Rajin Komen Murah Rezeki Di Blog Etuza Warna - Warna Kehidupan.
![]() |
Hadiah itu pasti milik yang bijak merebut peluang.. lihat imej ada kapal terbang.. |
Asalamualaikum & salam sejahtera...
Disember 2015 hampir melabuhkan tirainya. Ramai antara kita menghitung hari kerana mereka akan raikan detik 12 tengah malam menyabut era 2016. Azam baru dan semangat baru. Tidak mustahil ada yang sanggup bersengkang mata masak memasak menyediakan juadah sambutan detik 12 tengah malam, di Malaysia walau di mana-mana berada.
Sambut Tahun 2016 Dengan Doa
Tiada apa benda sangat yang Etuza fikirkan hal sambut era 2016.Sambut dengan rasa bersyukur sangat mensyukuri nikmatNya yang masih lagi lanjutkan usia kita umur kita, itulah sebenarnya kasih sayang Allah kepada kita semua.
Selalu Etuza dengar orang sambut tahun baru detik 12 tengah malam dengan berhibur, menyanyi dan bersukaria sambil meletupkan mercun yang ada. Di rumah Etuza boleh lihat warna-warni bunga api berdentuman dari kejauhan di Bandar Keningau sebaik tengah malam ( 12 tengah malam ). Setiap tahun akan begitu fenomena di Bandar Keningau.
Tetapi kita umat Islam, selalunya doa awal tahun dan doa akhir tahun. Sambut tahun baru kalendar Islam 1437 Hijrah juga seperti itu.Adakan kenduri doa selamat dan bersedekah, niat yang baik demi mencari keredahaan Allah. Doa lah apa sahaja akan Allah kabulkan. Apa sahaja yang baik yakin Allah mendengarkannya. Cepat atau lambat anda capai sesuatu idaman atau cita-cita anda itu bukan ukuran tetapi usaha anda yang tidak kenal putus asa. InshaAllah anda akan perolehi kejayaan itu.
Azam & Angan Etuza 2016
InshaAllah semua cita-cita dan doa semua yang baik-baik, hindari segala bala kejahatan. Memohon kepada Allah agar beri kebahagiaan dan kegembiraan dengan kejayaan anak-anak dalam pelajaran mereka Manfaatkan 5 situasi semasa masih hidup kita. Pasti semuanya terkandung dalam doa kita sentiasa dan hadapi dengan tenang apa juga permasalahan.Ingat Allah kala senang dan kala susah.
1. Manfaatkan sihat sebelum sakitmu
2. Manfatakan kayamu sebelum miskinmu
3. Manfaatkan mudamu sebelum tuamu
4. Manfaatkan hidupmu sebelum matimu
5. Manfaatkan masa lapangmu sebelum sibukmu. ( Sila klik SINI )
Subahanallah subahanallah subahanallah . Alhamdulillah kehadiran 2016 disambut dengan kesyukuran yang tiada taranya, kerana 2016 adalah anugerahNya.
10 Ulasan
Cepatnya masa berlalu, baru sehari dua yang lepas, usia saya yang sebenar bertambah ke satu angka.
BalasPadamMenjelang detik awal 2016, bertambah lagi.. maka makin berumur dah saya dan anak2 pula semakin membesar, alhamdulillah bersyukur padaNya masih diberi nafas untuk meneruskan sisa12 dimukabumi ini..
Betul Umi..cepatnya masa berlalu, jangan kan sebulan setahun ini bagaikan masa pendek sahaja. Pejam celik dah naik tahun..umur bertambah. Satu ja nak ingatkan diri...kita perbanyakkanlah amal yang baik2 ..inshaAllah Allah menyayangi kita semua.
Padamsalam cikgu, masa semakin pantas berlalu, antara sedar atau tidak.
BalasPadamkadang tak terasa pon sebulan demi sebulan berlalu,
usia makin tua, amal moga makin bertambah . InsyaAllah
Wsalam yana..begitulah hendaknya..kita terima dengan hati ikhlas
PadamYa Jamil H..usah risau akan datang terjah ya
BalasPadamsemoga azam 2016 cikgu tercapai..di Kuala Lumpur sambutan memang meriah, tapi saya lebih suka duduk rumah sahaja...kadang-kadang belum pukul 12 dah tertidur
BalasPadamSemoga azam tahun baru 2016 kita semua tercapai
BalasPadamMoga azam baru dapat ubah diri kita jadi lebih baik
BalasPadamCepat sungguh masa berlalu.. dah nak masuk tahun 2016..
BalasPadamInsyaAllah semoga 2016 memberi keceriaan kepada kita semua
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.