang kita lakukan. Hentikanlah ya..usahlah menjatuhakan maruah diri keluarga dan agama anda dengan membuat perbuatan yang mendatangkan dosa serta mudarat ke atas diri anda.

Tetapi CCTV sebenar kita lagi MAHA HEBAT. CCTV itu tidak pernah lekang dan dimalapkan oleh kuasa apa sekalipun, walau dengan kebijaksanaan akal manusia. CCTV kita itu mengikut kita melihat kita malah dirakam dan dicatat tiap amalan kita. Baik atau tidak amalan kita pasti dicatat dengan penuh teliti dan adil.Hebat kan CCTV ini. Tidak perlu alat untuk mengesan CCTV ini. Cukup dengan kita ingat Allah kita beriman kepadaNya, patuh kepadaNya dan sentiasa zikir membesarkan Nya.CCTV yang dimaksudkan ialah  Zat Allah. Allah bagaikan CCTV yang sentiasa mengawasi kita. Malah CCTV itu nanti akan dibawa ke akhirat untuk di semak di nilai dan kita sendiri melihat CCTV kita ketika di Dunia ini. Ya Allah sangat takut membuat kejahatan. Marilah perbaiki amalan agar pengisian dalam CCTV kita ke akhirat lebih baik dan mendatangkan pahala pada diri kita. SELAMAT BERAMAL.

CCTV Kita Ada Di Mana-Mana..Awas..

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. betul cikgu CCTV maha Berkuasa lebih patut kita takut..

    BalasPadam
  2. btol.CCTV setiap manusia sntiasa memerhati.

    btw, comel meow tu.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum
    singgah pagi rabu

    BalasPadam
  4. CCTV YG SENTIASA MENGAWASI SETIAP AMALAN KITA DARI ATAS SANA

    BalasPadam
  5. betul..CCTV yang paling agung...tapi manusia selalu lupa yang satu itu

    BalasPadam
  6. Erkkkk patut le sy tersedak masa minum air, rupa2 Cikgu ada sebut kat sini.. ^_^

    Comelnya kucing tu, pinjam sat...

    BalasPadam
  7. Kalau le sy berduit ++, nak juga pakai cctv, mklm le, ia keperluan masa kini..

    BalasPadam
  8. Ada yang merekod amalan baik dan jahat sepanjang hayat kita.

    BalasPadam
  9. Salam cikgu etuza...

    Benar cctv sentiasa memerhati merakam dan kita pasti akan dipertontonkan kelak segala perbuatan semoga perkongsian ini memberi kebaikan pada semua

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.