Pelbagai Bunga & Teknik Cantuman Bunga Kertas
Asalamualaikum semua.
Kemarin sekitar jam 12.00 tengahari, kami suami isteri datang ke Nurseri Sosondoton Center ( Tempat pembenihan bunga dan jualan bunga). Nurseri ini milik seseorang yang Etuza amat kenali.
Berbagai spesies bunga yang ada. cantik- cantik terutamanya bunga kertas. Mama bercadang hendak membeli bunga kertas dan bunga jenis lain dalam anggaran RM 40.00. Memang banyak benih bunga kertas yang segar.Ada juga bunga kertas dalam bayung yang kelihatan benih telah bercabang dan serlahkan daun yang putih bercorak. Cuba lihat gambar bunga kertas yang Etuza sediakan.
Cara cantuman yang mudah ialah, ambil batang muda pada pokok bunga kertas, sisipkan pada belahan pucuk atau pada batang muda pokok bunga kertas. Balut dengan plastik khas dan biarkan sehingga tunas tumbuh baru dibuka balutan pada pokok kertas tersebut. Mudah sahaja kelihatannya, akan cuba praktikkan cantuman bunga kertas di laman Etuza. Sila google untuk mencari cara paling jelas teknik mencantum bunga kertas di online. Selamat mencuba. Pengisian masa cuti anda semua.
Berbagai jenis bunga di Nurseri Sosondoton Center di Jalan Patikang Laut, Keningau. |
Tengok sudah beli dua jenis bunga..bunga kertas jadi pilihan mama.. |
Cantuman benih muda ke pucuk pokok bunga kertas dalam gambar sudah menjadi...asal pokok bunga berdaun hijau.. |
Kuntum bunga menawan di Nurseri Sosondoton Petikang Laut,
Keningau, Sabah
10 Ulasan
Menarikkan cikgu kalau satu pokok kertas tu dicantumkan dengan pelbagai warna...sebab buka kertas atau bunga raya ada banyak warna..boleh dipelbagaikan..
BalasPadamkenapa perlu buat cantuman bunga kertas tu
BalasPadamAsalam JM..dicantumkan dengan jenis pokok kertas yang bercorak lain.Bila dah tumbuh cantik dengan berbagai warna bunga...JM ada tak nampak bunga kertas berbagai warna dan corak daun..cantik tu. Boleh ratusan harga bunga tu..BONJAI
Padamrasanya di rumah CE ah byk kan pokok bunga kertas merimbun...mama beli lagi minat betul bunga kertas tu...senang di jaga eh
BalasPadam2 pokok jer ke, cukupkah tu?
BalasPadamhaha Umi kena tambah lagi ya..lepas tu jaga dengan baik bunga ni dikatakan ada perasaan..rasanya boleh lah logik akal..selau belai bunga bunga akan serlahkan kecantikannya
Padamcikgu n isteri ada minat yg sama bertanam bunga...bagus tu.
BalasPadambunga kertas cantik bila pokok dah besar nanti ... penuh dengan bunga satu pokok :)
BalasPadamsalam cikgu rajin cikgu bertaman ye
BalasPadamRajin Etuza dan isteri bertaman ya..bagus menghijaukan bumi Allah..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.